Suri Raudhah: September 2012

Sunday, September 30, 2012

Cucur Nugget

As-Salam

Mencuba resepi cucur nugget. Actually aku cilok resepi ni dari novel Semanis Tart Ceri. Simple jer, Alaa cekodok yo sapo sapo pon buleh buwek..Tak susah mano pon.


Resepi paling terbaik abad ini
 
Cucur/Cekodok/Jempu-jemput nugget.{Samo ea 3 serangkai ni}
 
Bahan-Bahan
 
(Sukatan ini bagi menghasilkan empat ketul cucur yang comels. Darabkan bahannya bagi mendapatkan bilangan cucur yang lebih banyak)
 
3 ketul nugget ayam jenama Ramly (biasa/tempura) lalu dipotong dadu.
Bawang besar (saiz sederhana) dipotong dadu
Daun sup dan daun kucai
Kalau tak nak letak daun sup/kucai boleh letak batang saderi(ikut resepi asal Semanis Tart Ceri)
Satu dahan daun saderi (dahan dan daunnya)diracik-racik
Sedikit garam
Tepung
Air untuk mengadun

 
Cara membuat
 
1. Dengan senyuman yang manis, masukkan nugget, bawang, daun saderi atau daun sup/kucai dan tepung ke dalam satu besen.

2. Taburkan garam secuukup rasa dan gaul rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit (air suam) dan bancuh sehingga adunan sesuai digoreng

4. Boleh la menggoreng dengan penuh ketatasusilaan.

5. Hidangkan dan makan dengan sos cili

Sediakan juga tisu bagi mengelap air liur yang meleleh. Sekian resepi dari Suri Raudhah ilham dari novel Semanis Tart Ceri. Selamat mencuba.Mudah yo resepi orang bujang ni..:)

Ini hasilnya..



nota:
1. Kalau letak nugget 4/5 biji lagi sedap kot. Baru ada rasa nugget tu.
2. Disebabkan aku rasa pelik cucur letak dengan batang saderi, So aku try letak daun sup/kucai. But then aku terfikir apa rasa ehh kalau next time tukar letak batang saderi pulak. Kena cuba alter resepi ni.
3. Hasilnya Ok la.. sedap jugak:)

Sekian, Wassalam.

Thursday, September 27, 2012

Ustazah Asni Mansor Al-Hafizah

As-Salam
 
 
Terpegun aku sebaik sahaja ustazah naik ke atas pentas dan mengalunkan bacaan dari ayat al-Quran. Kemudian barulah ustazah memberi salam pengenalan.Serius aku tak tipu..meremang aku dengar bacaan ustazah Asni Al-Hafizah. Seisi dewan semua senyap seperti terpukau dengan alunan ayat al-Quran. Kagum..
 
Hari ini aku meringankan kaki dan perut menghadiri wacana ilmu di IPPTAR angkasapuri. Tajuk wacana "keseronokan bekerja dalam mencari keberkatan rezeki."Memang rugi kalau tak pergi, lagi-lagi majlis ilmu macamni. Kita ni manusia biasa, kadangkala kita terleka , so dengan menghadiri majlis ilmu ni sekurang-kurangnya ada pengisian dalam diri daripada dibiarkan berkarat.
 
Pertama kali aku terpukau mendengar secara live alunan al-Quran dengan bacaan yang indah yang dialunkan oleh Ustazah Asni Mansor Al-Hafizah. Ya Allah, kalau suara ustazah Asni semerdu macamni, bagaimana pula suara Bilal bin Rabah mengalunkan azan..Subhanallah.
 
Apa pengisian yang aku dapat hari ni?
 
Kalau nak rezeki kita berkat..perkara basic yang perlu kita jaga adalah "hubungan kita dengan ibu bapa". Kemudian bagi kaum isteri adalah redha suami. Insyaallah rezeki kita akan berkat. Berkat tu faham la macammana kan. Aku taknak eleborate nanti aku jadi ustazah blog pulak kat sini..peace:)
 
Bila keluar bekerja bacalah doa dan niatkan dalam hati " Ya Allah aku keluar mencari rezeki Ya Allah. Lindungilah aku dari fitnah dan peliharalah imanku. Kemudian melangkah lah dengan kaki kanan keluar dari rumah untuk bekerja.
 
Last sekali aku tekankan kat sini..Sedekah..Bersedekahlah kamu walau sedikit. Insyaallah rezeki kita berkat. Janganlah terlalu berkira-kira dengan ibubapa. Itulah ayat ustazah yang bermain difikiran aku sekarang.
 
 Video tak ada kaitan dengan ceramah wacana pagi tadi. Awak layankan jelah..:)
 
 
I Care I Share, Sekian. wassalam.

Wednesday, September 26, 2012

Kalau tak baca awak rugi

As-Salam

mencari konklusi..

aku suka baca buku
aku suka baca novel
aku tenang bila baca al-quran
aku suka baca majalah
aku suka baca forum
aku suka baca komik
aku suka baca blog orang
aku suka semua diatas
memang aku dilahirkan untuk suka membaca
tapi satu jer pasal aku
 
aku tak suka baca pekeliling
serius..aku pening
mata dah naik juling
kepala berpusing-pusing
aku tak mampu teruskan..
bahasa macam kap lam ya nga...
 
 
Cukup..cukup sudah..sampai disini saja..Sekian wassalam..
 
 
 
nota: Just nak ingatkan awak, hari jumaat ni pembentangan bajet 2013. 

Thursday, September 20, 2012

Suri Raudhah

As-Salam

Aku tukar url blog lagi.hehe.Banyak kali dah tukar url blog. Hopefully yang ni akan berkekalan la.  Bukan blog Lisa Surihani, atau suri rumah tangga atau blog kaum kerabat mahsuri, ni blog SuriRaudhah ok. Nama ini ilham dari langit:)


Masa cari ilham nama blog, terjumpa gambar ni..
Suka tengok lesung pipit (lesung pipit or lesung pipi?)dia yang comel tu. Dah la ada dua butir lesung yang kedalamannya tak dapat diukur dengan pembaris tu. Indah ciptaan Allah ni kan. Ramai cakap "orang cantik dan orang comel ni banyak dugaan dan godaan"?.Dah cantik pastu glamer pulak tu.Memang la iman tu kena kuat. Tapi orang biasa-biasa macam kita ni kena la bersyukur dan redha jer. Beauty is not about pain, beauty is effort:)





 
 
 
 
Dia adalah Wawa Zainal.. 
 
Sekian,wassalam

Saturday, September 15, 2012

Jahat macam setan?

As-Salam

Tak kenal maka tak benci..


Nama :
IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :
Fasik kelas pertama

Agama :
Kufur

Tempat Tinggal :
Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :
Neraka jahanam

Kawasan :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Suami :
Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :
Angan angan kosong

Tempat pertemuan :
Pasar pasar

Musuh ketat :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :
 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :
Bila orang membaca istighfar

Logo :
Sebarang tatu

Pejabat operasi :
Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari khiamat

Matlamat:
Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

Saat ajal:
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :
Homoseks dan lesbian

Janji janji :
Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah.

 



sumber:pen patah.blogspot
I care I share :)

Still single.?so what!

As-Salam

Aku tak pernah falling in love with anyone!percaya tak.?

Tipu sangat la statment tu..
 

Aku rasa pada umur yang dah agak matang ni.(erk?) tak perlu nak cinta monkey monkey ni lagi. Zaman tu semua dah berlalu. Tapi serius wehh aku tak pernah pon cintan-cintan ni even masa zaman study.Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah minat sesiapa. Itu sekadar minat je untuk suka-suka tak serius pon. Sekadar untuk sumber inspirasi je.


Dan nak dijadikan cerita..

Aku ada kenal someone. Start kenal maybe almost 2 tahun lepas. Tanpa aku sedar hari demi hari detik demi detik macam dah ada vibration dengan dia.U know what i mean rite.? Aku rasa tak la tahap jatuh cinta,maybe just attraction between us make me seriously what to know him well. Aku susah nak ada perasaan macamni kat orang, tapi dengan dia aku rasa 'sesuatu' but its not called love but i dont how to describe here.Tu la 1st time aku rasa nak serius dengan someone.


Make it short. aku kena lepaskan perasaan. Kenapa.? Sebab aku tak nak terbuai dengan perasaan dan akhirnya akan menjadi sia-sia.
 
" Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, nescaya cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi memperbaiki diriku."




Kalau Allah membuka pintu hatiku untuk seseorang suatu hari nanti, pasti aku takkan memberikan seribu alasan untuk menolaknya. Serius, aku tak nak buang masa bercinta lama-lama. Prinsip aku setakat ni,  perkara utama adalah pernikahan.
 
Bercinta lepas kahwin itu sweet.- Ustazah Fatimah Syarha dalam dalam buku pemilik cintaku

Dushhhhhhhhh..boring la cerita ni..Baik aku layan kisah Will & Kate datang ke tanah air ku yang tercinta ni.
 
nota:Ok, I'm not so into Prince William (anymore..since he loss his hair!:) but The Duchess is just nice to look at..

Thursday, September 13, 2012

I feel good


As-Salam

[English] Wikipedia : I know everything !
Google : But i have everything !
Facebook : So what.? i know everybody !
Internet : Hei Without me, you all are nothing !
Electricity : Silent ! Who's The Boss now? !!
Benjamin Franklin : Ehem..ehem.. Who's discover Electricity?
Allah : Well...I created all of you .. :')
Subhanallah...^^,

>>> love Allah S.W.T♥♥♥

I love you like a love song

As-Salam

This is the way how i'm trying to brush up my english..Listen english song, trying to memorize the lyric and just enjoy the song..:)


I, I love you like a love song, baby (3x)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song, baby (3x)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat


I, I love you like a love song, baby (3x)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song, baby (3x)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat

nope..i'm not Selena Gomez fans..


[once more time darl..]

I, I love you like a love song, baby (3x)
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song, baby(3x)
Love you
Like a love song


Tuesday, September 11, 2012

Fasha Sandha lagi

As-Salam


Bukan nak bergosip...

 
pssstt...hari ni sana sini ada kisah Fasha Sandha mengandung alah dengan ubat gigi. Setuju tak dengan statement ni.?
 
fasha ni cantik kan..even aku tak minat dia,tapi aku rasa lakonan dia lagi ok dari neelofa kot:)
 
 
 
nota:Kalau alah dengan ubat gigi pakai la kayu sugi tu ha..sunnah nabi saw. Kalau ikut sunnah dapat pahala..

Sunday, September 9, 2012

Uncle jual buku kat Pustaka Mukmin Jalan TAR

As-Salam

Semalam kan aku pergi bersia-siar kan jalan TAR bersama oja raudhah. Singgah kat pustaka mukmin dekat area situ la. Oja Raudhah nak cari tafsir al-quran yang tak nampak macam tafsir. Senang katanya nak baca, orang tak la pandang sangat kalau baca dalam bas or lrt pon..


Oja Raudhah: Uncle tafsir ni harga brapa.?
Uncle: RM75
Oja Raudhah : Tak dapat kurang ker.?bagi 65 la.
Uncle: Tak bole tak bole. bole bagi 70 kurang..
Oja Raudhah: alaa 65 la..
Uncle: Kamuorang student ka.?(merujuk kepada aku n oja raudhah)
Aku: A'ah student..(hehee..)
Oja Raudhah: Bole la kasi 65
Uncle: Tak bole tak bole.kasi 70 ja..cepat.kasi cepat..
Aku: Kenapa.?Kedai dah nak tutup ke..(masa tu dalam pukul 8 lebih)
Uncle: Belom mau tutup..ramai customer lagi ni (sambil tunjuk customer kat sebelah aku tu).
Padahal mana la ramai mana pon..kalau malas nak layan tak yah la layan, pergi la layan orang lain. kami tak kisah pon..kan uncle ramai lagi customer nak layan kan..!(monolog)
Oja Raudhah: Uncle tafsir ni ada warna apa lagi
Uncle: Warna atas tu ja. (biru dan pink) kasi angkat je la tak payah tengok lain.
Oja Raudhah: Sabar la uncle ni..saya nak pilih warna apa lagi yang ada.
Pastu uncle tu buka laci kat bawah buku tu.
Uncle: Kaler ni jer yang ada sambil tunjuk tafsir kaler pink,biru,purple, coklat.
Oja Raudhah: Ha..ni kan banyak kaler ni..kedekutnya tak bagi tengok tadi..
Pastu Uncle tu membebel yang kitaorang pon tak paham..
Oja Raudhah: Cakap apa tu ktorang tak paham la..sambil tergelak..
Uncle: Suda.suda kasi angkat..
Oja Raudhah: Intan, mana satu yang cantik..Kalau ko pilih biru ke pink?
Aku: Kita rasa purple bawah tu lagi cantik..tapi ikut ko la..cepat la uncle tu dah membebel dah tu.
Oja Raudhah: Nak yang cantik la. Kalau cantik lagi bersemangat berkobar-kobar nak baca..hehe
kita amik pink je la..
Oja Raudhah: Uncle boleh la bagi kurang 65 jer. Uncle saya nak baca hari-hari ni.!!Kalau saya baca uncle dapat pahala. Saya doakan uncle murah rezeki..(bersungguh2)hahaa..
Uncle: Tak bole..tak bole..kasi angkat cepat la.

