Cara Semak Akaun KWSP | Suri Raudhah

Monday, April 30, 2012

Cara Semak Akaun KWSP

Assalamualaikum..


Entri kali aku nak share kat korang pasal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) <omputih cakap EPF>. Entri yang lepas aku ada bagitau yang aku pergi KWSP kan untuk taklimat majikan. Sebagai pekerja/gov servant yang sentiasa menurut perintah (podaahhhcittt), so aku dan kawan aku pergi la dengar taklimat kat KWSP Petaling Jaya. Aku salute la dengan pekerja KWSP PJ. Mereka tersangatlah mesra pelanggan. Siap tolong buka pintu lagi untuk kami..Mungkin sebab kami datang as a invitation guest not as customer.(ecehhhh speaking sikit supaya tak berkarat..). Tapi aku salute dengan pekerja situ yang sentiasa murah dengan senyuman.:)

Actually bukan tu sebenarnya yang aku nak sampaikan kat sini..........
Selepas habis taklimat aku tunggu la kat foyer KWSP tu..Kat bawah tu ramai orang..mungkin ada taklimat dari pegawai KWSP rasanya taklimat persaraan kot..So sementara tunggu orang jemput sebab naik transport jabatan aku apalagi tanpa buang masa aku pergi la kat Kiosk yang ada kat situ untuk print penyata. Disebabkan aku masih belum sah jawatan dalam perkhidmatan awam so diwajibkan mencarum KWSP. Opsss nak bagitau yang aku dah sign option skim persaraan tu..Tunggu masa je nak keluarkan simpanan KWSP..Lepas tu den kayoooo...hahaaa..


Disebabkan queue line tak panjang so lepas print penyata (tengok penyata sambil buat muka kecewa:(.hmm saving belum cukup buat beli rumah..)  aku try  register i - Akaun KWSP. Mudah jer sebenarnya..

1.Step : Mestilah kena pergi Kiosk KWSP.. Beratur dengan penuh berhemah.
  (sambil tu boleh intai kiosk  sebelah) .Nak pergi kaunter pon boleh ikut mana senang.

2 Sila masukkan IC dan Letakkan ibu jari kanan anda untuk pengesahan cap jari.
    (tunggu,baca dan dengar arahan dari mesin!!!)


3 Tekan menu  register I- Akaun (touch skrin..sila kecik kan jari telunjuk anda..)

4 Masukkan kata laluan dan pengesahan kata laluan
(katalaluan mesti yang mudah diingat, kalau nak tukar kata  laluan atau terlupa kata laluan boleh pergi kat website KWSP).

5 Register successfull dan sila keluarkan IC anda.

6. Boleh keluar line sebab ramai dah tunggu queue kat belakang tu..korang register ke mengeja lama sangat nih..eheeee..gurau..

Last Step, korang boleh check atau buat pengaktifan akaun kat web KWSP guna I-Akaun .

~ Pilih login kali pertama.



~ Kemudian aktifkan I-Akaun KWSP dengan mengisi maklumat berkaitan seperti no kwsp dan masukkan  kod yang korang daftar kat kiosk tadi.
~ Isi semua maklumat yang diminta untuk pengaktifan i-Akaun (part yang leceh sikit)
~ Klik hantar sampai berjaya..
~ Login ke i -Akaun semula, masukkan ID dan kata laluan



~Ok..Done..!!

Selamat mencuba . Kalau tak jadi jugak, tanya je orang KWSP terus. Hehee


Kelebihan I-Akaun KWSP:-

~ Boleh semak dan cetak penyata KWSP anytime..hari-hari nak tengok pon no prob..no charges applying!
~Ada maklumat terkini akaun KWSP ahli.
~Maklumat pengeluaran ahli
~Pengiraan jumlah pengeluaran yang dibenarkan


Ok la.sampai sini jer buat masa ni..Aku nak sambung kira duit KWSP aku...wassalam..



Nota :Step register i-akaun lebih kurang sama macam daftar internet banking..Kemudahan dihujung jari..So fikirkan-fikirkan lah..If korang pekerja swasta better daftar la..tengok la saving korang tu anytime.

2 comments:

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved