Qada' puasa ramadhan dan puasa enam syawal | Suri Raudhah

Thursday, July 31, 2014

Qada' puasa ramadhan dan puasa enam syawal


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Ada yang dah mula buat puasa enam ke? Saluteee la dengan uolls..Bukan senang nak tahan godaan lagi-lagi di awal Syawal ni nak lagi bila atas meja kat rumah tu penuh dengan bermacam juadah..Cookies la, ketupat rendang tok bagai,lemang,soto,nas impit,nasi minyak bagai... aihhhhh toksah nak cakap la nikmat di hari raya.. :)

Dan juga mesti ada yang dah start keje bukan?? hahaaa...Bertabah la...

Ok..Bercerita pasal puasa enam..errr,sebenarnya saya malu nak bagitau tapi sebagai perkongsian i think i should tell the truth story..Errr..sepanjang hidup tiil now, saya belum pernah lagi buat puasa enam..Sedih kan dah lama Allah bagi nikmat kehidupan tapi tak pernah cuba nak puasa enam..Sebab dulu, saya fikir saya kena habiskan puasa qada' dulu mana sempat nak puasa enam..Puasa enam kan nak kena buat di bulan syawal sedangkan puasa ganti (qada') pon jenuh nak habiskan setahun..Huhh..malu dengan diri sendiri..

jom puasa enam

Alhamdulillah..tahun ni saya hanya perlu qada' puasa 5 hari pastu nak teruskan dengan puasa enam.. Sejak melalui pengalaman berharga yang Allah kurniakan dan bila keinginan untuk berubah tu datang saya rasa saya perlu buat sesuatu tu impress Allah..Make something that showing how i'm very thankful to what Allah has gifts..Perlahan-lahan saya cuba untuk dekat dengan Allah and i hope after qada puasa ramadhan i want continue with puasa enam.. Orang lain yang ada gastrik pon boleh buat..Nape saya tak bole kan..! Dont trying hard to make an excuses anymore sayang!

Tahukah kah korang, orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 
(Riwayat Muslim, hadis no: 1164).

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى Maha Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
souce:linked

Cara Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal

1. Paling afdal puasa enam hari berturut-turut mulai 2 syawal

2. Kebiasaannya ramai yang buat puasa sunat sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan syawal. Pilih 6 hari bermula dari 2 Syawal sehingga 30 Syawal asalkan genap enam hari kesemuanya.

niat puasa enam


Boleh ke nak qada'puasa dan puasa enam sekali?

Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.

4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.

Maka buatlah pilihan yang terbaik..Choice in your hand peeps...:)
Saya amat simpati bagi kaum hawa yang terpaksa mengqada' puasa hampir berbelas hari kerana perkara yang tak dapat dielakkan.(keuzuran). Saya juga ada kawan yang termasuk situasi seperti ni dan dia memegang pendapat No 2..


**
Jadi buatlah sehabis baik dalam usaha menjadi orang baik-baik..Semoga amalan sunat dapat menampung dan penambah kepada kekurangan dalam amalan fardhu kita :) 

{reminding.to.be.reminded:}

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved