Suri Raudhah: July 2014

Thursday, July 31, 2014

Qada' puasa ramadhan dan puasa enam syawal


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Ada yang dah mula buat puasa enam ke? Saluteee la dengan uolls..Bukan senang nak tahan godaan lagi-lagi di awal Syawal ni nak lagi bila atas meja kat rumah tu penuh dengan bermacam juadah..Cookies la, ketupat rendang tok bagai,lemang,soto,nas impit,nasi minyak bagai... aihhhhh toksah nak cakap la nikmat di hari raya.. :)

Dan juga mesti ada yang dah start keje bukan?? hahaaa...Bertabah la...

Ok..Bercerita pasal puasa enam..errr,sebenarnya saya malu nak bagitau tapi sebagai perkongsian i think i should tell the truth story..Errr..sepanjang hidup tiil now, saya belum pernah lagi buat puasa enam..Sedih kan dah lama Allah bagi nikmat kehidupan tapi tak pernah cuba nak puasa enam..Sebab dulu, saya fikir saya kena habiskan puasa qada' dulu mana sempat nak puasa enam..Puasa enam kan nak kena buat di bulan syawal sedangkan puasa ganti (qada') pon jenuh nak habiskan setahun..Huhh..malu dengan diri sendiri..

jom puasa enam

Alhamdulillah..tahun ni saya hanya perlu qada' puasa 5 hari pastu nak teruskan dengan puasa enam.. Sejak melalui pengalaman berharga yang Allah kurniakan dan bila keinginan untuk berubah tu datang saya rasa saya perlu buat sesuatu tu impress Allah..Make something that showing how i'm very thankful to what Allah has gifts..Perlahan-lahan saya cuba untuk dekat dengan Allah and i hope after qada puasa ramadhan i want continue with puasa enam.. Orang lain yang ada gastrik pon boleh buat..Nape saya tak bole kan..! Dont trying hard to make an excuses anymore sayang!

Tahukah kah korang, orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 
(Riwayat Muslim, hadis no: 1164).

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى Maha Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
souce:linked

Cara Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal

1. Paling afdal puasa enam hari berturut-turut mulai 2 syawal

2. Kebiasaannya ramai yang buat puasa sunat sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan syawal. Pilih 6 hari bermula dari 2 Syawal sehingga 30 Syawal asalkan genap enam hari kesemuanya.

niat puasa enam


Boleh ke nak qada'puasa dan puasa enam sekali?

Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.

4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.

Maka buatlah pilihan yang terbaik..Choice in your hand peeps...:)
Saya amat simpati bagi kaum hawa yang terpaksa mengqada' puasa hampir berbelas hari kerana perkara yang tak dapat dielakkan.(keuzuran). Saya juga ada kawan yang termasuk situasi seperti ni dan dia memegang pendapat No 2..


**
Jadi buatlah sehabis baik dalam usaha menjadi orang baik-baik..Semoga amalan sunat dapat menampung dan penambah kepada kekurangan dalam amalan fardhu kita :) 

{reminding.to.be.reminded:}

Wednesday, July 30, 2014

Warna tema baju raya aidilfitri 2014


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Raya tahun 2013 warna royal blue and emerald green menjadi fenomena.. Rata-rata ramai yang memilih warna royal blue and emerald green sebagai warna pakaian yang dipakai masa hari raya termasuk artis Malaysia..

baju melayu aaron aziz raya 2013

Tahun ni rasanya warna apa yang menjadi trend?

Hmmmm..
Dari pandangan mata aku berdasarkan gambar yang berlegar-legar di laman muka buku, tv dan whatapps group, aku dapat simpulkan tahun ni ramai yang memilih warna baju raya bertemakan golden mustard. What do you think guy..Am i right?

baju melayu aaron aziz raya 2014

I know what lingered on you mind peeps?

I choose aaron aziz and family bcoz in my opinion he is a best person to be the fashion icon. See Jakel choose him as their ambassador and he deserved it. Aaron aziz have their on attraction to charms people. Okeyyy..I'm not the ones who crazy toward him but errrr i like him...nope..nope dont get me wrong i just love his acting..thats all..and one more thing he seem like a family men right?..That cool yeww..bcoz i love family man!!haha..:)

Stop ridiculous..This is hari raya posts..We're talking about 'tema warna baju raya' okeh!!
Dan ...dah kenapa tetiba speaking omputih ni..Sorry baru lepas makan spageti special raya just now..

Tema raya aku and family ialah warna-warni di aidilfitri..hee.. Kitorang memang tak pernah plan tahun ni nak pakai warna apa and warna apa sebab masing-masing citarasa lain-lain..Tapi rasanya ayah emak adik- beradik pakai biru tak kiralah la light blue or dark blue cuma aku jer lain sikit combination grey and peach!!Ingatkan tahun ni nak warna emerald green tapi tak jumpa..Actually last minute shopping mana nak jumpa kan..huhu..

(sorry no 'raya' pictures attached!:)


#Terimakasihsudibaca#

Tuesday, July 29, 2014

Di sebalik lagu raya,ketupat dan rendang,hati kami sentiasa bersamamu Gaza :'(


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!
Di saat Syawal bakal menjelang tiba,
Langsir perlu ditukar
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap
Baju baru mesti dibeli
sedang baju mereka berlumuran darah
Kasut baru dua pasang
sedang mereka hancur kakinya
Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung agar tertutup aurat ketika jasad ditemui
Duit raya paling best
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji
Takbir raya paling syahdu
sedang takbir mereka untuk para Syuhada
Family ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, dimana famili mereka?
Bunga api dan mercun di malam hari
sedang mereka dihujani bom dan roket sepanjang hari
Kita mencium tangan ayah dan ibu
sedang mereka mengucup dahi ibu bapa yang sudah tidak bernyawa
Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara
Saling berpelukan bermaafan di antara kita
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan
Jiran tetangga dijemput makan
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan
Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital
Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!
Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!
Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya,Jabaliyah dan Rafah
Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!
Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim
Dari lelehan darah calon ahli Syurga
Dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian
Dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba
Di hari raya ini..
Suara kemanusian telah terbungkam di sebalik lagu raya,ketupat dan rendang??
Ouchhh.....tuduhan itu sungguh tidak adil!!

selamat hari raya Ghazzah

Wahai pejuang kemanusian..!
Percayalah! Doa kami sentiasa bersama saudara kami di Palestina. 
Mana mungkin kami akan boleh melupakan air mata anak-anak Ghazzah yang memenuhi
laman muka buku kami walaupon kami dihidangkan gambar raya yang penuh warna-warni.
Tahukah kamu, hati ini bagai dirobek bila mengetahui hampir 1000 nyawa telah berkorban
Air mata yang ditahan tumpah juga bila melihat si kecil mencium sekujur tubuh kaku bapa yang syahid angkara Zionist yang angkuh itu!
Sungguh..ramadhan dan hari raya kali ini perasaannya berbeza sekali.
Yer..kami yakin Gaza akan meraikan hari kemenangan juga
Janji Allah itu pasti..
Yer..kami tak mampu mengangkat senjata di medan perang..
Tapi bukankah doa juga adalah senjata orang mukmin?
Adakala terasa seolah-olah kami tak buat apa
Hati menjerit meronta..apa yang boleh kami buat..apa yang boleh kami buat lagi!
Tapi hanya doa yang tak putus-putus dan huluran ihsan kemanusian yang terzahir
Huhhh..
Cukuplah!tak sanggup teruskan....... :,(


Masjidil Aqsa akan bebas-janji Allah

Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan durhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. [al-Isra' 17: 7



#PrayforGaza
Salam Aidilfitri.......

Monday, July 28, 2014

Bukan mahram yang tak boleh salam masa raya


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..hari ni hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dahaga dan hawa nafsu yang meronta-ronta (cehh!). Bila hari raya ofcoz kita tak lepas dari menziarahi sedara-mara,rakan taulan dan jiran sekampung betul kan?. I would like to share stories based my experience. Okey!Bila balik kampung semua sanak sedara adik beradik berkumpul kat kampung . Mak ayah dua-dua asal perak. Since tok belah emak meninggal bila balik kampung especially time raya kitorang satu keluarga akan stay kat rumah Mak Lang kat Bukit Merah.

Then, sehari dua hari kat Bukit Merah, turn balik kampung ayah pulak. Sejak Tok belah ayah dah tak de selalunya kitorang akan stay kat rumah Mak Ngah di Batu Kurau. Kat rumah Mak Ngah ni memang meriah maklumlah adik-beradik ayah ramai. So,makanya berkumpul la sepupu sepapat, mak sedara pak sedara, ipar duai and so forth. So time ni la akan adanya dilema di hari raya yang mulia.




Dilema?

Time ni la nak kena jaga batas-batas even kitorang ni sedara-mara pon. I mean dari segi aurat, batas pergaulan pastu nak bersalam tu kena tahu jugak dengan sape kita boleh or tak boleh salam. Sejujurnya, dulu kami tak alert benda ni sebab kita anggap macam dah adik beradik jer especially bab salam dengan sepupu or bapak sedara tapi sejak beberapa tahun raya mula dah ada kesedaran. So dalam rumah pon kena biasakan pakai tudung sampaikan bila tidur bangun esok pagi pon still lagi tersarung tudung yang dah konyot-monyot! Maklumlah bila dah ramai-ramai ni jangan harap la nak dapat bilik sorang sebijik.Mulanya memang tak selesa tapi bila kesedaran tu datang dengan sendirinya pasti kita akan lebih rasa tak selesa bila kita terdedah even mereka sedara kita tapi bukan semua mahram kita betul tak? Bila bulan Ramadhan kita jaga ibadah kita, kita selalu doa Allah ampunkan dosa kita tapi bila menjelang raya kita buat perkara yang dilarang-Nya.. So apa erti DOA kita tu?

Sama-sama la kita ingat-mengingati..Korang yang cakap sharing is caring kan...kan..:)

********

Bukan mahram yang tak boleh salam masa raya:-

Lelaki :
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4.Adik beradik perempuan emak mertua
5.Anak perempuan adik beradik isteri
6.Kakak ipar
7.Adik ipar perempuan
8.Sepupu perempuan
9.Sepupu Ayah (perempuan)
10.Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik-beradik lelaki bapa mertua
4.Adik-beradik lelaki emak mertua
5.Anak lelaki adik beradik suami
6.Abang Ipar
7.Adik ipar lelaki
8.Sepupu lelaki
9.Sepupu ayah (lelaki)
10.Sepupu Emak

Kadang-kadang kita terlupa. Nampak macam boleh tapi sebenarnya tak boleh. Bukan raya je tau tapi sepanjang masa..:)

#Self-reminder#
#Kosong-kosong#

p/s : Pilu hati bila mengetahui angka yang terkorban di Gaza mencecah lebih dari 1000 orang..Teruskan berdoa untuk kemenangan Islam..:'(

Friday, July 25, 2014

Doa lailatulqadar senang nak hafal sebenarnya..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Doa ni pendek jer..mesti korang pon dah hafal kan?


Sebelum ni aku tak hafal..Pastu ada satu hari ni ada pengajian muslimah setiap jumaat kat surau ofis kebetulan minggu tu turn ustazah Normala. Aku selalu cakap kat member  yang lain ustazah ni rock ar..!hahaa..Tapi aku suka join pengajian ustazah ni.. Even sempoi tapi pendekatan berkesan..

Nak jadik cerita hari tu pengajian bertajuk "Puasa Ramadhan" sampai la ke doa ni..Ustazah baca then kitorang follow beramai-ramai tapi tak semena-mena ustazah suruh baca sorang-sorang..Aku dah menggelabah..Terkejut weh..!Yang tak tahan tu ustazah cakap "Saya dapat rasa degupan jantung dup dap dup dap.Sape la agaknya tu! Hahaa..salah sorangnya aku la..Beb, normal la kan kalau kena soal spontan tiba-tiba rasa hati tu dup dap dup dap..(wait..wait..aku konfius jantung ke hati yang dup dap dup dap?).. Whateva..

Sampai turn aku..Alhamdulillah lulus...Lega..!

So sejak hari tu aku kerap baca doa lailatulqadar ni sampai la boleh hafal sekarang..Selama ni selalu dengar orang baca masa solat terawih tapi time tu takde keinsafan lagi..Sekali bila kena soal dengan ustazah baru la menyesal tak hafal dulu..My advice, dipenghujung ramadhan ni banyakkan la baca doa ni..Semoga Allah perkenankan doa kita..

Errrr...Actually dalam buku yang aku baca,  doanya lain sikit.. 

Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna, 

Tapi bila google banyak pulak versi.. So terjumpa link SINI..(Pencerahan kekeliruan doa lailatulqadar). 
Errr..mana betul ni..

Tak salah kan terus baca doa versi atas ni??
Any explanation??

#Terimakasihsudibaca#

Wednesday, July 23, 2014

10 malam terakhir ramadhan dan lailatul qadar


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sekarang dah masuk fasa sepuluh malam terakhir..Tak ke korang rasa ramadhan kali ni berlalu dengan cepat..Secara jujur entah kenapa tahun ni aku rasa masa sangat-sangat cepat berjalan, sekarang dah ramadan,pastu syawal...pastu last sekali Zulhijjah..huhh..!Tanda-tanda penuaan sedang berlaku >.<

lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan

10 malam terakhir adalah masanya kita sama-sama marathon tingkatkan ibadah..Rasulullah saw sendiri sentiasa lebih bersemangat untuk melakukan ibadah di malam - malam akhir Ramadhan. Lailatul Qadar terjadi pada 10 malam terakhir Ramadhan, sebagaimana sabda Rasulullah  saw:

“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” 
(HR. Bukhari  dan Muslim

Terjadinya Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Carilah Lailatul Qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” 
(HR. Bukhari ) 

Allah swt merahsiakannya kerana sebagai ujian dalam mengetahui siapa hambanya yang bersungguh-sungguh untuk mencarinya. 

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” 
(HR. Bukhari  dan Muslim)

Nah!.Bukankah itu romantik bilamana si suami kejutkan isterinya untuk beribadat sujud di hamparan sejadah bersama-sama mencari malam yang penuh rahsia Allah. Itu sungguh syahdu ok..:)

“Semoga Allah merahmati seorang laki-laki yang di malam hari melakukan solat malam, lalu ia membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan, maka ia memercik air pada wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang wanita yang di malam hari melakukan solat malam lalu ia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan, maka isterinya pun memercik air pada wajahnya.” (HR. Abu Daud)

(suwettt:)




Tanda-tanda Lailatul-Qadar

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.
source:www.cahayapurnama.com

*****
Sebenarnya agak malu nak post entri ni. Sejak akhir-akhir banyak benda yang berlaku..Stress tak payah cakap..Sedih,sayu dan sesal adakah tarbiyah yang diterima selama ini tak benar-benar meresap ke dalam hati.Kadangkala tertanya hipokritkah aku? Bila mana munajat yang dipanjatkan amat sukar untuk mata ini mengalirkan air mata..Kenapa amat sukar untuk istiqamah?

Penat..putus asa??

Mohon keampunanMu Ya Rabb..

:'(

Saturday, July 19, 2014

Amal ibadah ramadhan bagi muslimah yang datang haid/nifas


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Lorrr bendera merah pulak!!

Ada yang rasa kecewa sebab tak dapat buat amal ibadah lagi-lagi kita dah memasuki fasa sepuluh malam terakhir?Don't be sad girl..Aku ada google dan jumpa beberapa amalan yang dicadangkan bagi korang yang haid atau nifas especially pada bulan Ramadhan ni. Feel free to share here..Hopefully bermanfaat.

amalan bila datang haid pada bulan ramadhan

Antara amalan yang dicadangkan:
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
   a.      Bermunajat
   b.      Bertafakur
   c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Muhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya

Ketika baca dan menghafal surah,berdoa,istighfar dan zikir yang di ambil dari Al-Quran niat lah sebagai amal ibadah bukan dengan niat membaca Al-Quran.

Nah!Lepas ni takde lah alasan bila cuti solat,tak boleh nak buat ibadah:)

Dah masuk fasa 10 malam terakhir ni tingkatkan ibadah. Jangan tinggal Al-Quran, cuba latih diri bangun for qiyam.. Ustazah cakap kalau dah malas sangat nak bangun solat 2 rakaat, amik la masa beberapa saat untuk berdoa especially di waktu paling mustajab doa di sepertiga malam..Tapi buatlah yang terbaik kalau nak dapat yang terbaik dari Allah..- Peringatan untuk diri sendiri juga..:)

My cousin always remind me..Syurga Allah tu mahal..=)


#Terimakasihsudibaca#

Thursday, July 17, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni sempat curi-curi masa untuk join GA oleh Lyssa sponsored by Nile.com.my . Setakat tahun ni, inilah first GA yang baru saya join..Bila baca promo entri dari blogger lain terus cakap dalam hati..Nak join jugak..nak join jugak contest raya ni..!!Nampak tak kat situ betapa berkobarnya semangat raya tuh..!!

Elehh..sebenarnya teruja dengan hadiahnya..Terbeliak bijik mata yang sepet ni..hee..

2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai

Wohaaa..lumayan banget.!

nile.com
Sekali pandang nampak macam Eira Syazira pulak si Raisyah Rania ni ye dak? Dua kali pandang eh..ehh ni Felixia Yeap la..hehee Kalau nak tengok Raisyah Rania dengan koleksi baju raya yang cantik-cantik dari Nile.com.my makanya silalah klik banner tu laju-laju yer korang.:)

Kalau ditakdirkan saya antara yang bertuah dapat duit raya dari nile.com.my ni saya nak buat ape yer..?
ermm..ermm..

Susah nak bagi jawapan spontan sebab tak tahu mana satu keutamaan yang sebenarnya. Tiba-tiba teringat sang adik lelaki yang paling bongsu..Dengan senyuman manis penuh makna tersiratnya dia mintak si kakak belikan baju raya..Tapi bukan baju melayu..Dia mintak belikan jubah nak pakai hari raya pertama.. Jubah sesuai la kot nak pakai untuk solat raya kan..Pastu si kakak pon buat muka penuh tanda tanya?Aik ko nak pakai jubah ke raya-raya ni..Dengan selamba jer dia jawab nape salah ke.?Wohaaa..konpem si ayah terharu dengan sang anak yang dulunya jenis loyar buruk segak bergaya dengan jubah raya di pagi syawal yang mulia nanti..Tak sia-sia ayah hantar ko belajar tahfiz nak oii!!

Ini adalah tersangat kacak kot kalau dipakai di pagi raya..

Dulu minta kakak beli baju Melayu, tahun ni trend jubah melayu kot..hehe..Kalau ada rezeki lebih akan dipertimbangkan la yer..So kena la doakan kakak ni jadi yang bertuah..=). Selain tu, duit tu boleh la nak bagi duit raya kat adik-adik, anak sedara, sedara-mara, sepupu sepapat dan seangkatan dengannya.. 

Dan selebihnya biarlah rahsia...:)

Sape lagi yang nak bersaing untuk mendapat gelaran yang paling bertuah dapat duit raya dari Nile.com.my tawaran masih dibuka sehingga 21/7/2017, 11.59 pm..Tepat pukul 12..mintak maap zahir batin la yer..Cuba tahun depan..hehe..gurau..

Syarat penyertaan boleh lihat DISINI..

Andai tak berapa nak bertuah saya terima dengan hati terbuka dengan ucapan untuk pemenang tu ingat daku dalam doamu bila dapat cash tu..haha.

Ok..Sekian..

Jom join..!
#Terimakasihsudibaca# 

Wednesday, July 9, 2014

Kisah disebalik penghijrahan ummi nazeera..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Sekarang ni ramai artis yang berhijrah dengan mengenakan hijab.Yang dahulunya imej ya ampun tersangat seksa akhirnya kini berpenampilan sejak mata memandang.Alhamdulillah perubahan yang baik. Masih ingat lagi korang dengan Ummi Nazeera yang berlakon nur kasih tu? Tak pon Embok dalam hikayat Merong Mahawangsa satu ketika dulu.? Recall your mind..but you just forget about Remy Ishak ok!

ummi nazeera drama nur kasih

Tengok la penampilan beliau yang terbaru..Telah lama menyepi kerana melanjutkan pelajaran di Australia dan kini kembali dengan imej baru..Sape sangka hidayah yang dianugerahkan kepada hambaNya yang terpilih ini?

kisah penghijrahan ummi nazeera

Secara jujurnya, saya dulu tidak meminati lakonan Ummi Nazeera walaupon saya akui lakokan beliau sangat berkesan walaupon ketika itu usia beliau tersangat muda berbanding pelakon senior yang lain. Maka tak mustahil la dia dipilih memegang watak utama dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Masa tu agak kecewa kenapa la heroin filem tu Ummi Nazeera takde orang lain ke..?Hahh sampai macam tu sekali..hmmm..Sorry ummi for that kind of feeling..

ummi nazeera cantik bertudung

Tapi sejak beliau mengenakan hijab dengan imej sejuk mata memandang ni, persepsi saya terhadap Ummi Nazeera automatically changed.!Kini bagi saya dia nampak cantik dengan senyuman yang manis. Kata-kata beliau mengingatkan saya dengan Wardina. Lagi saya kagum bila Ummi Nazeera mengacarakan rancangan Nona bersama Fara Fauzana pada hari ahad lepas. Bukan kagum dengan pengacaraannya tapi kagum mendengar kisah disebalik penghijrahannya..

Korang tengok ke Nona ahad lepas?


"Saya berubah kerana saya ada seorang kawan semasa belajar di Australia..Saya rasa dia ni sangat baik..sangat sangat baik..Baik dari akhlaknya, baik budi bahasanya sampai saya terpesona..Sejak tu saya rasa ingin berubah..ingin menjadi sepertinya.." (kata-kata ummi nazeera yang telah di edit oleh suri raudhah:)

Masyaallah..Masa saya dengar kata-kata Ummi Nazeera tu terus fikiran saya tergambarkan Rasulullah SAW..Bagaimana disebabkan akhlak nabi saw ramai yang tertarik dengan islam. Itulah kehebatan akhlak yang menjadi contoh untuk umatnya. Dalam kisah Ummi Nazeera ni beliau juga begitu terpesona dengan akhlak sahabatnya yang saya pasti sahabatnya itu seorang muslimah bunga agama. 

Ya Allah..bagaimana dakwah itu boleh disebarkan melalui akhlak yang terpuji..Kagum..sangat kagum dengan sahabat ummi nazeera tu..Kekaguman saya lebih lagi bilanya penghijrahan Ummi Nazeera ini adalah pada masa dia berada di negara orang..Australia..negara barat..Seorang artis,hidup dalam keluarga berada,mewah kemudian menyambung pelajaran di Australia dan tiba-tiba muncul dengan imej islamik? dan bukankah itu satu keajaiban..

ummi nazeera belajar dengan syarifah Qhasif

Sekarang ni Ummi Nazeera telah menamatkan pengajiannya dan kembali ke Malaysia dengan imej baru.. Ummi juga katanya giat belajar agama dengan ilmuwan agama.


Memetik kata-kata Ummi Nazeera dalam rancangan Nona "bila kita berada bersama orang yang sama keinginan dengan kita iaitu mencapai syurga jannah kita akan lebih semangat untuk berubah dan lebih terasa dekat untuk mendalami agama.(yeupp!kata-kata telah di-edit oleh suri raudhah lagi:)

keluarga ummi nazeera

Jujurnya, saya bukan nak terlalu membanggakan Ummi Nazeera cuma ingin berkongsi rasa kekaguman melihat perubahan beliau..Berubah kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang mendekatkan dia dengan islam,berubah kerana melihat akhlak seorang sahabat di bumi asing iaitu Australia..Berubah kerana hidayah Allah..

Jujur lagi, bila saya mula rasa penat makanya dengan membaca kisah-kisah seperti ini membuatkan saya bangun dari lena. Berhenti dari mengeluh dalam mencari tujuan sebenar hidup..Terasa ingin sekali menjadi seorang yang menjadi penyebab seseorang yang lain berubah..Sama-sama berubah mencari keredhaan-Nya..Sama-sama penat di jalan Allah..

:)

Ya Allah berikanlah kekuatan..berikanlah hidayahMu..tetapkan iman hambaMu supaya ia tidak berbolak balik..ampunkanlah..Aminn Ya Rabb..

#Terimakasihsudibaca# 

Sunday, July 6, 2014

Doa untuk temuduga bagi hilangkan nervous=)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Aku ada dapat email daripada readers yang kebetulan mencari tips temuduga kerajaan dan tertujulah ke blog suri raudhah ni. Tak sangka pulak bulan Ramadhan ni pon banyak jugak temuduga SPA yer.Apapon goodluck untuk korang. Harap tips tu sedikit membantu.

Mesti rasa berdebar-debar bila dah sampai hari temuduga. Lagi-lagi bila nombor giliran dah nak dekat kan? Seorang motivator pernah cakap kalau orang yang nak pergi temuduga dia takde apa-apa perasaan macam nervous,risau that means ada something wrong somewhere kat dia..So nervous tu normal la untuk orang yang normal right?senyum masa temuduga


Okeh..!Here i got du'a to reduce nervousness or uncomfortable feeling..Doa ni boleh dibaca sebelum masuk ke bilik temuduga..



Surah Al-Fatihah


Ayat Qursi


Ayat Seribu Dinar


Doa ni aku google jer..Tapi pengalaman masa pergi interview dulu aku cuma amalkan doa lepas solat semoga dipermudahkan segala urusan temuduga, Then sebelum masuk bilik temuduga tu banyakkan selawat untuk hilangkan darah gemuruh..Tu je yang aku buat masa tu..



Sementara nak tunggu result dalam beberapa bulan tu banyakkan solat hajat,berdoa dan bertawakal. Jika keputusannya tak seperti yang kita harapkan jangan la putus asa. Aku faham mesti akan kecewa tapi renunglah balik usaha dan kesungguhan kita adakah sudah memadai untuk memegang jawatan tu? Bersangka baiklah dengan Allah,sesunggahnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. Setiap sesuatu mesti ada hikmah. Jangan bila dah gagal terus kita salahkan takdir..Bila rasa 'down' pujuklah la hati...

Camne nak pujuk hati yang kecewa tu??...Just bersangka baik dengan Allah...:)

*touching bila baca makna ayat 1000 dinar tu..Menyesal lambat tahu..huuuh


#Terimakasihsudibaca# 

Friday, July 4, 2014

Murtabak special ramadhan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Murtabak antara hidangan yang hot dibulan Ramadhan.. Zaman dulu kala kitorang selalu beli murtabak untuk menu berbuka..Kalau ada nasi lepas tu mesti  kena ada kuih muihnya. Ye dak?.

murtabak special ramadhan
source:google
Baiklah..aku bukan nak promote kedai menjual murtabak yang paling sedap kat gombak ni yer..Aku cuma nak cadangkan sesuatu bagi kesejahteraan bersama..hehee..Sebelum tu aku nak share sikit cerita ni..Kat ofis setiap hari ada jual juadah berbuka termasuk la murtabak..Satu hari ni aku dengan ofismate sembang pasal murtabak then  ada sorang kakak ni dengan laju nyer bertanya..