Aku dan oja raudhah malas la nak berunding dengan uncle tu lagi.Ktorang pergi kat kaunter depan.. Kat kaunter depan pon ada tafsir..cantik siap ada tajwid lagi.
So oja raudhah beli yang kat depan tu. Dapat RM68.sebenarnya harga RM75. Owner kedai tu kot yang layan ktorang.Uncle tu pandang jer.hehe..kami tersenyum puas tanda kemenangan:)


bukan aku punya, oja raudhah yang punya..:)moga bermanfaat


nota: birthday aku belum lepas lagi..ada sape-sape nak sponsor ke..?aku nak satu..hehee

Oh Makcik!

As-Salam

Semalam aku pergi pasar malam jalan TAR dengan si oja raudhah. So seperti biasa ktorang janji jumpa kat lrt putra masjid jamek. Sementara nak tunggu si oja raudhah sampai aku pergi la withdraw duit kat mesin atm CIMB dalam stesen putra tu.
 
Aku beratur. Ada la 3 orang kat depan. Depan aku sorang perempuan yang aku nak panggil si baju merah. Kakak,anak buah dan mak dia tengah tunggu dia beratur kat mesin atm tu. Punya la lama tunggu orang paling depan tu dok belek-belek mesin atm tu. Terpikir jugak aku dorang buat apa lama-lama kat depan tu.mengeja apa?
 
Nak dijadikan cerita mak budak perempuan yang berbaju merah yang depan aku tu(aku rasa this girl lebih kurang baya aku la) duduk kat lantai putra yang berdekatan dengan mesin atm tu.Duduk gaya bebas..korang paham la gaya bebas macammana kan..Makcik ni maybe orang kurang upaya, sebab dia pakai tongkat. Aku rasa dia pakai tongkat mungkin faktor usia.
 
Pastu, ada orang yang lalu lalang kat tepi tu, dia tanya makcik tu. aku agak mesti dia nak tolong angkat makcik tu.Ye la makcik tu pakai tongkat. Tongkat dia macam bersepah-sepah maklum lah makcik tu duduk gaya bebas,maybe orang tu ingat dia terjatuh ke apa. Padahal dia memang saja duk camtu smbil tunggu anak dia withdraw duit.
 
Aku tak berapa dengar sangat ayat orang yang prihatin tu..Tapi aku andaikan lebih kurang camni la.

Makcik nak pergi mana.?Boleh saya tolong..?
Ehh, tak pe, tak pe makcik tunggu anak.saja jer duduk kat sini..

Serius aku memang rasa nak tangkap gambar makcik tu,pastu post kat sini..hehee..tapi aku rasa tak sopan pulak kalau aku buat camtu..hahaa.

Pastu bila orang yang prihatin tu pergi, makcik tu pon terkekek-kekek ketawa sambil bagitau anak dia.


Dia nak tolong mak. Dia ingat mak OKU mintak sedekah kot..
anak dia pon ketawa puas-puas..hahaa.." Patutnya mak letak satu bekas kat depan tu,mesti dapat kutip banyak duit,takpon orang lalu mak tadah tangan..hahaha)
 
 
Aku senyum jer la, tapi sebenarnya aku tak tahan jugak nak ketawa. Tu la makcik lain kali duduk lagi gaya bebas macam tu kan orang dah ingat makcik oku yang minta sedekah kat lrt putra. Tak pasal-pasal jadi bahan.hahaaa
 
Tapi aku rasa, orang prihatin tu ingat makcik tu buta sebab ada tongkat. Dah pulak tu makcik tu duduk kat lantai putra tu pulak, nampak sangat persamaan tu kan.makcik makcik!:)
 
Kesimpulan yang aku dapat dari kejadian ni, aku rasa masih ada lagi masyarakat Malaysia yang prihatin:). Aku pernah dengar orang cakap peminta sedekah kat Malaysia ni masyuk!.:)
 
 
 
 
nota: rasanya kalau aku himpunkan kisah atau kejadian pelik/lucu setiap kali aku bersiar-siar kat pasar malam jalan tar boleh jugak la jadi kisah bersiri..hehee..Hari sabtu aku memang selalu pergi pasar malam jalan tar dengan oja raudhah. Dah jadi rutin kot. Kalau lama tak pergi sana, macam pelik jer.  Next time aku cerita kisah lain pulak..:)

Thursday, September 6, 2012

Petua Wajah Berseri

As-salam


Amalan/petua dari Ustaz Don untuk wajah berseri-seri. Boleh la amalkan kalau nak.
 
 

Amalkan membaca ' Ya Qawiyyu'
(Maksudnya wahai orang yang maka kuat)
Selepas memberi salam kedua selepas solat

Jangan cuci muka dengan cleanser pada waktu pagi kerana
amalan ini akan menghilangkan seri wajah

Cuci muka sebelum tidur.

Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka
atau menempek mosturizer


 Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak
dan berdoa:
" Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku"

Membaca doa ketika melihat cermin.

" Ya Allah sebagaimana Kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah akhlak ku".


[Aku tak sanggup nak beli SKII]
 
 
I care I share.Sekian, Wassalam

Monday, September 3, 2012

Memang ustaz ditakdirkan kahwin dengan ustazah ke?

Assalamualaikum


{Sembang sama-sama}

I: Kak Z(bukan nama sebenar), saya suka tengok IM Asyraf ni. (sebelum ni setiap hari jumaat ada segmen bersama Imam Muda Asyraf @ Selamat Pagi Malaysia). Suka tengok cara dia bercakap. Muda lagi, tapi kata-kata dia matang.

Kak Z : Kalau macam tu awak kawin la dengan ustaz!

I: Masalahnya ustaz nak ke kawin dengan saya?!!

Kak Z: hahaahaa..pastu gelak lagi.. dan lagi tanpa jawapan .Dari situ aku dah tau memang ustaz hanya ditakdirkan untuk ustazah je kot..









Nota:Surat An-nur 24:26
Sekian. Wassalam..

Sunday, September 2, 2012

Entri tiada kaitan dengan Neelofa

Assalamualaikum
 
Yer..memang saya akan bercerita pasal rancangan Nona kat TV3 tu.Tengok tak? Dah lama tak tengok Nona tapi hari ni aku tertengok la pulak.
 
 
Segmen khas bersama Datin Sharifah Syawati - Imej Anda,Aset Anda. Memang dah ada lama ke segmen ni kat Nona tu.Aku baru tahu sebab aku bukan lagi penonton setia Nona sejak Farah  Fauzana & Neelofa jadi pengacara. Ada part yang aku rasa macam mencabar otak aku untuk berfikir 2x.heee. Kenapa? Korang fikir la sendiri..
 
1)Etika semasa berpakaian baju kurung dan seangkatan dengannya (berpakaian.?betul ke ayat aku nih)
 
Tak dibenarkan memakai jaket semasa kita memakai baju kurung. Tak sesuai. Alasannya baju kurung ada elemen tradisional, jaket adalah material moden maka merosakkan nilai bagi baju kurung tersebut.
 
{Pastu aku mula nak menyampuk.."Habis tu kalau kat office sejuk melampau macammana tu.? Dah la opis aku tu dah pasang aircond baru. Time sembahyang pon boleh menggigil lutut dan aku sememangnya kat opis pakai jaket bagi mengelakkan terkena kancing gigi akibat kesejukan melampau.}
 
Dan tiba-tiba...Bagi menggantikan jaket, Datin menyarankan memakai Pashmina.
 
beliau yang tak belajar etika dan protokol!
 
Nota: Bila kat office aku memang pakai baju kurung dengan jaket sebab sejuk. Tapi sekarang kurang dah sebab aku dah pindah bangunan baru. Kesejukannya kurang berbanding dulu dan tiba-tiba aku merindui saat dulu, aku rindu saat aku sarung jaket dan sweater sekaligus, rindu saat aku menggigil lepas ambil wudhuk solat asar, rindu untuk mendengar lagi ayat "sejuknya rasa sampai ke urat". Betul aku tak tipu...aku rinduu saat itu..


2) Jangan memakai selipar @ kasut(sport shoes) apabila mengenakan baju kurung.

Ada lagi ke orang  sekarang pakai sport shoes dengan baju kurung?Dulu memang ada. Aku la orang tu. Tapi aku tak rasa bersalah pon sebab rasanya sesuai apa. Bukan la sport sangat lebih kepada sneakers. 

Nota:Aku memang pakai slipper kat office. Bila kat office mesti la pakai baju kurung dan seangkatan dengannya kan dan aku lebih banyak pakai slipper berbanding grey wedges atau kasut tumit 3 inci aku tu. Rasa lebih selesa untuk aku yang kena banyak bergerak ni. Berjalan nak pergi ke mesin fotostat, berjalan ke bilik stor laju-laju sambil bawak fail konon-konon macam tengah sibuk sangat, berjalan jumpa orang, dan kegunaan utamanya semasa nak pergi ke toilet banyak-banyak kali. Pakai wedges atau kasut tumit 2 or 3 inci kan susah tu.

ni memang macam selipar aku.tapi bukan sebenarnya.!
3) Jangan memakai beg galas (macam beg sekolah tu!) semasa mengenakan baju kurang.

Nota: Aku buat masa zaman sekolah  dan zaman study dulu. Pakai baju kurung dengan beg galas. Kalau macam tu tak ikut etika jugak ke.?? Sekarang aku dah tak buat dah!!. Mereka pakai beg galas mungkin sebab nak letak laptop ke, proposal yang tebal-tebal ke, payung ke & macam-macam lagi boleh letak kalau pakai besar ni. Handbag limited. Bagi aku tak ada masalah pon perempuan berbaju kurung bergalaskan beg galas. Cool apa..baru la hippies..hehee..


Kata Datin, kalau buat 3 perkara di atas seolah-olah tak respect dengan pakaian tradisional kita dan orang luar akan keliru tentang budaya pakaian kita rakyat Malaysia ni. Pendapat korang yang arif lagi bijaksana ?

Aku.?
a) Aku rasa selagi nampak sopan tak apa kot.
b) Aku belum dapat hidayah lagi nak pakai pashmina, aku lebih selesa pakai jaket. Terus melekat kat badan tak la terjatuh-jatuh macam pashmina tu.
c) Pakai blazer/jaket nampak profesional kot!(aku rasa la) 
d) Hidup aku tak lengkap tanpa slipper.
e) Tak kena tindakan disiplin pon kalau tak ikut etika tu. Yang penting tak jatuh hukum berdosa.
f) Aku malas nak belajar etika dan protokol sangat sebab aku tak nak kawin dengan anak raja dan anak raja pon tak nak kawin dengan aku!
e) Ini tak bermakna aku tak respect pakaian tradisional ke apa. Tapi aku yakin respect etika dalam islam tu lebih perlu dan wajib.

p/s : Ni just pendapat aku yang kurang ilmu ketrampilan&kefesyenan dan aku bukan seorang fashionista buktinya orang lain sibuk pakai tudung bawal 3 ton ada renda bunga kat tepi tudung tu yang macam corak kat atas cupcakes tu dan lagi bergaya dengan shawl style ala-ala HT wannabe, tapi aku masih setia dengan tudung thai silk lycra dan syria aku yang murah tu.! 

p/s : Ye la, Datin kan seorang perunding imej yang pro, mestilah dia kena ajar semua benda-benda ni. Kalau tak, sia-sia la dia habiskan duit belajar imej kat luar negara tu. Cantik mata Datin. Bulat macam orang arab. Memang la mix arab nama pon Sharifah kan..

p/s : Aku tag kat diri aku sendiri!!

Sekian. Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved