Suri Raudhah

Friday, June 19, 2015

Aku tanya apa khabar semua :D


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog rasa dah macam bertahun-tahun..Entah kenapa hari jumaat yang mulia ni baru tergerak nak menulis semula..Sekarang ni busy menulis benda lain sebenarnya but it's more related to my work la..

Owhh ya..Ramadhan Mubarak to all muslims.. 

Alhamdulillah dah masuk awal ramadhan.. So how ur day? Hope uolls menjalani bulan ramadhan ini dengan penuh kesyukuran bcoz diberi peluang memasuki ramadhan kali ini. Dan semoga kita semua dapat sampai kepenghujung untuk meraikan hari kemenangan bagi umat Islam seluruh dunia. Insyaallah dengan izinNya jua.

Dalam beberapa bulan ni macam-macam yang terjadi dalam hidup..Pasang surut kehidupan adakala sampai rasa dah tak kuat..Tapi hidup perlu diteruskan right? Adalagi insan kat dunia yang menerima ujian lagi berat dari kau..So jangan nak mengaduh nasib sangat lah..Ok fine.

Allah always there..senyum.. ;)

Sekarang ni dah tak kerja kat Angkasapuri dah.. Alhamdulillah rezeki ditempat baru..Sejak dari hujung tahun lepas sebenarnya..Nak pergi kat tempat baru ni pon pada mulanya rasa berat untuk buat keputusan bcoz Angkasapuri is meaning a lot for me.. Mana taknya dah 4 tahun pulun rezeki kat sana..But, perancangan yang Maha Kuasa akhirnya ke tempat baru jugak kiter..




X payah la mention kat mana atas sebab-sebab yang dirahsiakan..haha.. Pada mulanya agak kekok di tempat baru..Ofcoz la dengan suasana berbeza, kawan-kawan yang berbeza, tanggungjawab yang dipikul rasa macam nak patah balik tempat lama..Tapi tabahkan jugak la hati..Lantak redah je la jangan toleh ke belakang lagi.. Akhirnya dah hampir 7 bulan aku di sini..

But still memory kat tempat lama susah nak lupa..Mungkin ada ikatan yang kuat di sana sehingga hati sayu nak lepaskan.. Ukhuwah persahabatan yang indah..Rasa nak buat kerja kewangan macam dulu-dulu..Dulu asyik mengeluh pening mengadap kalkulator muntah hijau tengok nombor-nombor ni.. Sekarang baru menyesal..:(

Tapi reason yang paling kuat sebab kat sana lah aku belajar untuk berubah..Yeup..changing for good.. Kat situ la aku diberikan rezeki untuk sampai ke rumahNya yang sampai sekarang aku macam tak percaya aku dah jejak ke situ..Nah..rindu pulak nak berbulatan gembira berkejaran riang masa time dulu-dulu..

I knew.. LIFE GOES ON..

tempat baru ni ada swimming pool..Kalau stress bole jump sini..hahaa
Atleast masih kerja kat kl..Kalau dihantar ke putrajaya, sabah, sarawak giler nangis hentak kaki takmau..So haruslah bersyukur..hmm..Banyak nak share sebenarnya tapi nantilah..Today's friday ok..toksah nak melagha sangat aih..hahaa..

oxoxox

Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan.. 



Sunday, September 28, 2014

Usrah di petang jumaat..|Puasa 9 zulhijjah


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Seperti biasa hari jumaat ada pengajian/usrah di surau jabatan. Kalau nak diikutkan jadual minggu pertama Ustazah Normala..Minggu kedua Ustazah dr Rusni, Minggu ke tiga bacaan tahlil dan yasin, minggu keempat giliran Ustazah Sakdiyah. Pada mulanya saya hampir tertewas dengan godaan dan bisikan supaya ponteng pengajian kerana minggu ni baca tahlil dan yasin jer..Mula la planning kalau tak pergi surau aku nak buat ini nak buat itu, nak cari idea menulis la, nak blogwalking la dan membuta buat tahi mata dah tentunya...T__T

Pastu bila dapat tahu minggu ni ada ustazah tak jadilah nak memonteng.. 
huhhh..!Syaitan meraung kecewa...

Masih terngiang kata-kata Ustazah Sakdiyah di pengajian pada satu petang jumaat. "Bulan yang paling baik adalah bulan Ramadhan, hari yang paling baik adalah hari Arafah dan malam yang paling baik adalah Lailatul Qadar..Ramadhan dah terlepas begitu juga lailatulqadar dan inilah peluang terbaik untuk kita mengejar pahala dan pengampunan dari Allah SWT.. Hari Arafah..!!Time ni la doa paling mustajab. Inilah peluang yang Allah SWT beri kepada hamba-Nya yang beriman dengan peluang pengampunan dosa-dosa lepas dan akan datang bagi orang yang berpuasa dengan ikhlas dan mengikut sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada 9 Zulhijjah..(mata bersinar-sinar)..

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ketika puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa setahun yang lepas dan dosa-dosa setahun yang akan datang.”


dan

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : "Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah". (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

osemm bukan? 

"Ustazah..kalau kita tak abis puasa ganti lagi..boleh ke kita buat puasa 9 zulhijjah ini"..? 

Boleh!...kita niatkan puasa ganti dahulu kemudian niatkan puasa sunat 9 zulhijjah..Kalau boleh puasa, cuba la puasa dimulai puasa sunat hari khamis, jumaat dan sabtu bersamaan 9 zulhijjah...kalau tak mampu, puasalah pada satu hari 9 zulhijjah..Tapi takkan la tak tahan kot?? 3 hari jer.

senyum berjemaah..:)

Errr.. Tu la lebih baik buat puasa ganti cepat-cepat..Banyak pekdahnya sebenarnya..:)

Arafah??Setiap kali arafah disebut-sebut fikiran terus melayang nun jauh disana..Betapa luasnya padang arafah..berdekatan dengan jabal rahmah.. Tempat pertemuan semula adam dan hawa selepas terpisah 40 tahun..puncak jabal rahmah dimana doa-doa pencinta terzahir barangkali..


Kerinduan tahap bima sakti....

Hopefully kita berpeluang mengejar 9 zulhijjah dan tidak terlepas peluang keemasan ini..InshaAllah.


Senyum penuh harapan.

#Terimakasihsudibaca#

Saturday, September 20, 2014

Idea nak update blog ke laut..


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Agak lama menyepi bukan apa sejak kebelakangan ni agak sukar nak datang idea menulis tu..Puas di paksa puas dipujuk puas difikir tapi hasilnya tinggal la blog suri raudhah ni bersarang semut berminggu-minggu..T___T Agak jeles dengan blogger yang selalu update blog boleh dikatakan setiap hari ada jer entri baru..Ada jer benda nak cerita. Yang aku ni walaupon hari-hari online asyik duk baca blog orang jer blog sendiri terabai..huuu..kesian dengan diri sendiri..

Actually sekarang my life agak busy sikit.. So tak sempat nak update blog..Bila masa free pulak idea takde..Bila idea ada pulak malas tahap gaban pulak nak online..huhu.. Camno la nak jadi blogger yang berjaya camni!!.

work life balance

Beberapa minggu yang lepas aku kena pergi kursus kat Kota Kinabalu Sabah.. Ini kira first time la aku jejak kaki di negeri di bawah bayu tu.. 4 hari aku berkursus di INTAN Sabah..Sambil berkursus tu sempat la berjalan-jalan disekitar Kota Kinabalu..Kat Kota Kinabalu ni tempat yang wajib pergi ofcoz Pasar Filipina. Kat sini terkenal dengan barang cenderamata dan mutiara.. Kalau nak beli cenderamata kena la datang singgah sini.. Harga stardard tapi ofcoz la boleh tawar menawar lagi!:)

pasar filipina sabah

cenderamata pasar filipina

mutiara sabah
source:google
Pastu jalan-jalan di RTM Sabah..

Ermm..naik flight kali ni rasa agak 'berdebar'..korang faham la kan..? Tapi bila pandang jer di luar tingkap. Subhanallah.. cantiknya ciptaanNya...Terpesona..;)

Lepas balik berkursus di Sabah the next day 31.8.2014 aku gerak ke Gold Coast Morib for family day event..So aku sambut Merdeka tahun ni kat Gold Coast la nampaknya. Gold Coast Morib biasa-biasa je kot..Kalau Gold Coast Sepang nampak macam eksklusif sikit..Takpe la yang penting makanan sedap..hehee..By the way, malam merdeka kite kat Gold Coast ok! :)

gold coast morib

Disebabkan penat berkursus, bergumbira sana sini sampai akhirnya aku malas nak online.. Kalau online pon kat henfon je la pon.. Scroll up and down FB. like mana yang berkenan pastu, tengok blog sendiri huhhh masih entri yang sama...Malas nak update..!

malas update blog

Pastu sibuk dengan kerja,kelas, sesi berbulatan gembira so sampai ke hari ni lah baru ada hati nak bersihkan sarang di blog suri raudhah ni..Tak sangka masih ada lagi reader..terharu kite!:)..Takpe la follower tak ramai pon.. Ada jugak silent reader yang personally email aku..Minta tips interview, sesi luahan hati..Semua tu buat aku terfikir ada faedah jugak blog suri raudhah ni..hehe.

Ooo yer sekarang ni musim interview tengah rancak bukan?? Terbaca jugak keluhan mereka yang masa exam online penguatkuasa W41 hari tu.. Tapi saya rasa ramai yang lulus kan finally?? Alhamdulillah.. Standby for the next step ya..!!:) Nanti kalau dah dapat panggilan interview boleh la refer tips temuduga kerajaan  ni yer.. :)

Erghhh..tired..need rest..T____T

#Terimakasihsudibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by ♥ suriraudhah ♥. 2011-2013© All Rights Reserved