"Telur dia basuh ke"?..takde maksud kedua hokey..!hehe..

Apakah maksudnya tu..hmmm
That means orang kita ni dah alert dari segi kebersihan..Bukan ke murtabak yang sedap ada letak bancuhan telur didalamnya. Dulu aku main beli jer..tapi sekarang kalau nak beli murtabak kena pikir dua tiga kali..Ye lah telur mesti kena cuci sebersihnya bagi buang semua najis yang melekat..Makanan yang masuk dalam perut mesti kita yakin ianya halal lagi menyucikan..tanpa keraguan..

Okeh..kan lebih baik gerai yang menjual murtabak tu letak tanda "telur ini telah dibasuh..no doubt!".Jadi orang akan lebih yakin untuk membeli..So far aku tak nampak lagi peniaga yang buat camtu tapi my sis cakap ada dia pernah nampak..Bukan murtabak jer,makanan lain yang diletak telur contohnya roti canai,roti john pon kena amik perhatian juga..Rugi kalau makanan tu sedap, ramai yang beli tapi hal yang satu ni dia tak jaga..

murtabak telur yang dibasuh
source:google..
Selalu dengar kan..we are what we eat!! Jadi, berhati-hatilah daripada makanan yang halal tapi sebenarnya dah jadi haram daripada masuk ke dalam perut kita especially orang islam..

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah,pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad,jagalah soal makananmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya,jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya,doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya".(Hadith Riwayat Ibnu Abbas)

My sincere advice..
Please! cucilah telur bersih-bersih sebelum nak  masak atau nak campurkan ke makanan lain dan khas untuk peniaga yang budiman korbankanlah sikit masa untuk basuh telur yang nak dimasak.. In shaa Allah jika niat ikhlas, jaga hubungan dengan Allah pasti Allah limpahkan rezeki yang berkat..:)



#Terimakasihsudibaca#

Wednesday, July 2, 2014

Kena hafal niat puasa ramadhan dan niat berbuka!


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Ada yang masih tak hafal doa sahur atau doa berbuka ke? Dulu selalu ingat-ingat lupa doa masa berbuka..Pastu tengok buku. Bertahun jugak la nak ingat,yang peliknya doa sahur boleh pulak hafal..Lepas ni kalau lupa doa niat boleh la tengok blog sendiri..Chop!! Tak nak lupa-lupa lagi..malu dah tua pon tak hafal doa puasa..Budak 5 tahun pon boleh hafal takkan awak yang berpuluh tahun puasa ni tak ingat kot..Malulah dengan diri sendiri!! Konfem nanti budak 5 tahun tu booooo awak!! Hehee.


Doa Puasa Esok Hari
niat puasa esok hari ramadhan
Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'ala 

Maksud: "Sahaja aku berniat berpuasa sebulan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"


Doa Niat Berpuasa (sebulan)
niat puasa sebulan ramadan
Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta'ala 

Maksud :"Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala". 

Niat puasa untuk sebulan dibaca pada malam hari menjelang 1 Ramadhan..Kalau kita takut kita terlupa nak baca niat harian atau tak terjaga bersahur so better baca doa untuk sebulan sekaligus so that  dapat cover balik niat yang kita terlupa nak baca masa bersahur tadi..

Doa Berbuka Puasa
doa berbuka puasa ramadan

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksud: "Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka, Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang". 



Nak tahu ganjaran puasa ramadhan?


niat puasa harian,sebulan dan doa berbuka

Betapa baiknya Allah..:)

#Terimakasihsudibaca#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved