Suri Raudhah

Monday, May 12, 2014

Etika berpakaian bila nak pergi temuduga kerajaan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Idea nak tulis entri ni datang bila aku dengar kat radio waktu pagi nak pergi ofis..Kata deejay tu..kalau nak pergi interview mesti pakai jam tangan!..

Why?
Sebab bila pakai jam tangan ia menunjukkan seseorang tu menghargai masa..menitik beratkan ketepatan masa..alorhhh..simbolik la tu..

Meh nak cerita.
Aku pernah pergi interview untuk jawatan penolong pegawai.Time tu aku tak biasa lagi la dengan suasana temuduga kerajaan ni..Panjang pulak nak cerita dari awal..Just make it short,masa dah nak habis sesi interview tu, penemuduga pesan' Cik lain kali pakai kasut sarung..kasut tutup!..

Haaa?? Jatuh rahang..
Camno la dorang ni perasan kasut aku..ciss..punah harapan..-_-..Kira tu pengajaran paling berharga la..Pastu bila dapat jer interview kerajaan terus jadi minah skema..huhu..


Etika berpakaian bagi wanita daripada pandangan mata aku 'kalau' aku jadi panel temuduga.. 
1) Sila bersopan.. Kalau dengan sengaja nak seksi memang ada harapan nak kena reject.
Etika PakaianEtika Pakaian
2) Tak semestinya bila temuduga kerajaan jer kena pakai baju kurung kan?Apasalahnya pakai formal blouse,long skirt dan blazer pastu kalau ada nametag pakailah..Bukankah nampak elegant,sophiscated and look more oustanding? (refer gambar diatas)

3) Calon yang datang temuduga ramai.. Apakata kita pamerkan sesuatu yang lain dari calon yang lain..maksud aku kat sini menonjol yang tak keterlaluan tapi still nampak sopan,profesional and ada karisma. Masa hari temuduga tu personaliti menarik memang penting tau..Personaliti menarik bukan bermaksud muka yang cantik atau kacak yer..fahami maksud PERSONALITI ok!

4) Kalau pakai baju kurung dan seangkatan dengannnya, make sure mestilah baju kita nampak kemas, tudung jangan senget-benget...Dari segi warna ermm..pakailah apa warna sekalipon asalkan sedap mata memandang.. Kombinasi tudung dan baju jugak penting..

5) Tolong la jangan pakai baju kurung polkadot..tudung polkadot dot dot dott..TOLONG!!PLEASE!!

6) Kawan aku cakap ada taklimat katanya pekerja kerajaan tak boleh pakai tudung berlayer-layer.. FAREEDA la tu..(adakah ada unsur sabotaj disini??) Tapi aku tak setuju sangat sebabnya gambar kat atas tu dia pakai tudung ala FAREEDA kot.. Gambar tu aku cilok dari website SPA..So tak tepat sangat la info kawan aku tu. 

7) Psttt.. Berkenan pulak aku tudung bawal pastu buat fesyen ala-ala FAREEDA tu (plain tak bercorak)..Kalau pakai camtu pon nampak elegan kan?..Letak la brooch cantik kat tengah tudung tu:)

8) Pakai kasut tutup bertumit sikit yer..Biasa hitam la..Pastu kalau tak nak kaki melecet silalah pakai stokin nanti takde la jalan tersenget-senget pedih kaki melecet especially yang tak biasa pakai kasut sarung..Lagi-lagi kasut baru beli khas untuk interview tu ha..hahaa..

9) Make up biarlah nampak kamu tu normal..Jangan tiba-tiba hari nak interview kita jadi alien ye dak?..Just nice jer.ok?

10) Bawa handbag jangan pakai beg sekolah!Kalau tak nak bawak masuk dalam bilik temuduga sebab malas nak pikir cara nak letak beg, nak letak kat mana beg tu..atas meja ke bawah ke,so better tinggal je beg kat luar. Aku selesa bawak beg pastu letak kat atas meja sebelah kerusi kita duduk tu.. Ok jer...berjaya..hehe..

Lastly, Act to be calm and confidence!!



Nak lebih tips rahsia lulus kerajaan?


Ni untuk calon wanita..kalau lelaki aku tak pakar sangat!
Kalau nak tanya aku, pakai jelah kemeja with tie (not bow tie),seluar slack, makesure kemas..!
Head to toe kena kemas..!
Jangan nak mengada pakai kasut sukan pulak..Ni bukan temuduga jadi atlet kerajaan.! Bawak simpan sikit semangat kesukanan tu..dehh..~
Kalau jawatan profesional tu ofcourse kena pakai blazer..pastu kalau ada nametag pakai la yer..
Pastu jalan la depan panel dengan penuh MACHO dan KACAKnya..Wohaa.
InshaAllah harapan cerah..hehee..
Lagi-lagi panel tu perempuan..hahaa..
Gurau..

Harap tips berguna.
#Terimakasihsudibaca#

Sunday, May 4, 2014

Family gathering @ restoran nasi arab al amin food corner (AFC)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Hari minggu yang lepas dapat jemputan dari sepupu nak buat family gathering untuk majlis tahlil dan doa selamat..Bersungguh dijemput semua keluarga terdekat untuk join. Siap ada group whatsapp lagi.."FAMILY GATHERING"..hahaa.

Sepatutnya weekend ada kelas belajar alip ba ta tapi keluarga punya pasal takpe la ponteng sekali sekala.. heee..


Perjumpaan diadakan di Restoran Nasi Arab AFC Al Amin yang terletak di Taman Greenwood,Batu Caves Selangor..Tempatnya agak selesa dan tenang.. Tapi bila semua jemputan dah sampai terus jadi tak tenang..Sungguh riuh sekampung. Wohaa..

Keluarga yang terdekat je datang..hampir semua adik beradik ayah, sepupu dan anak-beranak berkumpul.


Sementara nak tunggu penganjur datang boleh la mencuba desert dulu yer..Korang mesti ingat ni dadih kan? Sebenarnya bukan..Aku pon tak tau pe nama ni eh. Yang pasni ia campuran susu dan nasi dan rasanya manis. Desert arab kot.


Ni bila hampir sejam menunggu..haha..spoon and fork..pon jadi laa..

Menu utama nasi arab.. Kiranya termasuk ni dah tiga kali aku makan nasi arab..first masa kat arab second masa jamuan kelas bahasa arab third kat restoran nasi arab Afc ni..hahaa.

Actually, tak minat sangat nasi arab sebab aku tekak melayu kot..hee..Kalau dapat nasi minyak ke nasi tomato campur + ayam masak merah fuhh lagi sedap sambil menjilat jari..Tapi dah tuan penganjur yang bermurah hati nak belanja nasi arab so makan je la..Pilihan makanan tolak ketepi, motif utama nak eratkan sillaturrahim yer dak?.;)


Sebenarnya banyak lagi menu disediakan di restoran ni. Ada jugak masakan melayu seperti nasi kerabu, nasi ayam, nasi daging dan macam-macam nasi lagi..Kalau teringin nak makan nasi arab meh la datang sini..Harga aku tak tahu sebab orang yang bayor..Kita tolong makan jer.hee..


Restoran Nasi Arab Al Amin Food Corner (AFC)
Alamat : No 13, Jalan 6, Taman Batu off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor(Belakang Shell Taman Greenwood)

Untuk penganjur. .
Syukran syukran..Memang meriah tadi..tapi next time mohon datang awal yer..hehee..inshaallah kalau ada rezeki lebih,turn keluarga kami pulak jadi tuan rumah..;)


#Terimakasihsudibaca#

Saturday, May 3, 2014

Kenapa nak kerja kerajaan?


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Disebabkan sekarang musim interview so meh la kita kongsi-kongsi cerita sikit.. Mana tahu kot dapat membantu mereka yang tengah berdebar nak pergi interview tu kan..:) 

Kalau sape yang pernah pergi interview SPA mesti biasa ditanya kenapa awak nak kerja kerajaan kan ?
Pastu korang jawab apa?

Aku biasa kena soalan tu..
So aku jawab, saya pernah kerja kerajaan dan swasta tetapi saya prefer kerja kerajaan kerana kerja kerajaan ni lebih terjamin. Kalau berlaku keadaan seperti ekonomi tak stabil dari situ penjawat awam lebih terbela..

Pastu.
Aku jawab bila dapat tawaran untuk datang interview ni saya tak boleh lepaskan peluang ni. Saya yang memohon untuk jawatan ni..Beribu-ribu permohonan yang dihantar saya antara yang terpilih dipanggil untuk temuduga. Saya apply sebab saya nak dengan jawatan tu..Saya minat dan jawatan tu sesuai dengan kelayakan akademik so this a chance to enter in the goverment sector. Ini sebagai langkah pertama. Tak boleh lepaskan peluang yang ada.

Pastu.
Saya memang minat kerja kerajaan. Saya suka tengok persekitaran kerja goverment sector. At least saya dapat menyumbang sesuatu kepada kerajaan. Kalau majoriti syarikat swasta pekerjanya bertungkus-lumus berkerja untuk mencapai keuntungan syarikat. Tetapi sektor kerajaan lebih kepada memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Cuba untuk membantu dan memenuhi kepuasan pelanggan iaitu rakyat melalui perkhidmatan yang terbaik. 

Pastu..
Dengan kebolehan dan kelayakan akedemik saya, saya rasa saya layak untuk kerja dalam sektor kerajaan. 

Ayat memang macam poyo kan?Ingat lagi interviewer pernah cakap dengan aku.. You should sell yourself.. Maksudnya dia nak kita pamerkan kebolehan kita. Jangan malu-malu..Be confident! Pastu sesi interview terus berubah.. We're comunicate in English until the interview session ends..:) Hasil dari interview tu, dapat la sebagai calon simpanan. So sekarang aku tak tau apa status. Takde la berharap sangat sebab aku dah ada kerja tetap kerajaan just nak upgrade jer. So just go with the flow..

Agaknya dah takdir, hari tu aku tertinggal segala salinan sijil-sijil. Cuma yang ada salinan ic dan sijil original je la.. Aku memang yakin dah letak dalam folder tapi bila dah nak bagi kat kaunter pendaftaran, makaihhh menggelabah cari. Dengan itu, mesti markah penilaian interview dah kurang kan? Benda dah nak jadikan..Redha je la. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah nak beri..So Dia tangguhkan dulu..

Interviewer aku sorang jer..Bila dah nak habis sesi interview dia cakap. For me you deserved to this job. But my advice is..keep pray to Allah. Bukan saya yang menentukan keputusan ni but Allah..Time tu aku rasa touching..Kata-kata dia tersangat menyentuh..

Tu la antara pengalaman interview dengan SPA. Beberapa kali gagal then finally berjaya jugak.. Alhamdulillah..
Selamat pergi interview and good luck!:)



#Terimakasihsudibaca#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved