Bercuti ke Pulau Langkawi.. | Suri Raudhah

Thursday, July 21, 2011

Bercuti ke Pulau Langkawi..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Kebetulan cuti masih banyak.So apa lagi cuti-cuti Malaysia @ Langkawi la..Dinasihatkan kalau tak nak buang masa if tersesat or what so perlulah kena ada map sebab kitorang tak ade tour guide.. Naik flight Air Asia (ofcoz beli time promotion) pastu sewa kereta bila dah sampai ke Lapangan Terbang Langkawi. So kitorang decide pilih kereta Toyota Unser.




Banyak jugak tempat yang menarik kat Langkawi ni..Antara tempat yang sempat singgah sepanjang 3 hari kat sana antaranya Pulau Lang, Makam Mahsuri,Cable Car, Kilim Forest Park, & banyak lagi la..Dah lupa nama tempat.Best jugak shopping kat sana..Banyak jugak la aku borong coklat..hehe..Sepanjang 3 hari kat sana,me & family stay kat Twin Peaks Island Resort di pekan KUAH..Kira strategik jugak la sebab dekat dengan pekan,pasaraya semua dekat je  dari situ.





Seseorang penah cakap yang Langkawi sekarang dah tak berapa best sangat sebab dah makin banyak pembangunan kat situ. Tapi bagi aku yang baru nak pergi ni best jugak la kat sana.Lagi-lagi dikelilingi pulau. Kalau naik cable car nampak pemandangan dari atas memang cantik..CABLE CAR..??? Huwaaa best2..mula-mula takut jugak nak naik..Tengok dari bawah tinggi nyer..Dup dap dup dap je masa mula-mula nak naik..Tapi sebab dah ada experience sebelum ni so x la gayat sangat..







Seriyess gayat tapi berbaloi jugak sebab dapat tengok pemandangan cantik. Dari atas boleh tengok 7 puluh yang ada di sekitar Pulau Langkawi. Memang berpinar bijik mata nak tengok bawah lama-lama seram sejuk pon ada tapi still boleh maintain lagi keayuan dan ketatatusilaan tu.muehehe.:)





Kat area Cable Car tu memang banyak kedai jualan cenderamata..Harga agak mahal tapi kena pandai tawar-menawar la kalau nak beli dengan harga yang murah.. 











Dan ini paling comel..Anak itik tok dimandi dalam kolam....................sila isi tempat kosong:)



I geli dengan En Cockroach jer dengan ular boleh tahan lagi..Sekali pegang RM5!!!

Sangat terpesona dengan keindahan Pulau Langkawi..Lagi-lagi banyak tempat lain yang kami sempat pergi antaranya Pantai Cenang..Pantai Cenang ni memang menjadi tumpuan pelancong so banyak la free show kat situ dah ala-ala Bali kot..Cakap macam aku pernah pergi Bali jer..heee.


Memang tak sah la kalau pergi pantai waktu petang-petang ni tak tengok sunset..Boleh la feeling feeling ombak rindu giteww..haha. Air pantai kat sini nampak bersih. Suasana memang 'syahdu'..Sempat la jugak main pasir-pasir ditepi pantai..Betul ke orang cakap kalau suka tengok sunset ni maknanya dia romantik orangnya..I dont think so..I prefer orang cakap dia ni pencinta alam ciptaan Ilahi..:)



Parachute..??Memang tak naik la..Gilerr nak naik tu..Dah la dorang jatuhkan kat dalam air.. memang tak sanggup naik ler..

The next day kitorang pergi  Kilim Geoforest Park dan Gua Kelawar  ..



Naik bot sambil bagi makan helang.. Macam-macam jenis dan warna helang yang ada kat sini.. Ada warna hitam,putih,kelabu,oren..Pantang nampak makanan laju jer nak menyambar bak kata manusia rezeki jangan ditolak ye dak?haaa..




Sempat juga singgah ke Makam Mahsuri..Nak masuk dalam tu kena bayar tapi lupa berapa harga sebenar tak silap kurang dari RM10..



Kisah Mahsuri yang sangat legend.. Kat dalam ni juga ada Muzium yang di dalamnya ada segala barang bersejarah, barang-barang purbakala zaman nenek moyang kita di zaman kesultanan dulu-dulu..Tapi sayangnya tidak dibenarkan tangkap gambar..NO camera allowed...So takde la gambar gamaknya..=)

Gambar generasi Mahsuri.. Wan Aisyah namanya..Korang masih ingat lagi ke sumpahan Mahsuri?? Tanah ini takkan aman selama tujuh keturunan..!!!

" Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...sesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"




Ini adalah Dataran Lang..Tak sah lah kalau datang sini tak bergambar dengan bapak helang ni!!


Banyak lagi tempat lain yang kami pergi tapi dah penat nak pikir pastu juling mata nak pilih gambar beratus-ratus ni.. So ini je la gambar yang aku rajin nak upload..Ini antara tempat yang korang pon kena pergi:-

Idaman Suri
Haji Ismail Group
Pasar Malam di Pekan Kuah yang happening 
Telaga Mahsuri
Kilang Gamat

Selama 3 hari kat sana dah sampai masanya pulang..Flight pukul 10 malam tapi delay sampai pukul 11.30..Jenuh menunggu..Tahu tak penantian itu satu penyeksaan.. Tapi nak buat camne redha je la..Sabar separuh dari iman kan..:)


Ok..Sekian..

Bye..:)

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved