Suri Raudhah

Thursday, July 31, 2014

Qada' puasa ramadhan dan puasa enam syawal


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Ada yang dah mula buat puasa enam ke? Saluteee la dengan uolls..Bukan senang nak tahan godaan lagi-lagi di awal Syawal ni nak lagi bila atas meja kat rumah tu penuh dengan bermacam juadah..Cookies la, ketupat rendang tok bagai,lemang,soto,nas impit,nasi minyak bagai... aihhhhh toksah nak cakap la nikmat di hari raya.. :)

Dan juga mesti ada yang dah start keje bukan?? hahaaa...Bertabah la...

Ok..Bercerita pasal puasa enam..errr,sebenarnya saya malu nak bagitau tapi sebagai perkongsian i think i should tell the truth story..Errr..sepanjang hidup tiil now, saya belum pernah lagi buat puasa enam..Sedih kan dah lama Allah bagi nikmat kehidupan tapi tak pernah cuba nak puasa enam..Sebab dulu, saya fikir saya kena habiskan puasa qada' dulu mana sempat nak puasa enam..Puasa enam kan nak kena buat di bulan syawal sedangkan puasa ganti (qada') pon jenuh nak habiskan setahun..Huhh..malu dengan diri sendiri..

jom puasa enam

Alhamdulillah..tahun ni saya hanya perlu qada' puasa 5 hari pastu nak teruskan dengan puasa enam.. Sejak melalui pengalaman berharga yang Allah kurniakan dan bila keinginan untuk berubah tu datang saya rasa saya perlu buat sesuatu tu impress Allah..Make something that showing how i'm very thankful to what Allah has gifts..Perlahan-lahan saya cuba untuk dekat dengan Allah and i hope after qada puasa ramadhan i want continue with puasa enam.. Orang lain yang ada gastrik pon boleh buat..Nape saya tak bole kan..! Dont trying hard to make an excuses anymore sayang!

Tahukah kah korang, orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Abu Ayyub Al-Ansari radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” 
(Riwayat Muslim, hadis no: 1164).

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى Maha Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
souce:linked

Cara Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal

1. Paling afdal puasa enam hari berturut-turut mulai 2 syawal

2. Kebiasaannya ramai yang buat puasa sunat sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan syawal. Pilih 6 hari bermula dari 2 Syawal sehingga 30 Syawal asalkan genap enam hari kesemuanya.

niat puasa enam


Boleh ke nak qada'puasa dan puasa enam sekali?

Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3.  Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW. agar berpuasa pada bulan Syawal.

4.  Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’ akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.

Maka buatlah pilihan yang terbaik..Choice in your hand peeps...:)
Saya amat simpati bagi kaum hawa yang terpaksa mengqada' puasa hampir berbelas hari kerana perkara yang tak dapat dielakkan.(keuzuran). Saya juga ada kawan yang termasuk situasi seperti ni dan dia memegang pendapat No 2..


**
Jadi buatlah sehabis baik dalam usaha menjadi orang baik-baik..Semoga amalan sunat dapat menampung dan penambah kepada kekurangan dalam amalan fardhu kita :) 

{reminding.to.be.reminded:}

Wednesday, July 30, 2014

Warna tema baju raya aidilfitri 2014


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Raya tahun 2013 warna royal blue and emerald green menjadi fenomena.. Rata-rata ramai yang memilih warna royal blue and emerald green sebagai warna pakaian yang dipakai masa hari raya termasuk artis Malaysia..

baju melayu aaron aziz raya 2013

Tahun ni rasanya warna apa yang menjadi trend?

Hmmmm..
Dari pandangan mata aku berdasarkan gambar yang berlegar-legar di laman muka buku, tv dan whatapps group, aku dapat simpulkan tahun ni ramai yang memilih warna baju raya bertemakan golden mustard. What do you think guy..Am i right?

baju melayu aaron aziz raya 2014

I know what lingered on you mind peeps?

I choose aaron aziz and family bcoz in my opinion he is a best person to be the fashion icon. See Jakel choose him as their ambassador and he deserved it. Aaron aziz have their on attraction to charms people. Okeyyy..I'm not the ones who crazy toward him but errrr i like him...nope..nope dont get me wrong i just love his acting..thats all..and one more thing he seem like a family men right?..That cool yeww..bcoz i love family man!!haha..:)

Stop ridiculous..This is hari raya posts..We're talking about 'tema warna baju raya' okeh!!
Dan ...dah kenapa tetiba speaking omputih ni..Sorry baru lepas makan spageti special raya just now..

Tema raya aku and family ialah warna-warni di aidilfitri..hee.. Kitorang memang tak pernah plan tahun ni nak pakai warna apa and warna apa sebab masing-masing citarasa lain-lain..Tapi rasanya ayah emak adik- beradik pakai biru tak kiralah la light blue or dark blue cuma aku jer lain sikit combination grey and peach!!Ingatkan tahun ni nak warna emerald green tapi tak jumpa..Actually last minute shopping mana nak jumpa kan..huhu..

(sorry no 'raya' pictures attached!:)


#Terimakasihsudibaca#

Tuesday, July 29, 2014

Di sebalik lagu raya,ketupat dan rendang,hati kami sentiasa bersamamu Gaza :'(


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!
Di saat Syawal bakal menjelang tiba,
Langsir perlu ditukar
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap
Baju baru mesti dibeli
sedang baju mereka berlumuran darah
Kasut baru dua pasang
sedang mereka hancur kakinya
Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung agar tertutup aurat ketika jasad ditemui
Duit raya paling best
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji
Takbir raya paling syahdu
sedang takbir mereka untuk para Syuhada
Family ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, dimana famili mereka?
Bunga api dan mercun di malam hari
sedang mereka dihujani bom dan roket sepanjang hari
Kita mencium tangan ayah dan ibu
sedang mereka mengucup dahi ibu bapa yang sudah tidak bernyawa
Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara
Saling berpelukan bermaafan di antara kita
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan
Jiran tetangga dijemput makan
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan
Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital
Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!
Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!
Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya,Jabaliyah dan Rafah
Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!
Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim
Dari lelehan darah calon ahli Syurga
Dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian
Dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba
Di hari raya ini..
Suara kemanusian telah terbungkam di sebalik lagu raya,ketupat dan rendang??
Ouchhh.....tuduhan itu sungguh tidak adil!!

selamat hari raya Ghazzah

Wahai pejuang kemanusian..!
Percayalah! Doa kami sentiasa bersama saudara kami di Palestina. 
Mana mungkin kami akan boleh melupakan air mata anak-anak Ghazzah yang memenuhi
laman muka buku kami walaupon kami dihidangkan gambar raya yang penuh warna-warni.
Tahukah kamu, hati ini bagai dirobek bila mengetahui hampir 1000 nyawa telah berkorban
Air mata yang ditahan tumpah juga bila melihat si kecil mencium sekujur tubuh kaku bapa yang syahid angkara Zionist yang angkuh itu!
Sungguh..ramadhan dan hari raya kali ini perasaannya berbeza sekali.
Yer..kami yakin Gaza akan meraikan hari kemenangan juga
Janji Allah itu pasti..
Yer..kami tak mampu mengangkat senjata di medan perang..
Tapi bukankah doa juga adalah senjata orang mukmin?
Adakala terasa seolah-olah kami tak buat apa
Hati menjerit meronta..apa yang boleh kami buat..apa yang boleh kami buat lagi!
Tapi hanya doa yang tak putus-putus dan huluran ihsan kemanusian yang terzahir
Huhhh..
Cukuplah!tak sanggup teruskan....... :,(


Masjidil Aqsa akan bebas-janji Allah

Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan durhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. [al-Isra' 17: 7



#PrayforGaza
Salam Aidilfitri.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved