Ramlee Awang Murshid novelis thriller!! | Suri Raudhah

Friday, September 30, 2011

Ramlee Awang Murshid novelis thriller!!


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Kenalkah korang dengan penulis genre thriller yang hebat kat Malaysia ni??
Dia adalah RAM
RAM??
Ramlee Awang Murshid..
Haaa baru nak feeling thrilled hampeh tak thrill langsung kot!

Actually aku baru je berjinak-jinak dengan karya beliau..ni sebab pengaruh dari my sis la..Dia ada cakap" intan cuba baca novel Ramlee Awang Murshid (RAM)..Best tau..Kalau ko baca mesti kau suka..Punya la banyak dia pinjam novel  dari kawan dia kot..Semua karya RAM..Aku pon sempat la usha sikit-sikitkan..Cover depan novel RAM ni memang cantik belaka. Kalau orang yang giler dengan novel ni mesti kenal dengan Ramlee Awang Murshid aka RAM kan..Novelis thriller terkenal ni..Novel karya RAM yang pertama aku baca UNGU KARMILA..Malas nak cerita novel ni kisah apa..Nak tahu baca sendiri la yer..:)


Sebelum ni aku banyak layan novel cintan-cintun jer..Biasa la karya Hlovate, Damya Hanna,Aisya Sofea,Fauziah Ashaari dan lain-lain yang seangkatan dengannya.Tapi bila dah mula baca novel genre thriller ni,best la pulak..Aku rasa la kan kalau baca nocel RAM ni lebih kurang baca novel John Grisham..Tapi novel RAM bercirikan islam dan budaya orang timur la..Bukan bermaksud RAM ni meniru John Grisham, cuma persamaan dari segi genre thriller yang diselitkan elemen 'love' tu je..But i like OK..


Kebanyakan novel RAM lebih berkisarkan penyiasatan, diselitkan elemen cinta dan kasih sayang dan menonjolkan ciri-ciri masyarakat malaysia. Memandangkan RAM berasal dari Sabah so beliau banyak bercerita tentang keindahan negeri Sabah. Tapi apa yang menarik minat aku lagi membaca disebabkan novel beliau diselitkan juga unsur ajaran islam. Watak yang cuba ditonjolkan terutama watak hero memang boleh buat orang jatuh cinta la..hehe..In my opinion, RAM seorang novelis yang teliti dalam berkarya. Pada page terakhir novel beliau memang akan ada rujukan sumber mana yang diperolehi bagi fakta yang diselitkan dalam novel. Kagum dengan gaya penulisan beliau.U all cuba la baca...Ni antara koleksi novel beliau..:-

novel ramlee awang murshid

Setakat ni aku paling suka cover depan novel Cinta Sang Ratu..Cantikkan....Banyak lagi novel beliau yang aku belum baca ni..Hari tu cari novel RAM kat library office. So sempat pinjam 2 buah je. Cinta Sang Ratu dan ADAM. Yang lain akan menyusul kemudian......(^-^)

Ramlee Awang Murshid

Peminat setia kena tahu background orang yang dia minat tu!! 

RAMLEE AWANG MURSHID lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.(Kami satu kapal@RTM..tapi jarang jumpa..hehe)



 RAM bersama keluarga..

Ok la..Nak gi sambung baca novel..

bye..

3 comments:

  1. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete
  2. novel ramlee awang murshid dgn ahmad patria jer aku baca...
    yg lain kurang skit sbb jiwang sgt, novel thriller dan fantasi jer kena dgn jiwa nie...

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved