Solat Dhuha:Cara mengerjakan solat dhuha dua rakaat | Suri Raudhah

Sunday, July 24, 2011

Solat Dhuha:Cara mengerjakan solat dhuha dua rakaat


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sebenarnya kalau nak diikutkan solat sunat Dhuha ni agak mudah cuma kita rajin tak rajin jer nak buat. Saya jarang buat, nak jadikan cerita saya mula mengenali dan belajar solat dhuha masa tu saya sangat 'down' dan tertanya-tanya hala tuju hidup..Jiwa rasa kosong..serabut,stress and so forth. Kebetulan kat rumah banyak buku agama pastu saya selak helaian demi helaian sampai lah ke bab solat dhuha..


Pertama kali saya jatuh cinta dengan makna doa solat dhuha...Sejak hari tu saya cuba buat walau tak selalu.. So saya nak share panduan solat dhuha..Hopefully kita sama-sama boleh cuba amalkan.. :)

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu afdal : 8 pagi - 1 petang sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَ

" Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"

2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Kafirun (Surah Ayat Al-Quran)
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Baca surah al-Fatihah
2)      Baca surah al-Ikhlas (Surah ayat Al-Quran)
3)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (6) hingga (10)
4)      Duduk untuk tahiyyat akhir
5)      Sebelum bangun tahiyyat akhir saya amalkan baca Ya Wahhab (Maha Pemberi) (40x) 
6)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
7)      Baca doa selepas solat sunat dhuha

Doa selepas solat dhuha

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu.kecantikan itu ialah kecantikanmu,keindahan itu keindahanmu,kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu". Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah,jika haram sucikanlah. Jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuhamu, keagunganmu, keindahanmu, kekuatanmu dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"


by: UNIC

Sekali buat mesti jatuh cinta....:)

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved