Di sebalik lagu raya,ketupat dan rendang,hati kami sentiasa bersamamu Gaza :'( | Suri Raudhah

Tuesday, July 29, 2014

Di sebalik lagu raya,ketupat dan rendang,hati kami sentiasa bersamamu Gaza :'(


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!
Di saat Syawal bakal menjelang tiba,
Langsir perlu ditukar
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap
Baju baru mesti dibeli
sedang baju mereka berlumuran darah
Kasut baru dua pasang
sedang mereka hancur kakinya
Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung agar tertutup aurat ketika jasad ditemui
Duit raya paling best
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji
Takbir raya paling syahdu
sedang takbir mereka untuk para Syuhada
Family ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, dimana famili mereka?
Bunga api dan mercun di malam hari
sedang mereka dihujani bom dan roket sepanjang hari
Kita mencium tangan ayah dan ibu
sedang mereka mengucup dahi ibu bapa yang sudah tidak bernyawa
Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara
Saling berpelukan bermaafan di antara kita
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan
Jiran tetangga dijemput makan
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan
Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital
Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!
Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!
Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya,Jabaliyah dan Rafah
Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!
Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim
Dari lelehan darah calon ahli Syurga
Dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian
Dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba
Di hari raya ini..
Suara kemanusian telah terbungkam di sebalik lagu raya,ketupat dan rendang??
Ouchhh.....tuduhan itu sungguh tidak adil!!

selamat hari raya Ghazzah

Wahai pejuang kemanusian..!
Percayalah! Doa kami sentiasa bersama saudara kami di Palestina. 
Mana mungkin kami akan boleh melupakan air mata anak-anak Ghazzah yang memenuhi
laman muka buku kami walaupon kami dihidangkan gambar raya yang penuh warna-warni.
Tahukah kamu, hati ini bagai dirobek bila mengetahui hampir 1000 nyawa telah berkorban
Air mata yang ditahan tumpah juga bila melihat si kecil mencium sekujur tubuh kaku bapa yang syahid angkara Zionist yang angkuh itu!
Sungguh..ramadhan dan hari raya kali ini perasaannya berbeza sekali.
Yer..kami yakin Gaza akan meraikan hari kemenangan juga
Janji Allah itu pasti..
Yer..kami tak mampu mengangkat senjata di medan perang..
Tapi bukankah doa juga adalah senjata orang mukmin?
Adakala terasa seolah-olah kami tak buat apa
Hati menjerit meronta..apa yang boleh kami buat..apa yang boleh kami buat lagi!
Tapi hanya doa yang tak putus-putus dan huluran ihsan kemanusian yang terzahir
Huhhh..
Cukuplah!tak sanggup teruskan....... :,(


Masjidil Aqsa akan bebas-janji Allah

Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan durhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. [al-Isra' 17: 7



#PrayforGaza
Salam Aidilfitri.......

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved