Suri Raudhah

Wednesday, December 5, 2012

Facebook!


Agak2 la kan.Kalau bos korang add FB korang. Korang approve tak.?
 
Jawab dengan jujur..eheee.
 
 
 

Tuesday, December 4, 2012

Soal Hati..

:(
Kenapa asyik ingat dia jer ni.
Padahal kita tak pernah pulak feeling2.
Ko suka dia ke.?

Suka.?
nak kata suka ..entah la..bukan senang nak ter'feeling dengan orang.
perasaan tu datang dengan sendiri
tapi hmm..entah la, aku just tertarik dengan pemikiran dia
Mungkin  rasa selesa.

Dah bertahun kita tak berhubung
Dia ingat aku lagi tak.?
Bukan aku tak cuba lupakan dia
Sampai panjat Broga tau nak lupakan dia.
Doa tak yah cakap la..
FB dah tukar akaun baru
Jangan tanya kenapa.

Itu namanya rindu ke.?
Haa rindu?....macam funny jer 'word' rindu tu.
Dosa ehh merindu..?
Itukan fitrah manusia biasa.
Selagi boleh di kawal.
Lagipon kita takkan berjumpa pon.
Unless dia jodoh yang tertulis.

Hati pernah terlintas untuk terima salam perkenalan dia
Bukan setakat itu, tapi lebih dari itu
Pertama kali aku serius untuk mengorak langkah
Langkah masa depan
Tapi akal yang waras menafikan hal itu.
Ada sesuatu tentang dia menghalang untuk terima

Mungkin lebih baik tak payah teruskan
Sebelum hati tersuka dengan mendalam
Aku menghilang
Dan harap dia tak mencari..
Yer aku yakin dia pon takkan tunggu.

Berserah...
Ko ni dah kenapa ni...?
Macam orang frust jer..
Ego ke menafikan perasaan sendiri?
Yang pasti aku sendiri pon tak pasti

Kalau member baca ni mesti dia ingat aku sawan..
huhhh..
ada apa dengan cinta?
Ni banyak sangat tengok sinetron telenovela camni la jadinya.
K la..mengarut jer.....:)

ubat hati..iqra':)

Assalamualaikum cinta..

Monday, December 3, 2012

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum.

Hari ni cuti pergi renew insurans, road tax.Huhhh 1000++ melayang.~

Malas nak pikir pasal money.money.money..Duit boleh dicari tu ayat Oja Raudhah..

Balik terus sambung layan Istanbul Aku Datang. Malam tadi tengok separuh je. Sebab mata dah rabak pekena durian tak hingat. Selsema +Demam suam-suam kuku sebagai habuan. Astaghfirullahal adzim. Muhasabah..muhasabah intan oi..

Aik bila cari ..

This video has been removed because its content violated Youtube's terms of service.

Kecewa..~ 2, 3 bulan ada la balik tu kat Youtube. Tunggu je la nanti..

Ofismate cakap cerita tu best. Aku bukan la nak poyo n prejudis kan.(betul ke ayat nih!). Tapi aku memang takkan beli CD filem melayu. Yang selalu beli CD pon kakak n adik laki aku..yg lanun punya.RM 5-10 kot (kena small nanti pihak berkuasa nampak:). Aku tak sanggup beli yang 'lanun'  or ori sebab tak berbaloi kot. Bukan tak minat filem melayu, tapi bagi aku cerita melayu malaysia ni jenis yang tengok sekali pastu dah..Tak rasa nak pasang CD balik. Kalau beli yang original rasa tak berbaloi jer. Promo filem gempak tapi bila tengok..hampeh..kecewa..~

Filem melayu sekarang yang aku rasa ok la boleh layan, filem CUN, n Soal Hati (beli CD ori tau nih). Merong Mahawangsa pon ok la sebab  aku minat cerita epic eventhou ada sikit2 part tak kemas. Aku tengok kat wayang jer ni. Ombak Rindu.??huhhhh tak payah cakap lah..nanti aaronator n maya karinsss fans condem aku..!!

Tapi bila aku tengok Istanbul Aku Datang memang tak rugi la tengok. Best lagi-lagi tengok Lisa yang comel! Pemandangan pon cantik. Tengok senibina Islam memang mempesonakan even ada la jugak flat2 agak buruk but normal la tu..Realiti kat Malaysia pon camtu.

scene mcm cite jepun...oh hideaki takizawa..hee
Beto Kusyairy superb natural ok.
Arahan Bernard Chauly patutla..Filem ni aku kategorikan as urban film. Memang ada la jugak part yang terlalu bebas.Bila tengok rasa macam kureng jer.. (hmmm kadang2 otomatik aku boleh jadi skema n konservatif). Those yang tak boleh terima just ignore this!

Kesimpulan memang berbaloi la cerita ni walaupun aku tak sempat habis tengok lagi.


nota:nak kurangkan tengok tv..cuci mata yg semakin ****. tapi agak susah..huhh~
xoxoxxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved