Andai itu takdirnya | Suri Raudhah

Sunday, February 17, 2013

Andai itu takdirnya

 
Abang..

Semua mata menoleh pada Puan Ramlah yang muncul tiba-tiba dari bilik. Wajahnya pucat, matanya bengkak mungkin terlalu banyak menangis.

" Dah la bang, saya sebagai ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan dan melahirkannya dengan segala azab kesakitan melepaskan dia pergi. Saya redha jika Allah ingin menjemput dia kembali. Saya redha Ya Allah biarlah anak saya aman disisi-Mu.

Jika telah tersirat dia tidak dapat mengecap kebahagiaan di dunia ini, biarlah dia bahagia disisi-Mu. Saya redha Ya Allah. Leya, ibu lepaskan kau pergi, pergilah nak. Ibu ampunkan segala dosa kau dan ibu halalkan setiap titis air susu yang ibu berikan. Pergilah sayang."ujar Puan Ramlah dengan suara yang teresak-esak.

Syed Aizril yang mendengar kata-kata ibu mentuanya itu terus menerpa ke arah Puan Ramlah. Kaki wanita itu dipeluk erat.
"Jangan bu, jangan lepaskan Leya pergi. Berikanlah peluang untuk Zril menebus segala dosa Zril padanya. Zril janji, Zril akan bahagiakan dia. Bagaimana Zril nak teruskan hidup ini jika Leya pergi. Dia bagaikan nyawa Zril. Jangan doa macam tu bu. Kesiankan Dania. Dia masih perlukan mamanya. Tolong bu, Zril yang bersalah. Maafkan Zril bu. Marilah kita pergi ke hospital bu. Leya nak sangat jumpa ibu. Zril yakin kehadiran ibu akan memberikan semangatnya untuk sedar kembali. Tolonglah Leya bu. Esak Syed Aizril di kaki ibu mentuanya.

Puan Ramlah masih lagi tak bergerak. Hatinya cukup keras.

"Dah la Encik Aizril, pergilah balik ke tempat encik. Rumah ini tak layak dipijak untuk orang sehebat dan sekaya Encik Aizril. Kembalikan anak saya. Dia bukan pasangan yang sesuai untuk encik. Jika sehari dunia ini Leya kembali pada pencintaNya, izinkanlah jasadnya dikebumikan disini.
Orang tua ini terlalu rindu kat dia. Jika masa hidupnya, orang tua ini tidak berpeluang untuk berjumpa dan menciumnya, cukuplah jika saya berpeluang memeluk batu nisannya. Ibu rindu Leya, ibu rindu sangat.

Syed Aizril meraung dengan esakan yang makin kuat. Semua yang berada di rumah waktu itu basah dengan air mata. Azhar menghampiri abang iparnya. Tubuh abang iparnya dipeluk erat. Dia tahu abang iparnya pernah melakukan kesalahan yang cukup besar pada kakaknya. Tapi itu dulu, sekarang dia percaya abang iparnya telah insaf. Benar-benar insaf. Tidak salah dia diberikan peluang untuk menebus dosanya.

" Ibu kesiankan kat kak Leya. Dia nak sangat jumpa ibu. Tunaikanlah  hajatnya yang terakhir tu bu. Abang Zril telah insaf. Dia benar-banar telah berubah. Berilah dia peluang menebus segala dosanya. Berilah Kak Leya peluang mengecapi bahagia.

Kesiankanlah mereka bu. Kesiankan Dania. Ibu tak nak jumpa dia ke?. Bagaimana nasib dia kalau mamanya pergi bu. Kesiankanlah cucu ibu yang sekarang ini masih lagi berada  dalam rahim mamanya. Tak ingin ke ibu melihat dia lahir ke dunia ini. Jika apa-apa terjadi pada Kak Leya, dia jugak akan pergi meninggalkan kita bu.

Air mata Azhar tumpah jua. Sudah puas dia memujuk Encik Idris dan Puan Ramlah tetap berdegil apa lagi yang boleh dikatakannya.

Syed Aizril sudah tersandar di dinding rumah. Dia juga tak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Paksu Idham disebelahnya mengusap-ngusap lembut bahu Syed Aizril.

"Biarlah Zril. Biarlah mereka teruskan dengan kedegilan mereka. Biar mereka ikutkan kata hati. Mereka lebih rela menanti jasad kaku Leya kembali ke rumah ini. Biarkanlah......
 
****************************************************
 
Air mata berjurai-jurai baca novel ni. Ingatkan jiwa kental, cair jugak rupanya..:'(. Ramai yang cakap novel ni sedih, meleleh air mata dorang baca. Then aku fikir ala biasalah la tu novel sedih. Actually aku tak suka baca novel sedih n tengok drama sedih.Then bila sendiri baca baru tahu feel tu. Just nak advice kat korang. Jangan baca novel ni semasa korang di dalam train atau dikhalayak ramai. Tolong jangan memalukan diri sendiri..sob sob sob...
 
Aku baca part Danish meninggal tu dalam train...:'( dan aku percaya orang di depan aku tu mesti tengah mengata aku.! Start dari part tu la air mata berjurai-jurai.. sambung baca kat rumah..aku rasa macam ada air suam jatuh melekat kat bantal. Then baru aku sedar betapa tak kentalnya jiwa ini..:)
 
Karya yang bagus dari penulis yang aku tak familiar sebelum ni. Siti Rosmizah, seorang peguam dan masa yang sama adalah seorang penulis yang hebat menyentap emosi pembaca dengan karya yang berat dan penuh emosi..ececeh...(sentimental pulak..:)
 
 
nota: Novel ni lebih kurang macam drama terlanjur cinta.
 

2 comments:

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved