Sepetang Bersama Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie | Suri Raudhah

Friday, May 18, 2012

Sepetang Bersama Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie

Assalamualaikum..

Sebelum tu, aku nak bagitahu kat sini entri ni adalah entri edisi khas..ececehhhh..

Sebenarnya aku saja jer nak menghebohkan kat dunia yang hari ni aku jumpa "Dr Sheikh Muszaphar.. heee..Actually aku bukan la kipas susah nak mati  atau omputih cakap die hard fan Dr Sheikh  (i prefer panggil Dr Sheikh rather than Dato' Sheikh becoz he said "saya rasa tua pulak bila orang panggil Dato').  Hari ni ada program "Sepetang Bersama Dato Dr Sheikh Muszaphar kat IPPTAR..IPPTAR..??mula la tu nak tanya kat mana..?kat Angkasapuri la..Tak nak cerita pasal IPPTAR la sebab aku tersangat teruja nak cerita pasal Dr Sheikh lagi.hehe. korang google la sendiri erk..!

Mula-mula tu macam malas la nak pergi..malas la naik bukit IPPTAR tu. (IPPTAR dengan RTM dekat je bena ehh..jalan kaki pon bole..cuma kemalasan terlampau jer..) Tapi disebabkan ada member offer naik kereta so apa lagi..on je la..Lagipon program ni boleh dikira 1 hari kursus. Korang tau kan kalau kerja gov pegawai kena genapkan 7 hari kursus setahun.  Redah je lah tulis dalam buku log kursus..

Tiba-tiba diumumkan kedatangan Dato' Dr Sheikh Muszaphar..Wahhh tingginya beliau. Time tu tengok takdela feeling terlebih.Pandang macam-macam tu jer. So Dr Sheikh start ceramah beliau. Sebelum start ceramah, pihak organizer pasang video semasa Dr Sheikh Muszaphar kat angkasa tu..Which is semasa kat ISS la..korang tau kan ISS stand for what rite..?So Dont need to explain...:) Time tu rasa semangat nya..Dah la pasang lagu Ella "Standing in the eye of the world"..terbuai rasa..Tiba-tiba keluar pulak lagu Faizal Tahir
"Gemuruh"..lagi la owhhhh faizal tahir...:)


mata yang tersenyum..:)

Korang tahu bumi terletak di galaksi mana..??

Haaaa jawab sekarang...Sape tak dapat jawab sila la pindah ke planet Marikh..hahaaa..joking..!:) Ok la, mehh sini aku story sikit..Planet Bumi kita yang tercinta ni terletak di Galaksi BIMA SAKTI yer kawan-kawan..  Dr Sheikh telah berada di ISS selama 12 hari bermula 10.10.2007. Beliau berada di angkasa lepas menaiki kapal angkasa Soyuz. Argggg tak payah la cerita perkara yang korang dah tahu..

Kalau korang nak tahu antara syarat-syarat utama untuk menyertai program angkasawan tersebut antaranya calon tidak boleh merokok, tahap penglihatan 6/6, pendengaran dalam keadaan baik,tiada parut pembedahan diseluruh badan dan tiada sebarang tampalan di gigi ..Sape yang gigi ada tampal-tampal tu tolong la lupakan hasrat nak jadi angkasawan Ok..Anda tak layak. So, anak-anak sume jagalah la gigi anda sejak dari kecil kalau ada yang bercita-cita nak jadi angkasawan tu yer.:)

Agak kusyuk jugak aku dengar ceramah beliau..Tertarik la tengok the way he react,the way he talk lagi-lagi bila dengar dia speaking English.. So omputihhhh...hehe..Bahasa dia pon bagus..sopan dan teratur jer dengar. Alaaa sweetnya..(tadi x de feeling.makin lama tersuka la pulak..ehee). Eh dia datang dekat line kitaorang la..Dah dekat dah..dekat dan makin dekat...Dia dah ada depan mata...Ensemnyer bila dekat-dekat tengok dia..ahahaa..Sangat la sweet...Mula la tu ko intan kan!!wink wink wink...Ye la dari jauh tengok macam dah tua, bila dekat aku hilang kawalan jap..terpesona..hahaaa..


Sepatutnya aku duduk kat tempat kosong tengah tu ha..wkwkwk
 
Lupakan tahap keenseman beliau jap, serius aku kagum dengan semangat beliau. Bayangkan betapa kritikal dan kerasnya latihan semasa sessi pemilihan untuk menyertai program ini. Kena melepasi ujian mental dan fizikal. Wajib mengikuti ujian di Lumut, Kazakhtan, dilepaskan di Lautan hitam, bertahan tak makan selama 3 hari, termasuk latihan dari segi psikologi dan akhirnya Dr Sheikh dan Mejar Faiz Khaleed telah berjaya terpilih meneruskan latihan di Rusia.Mengikut cerita beliau,orang Rusia sangat mengutamakan bahasa mereka. Maka beliau perlu belajar bahasa Rusia.


Ok now sessi soal jawab bersama Dr Sheikh Muszaphar..


Bagaimana cara solat di angkasa lepas..?
OK,Kalau nak ikut kan kat angkasa tu kena solat 80 kali sehari becoz sunrise and sunset selang 30minit. Tapi mampu ke korang 80 kali sehari. 5 kali sehari pon ada yang ter'miss. So para ulama telah bersepakat solat 5 kali sahaja mengikut waktu Kazakhtan tempat kapal berlepas.

Kat angkasa kita menjalankan proses pembuangan air kecil@menyahtinja ke..?
Ofcoz la..Dah masuk mestilah kena keluarkan kan..?barulah sihat...:)
Kat ISS angkasawan dibekalkan kain/tisu antibakteria untuk tujuan itu. Air amat berharga kata Dr Sheikh Muszaphar.

Mandi ke kat angkasa..?
Disebabkan air terlalu berharga maka dorang cuma membersihkan badan menggunakan kain lap khas. Tapi kata Dr Sheikh even tak mandi, badan tidak berbau..kenapa tak berbau..???sebab kat angkasa tiada bakteria.:)kalau nak gosok gigi guna colgate atau sebagainya, sisa-sisa tu kena telan. Tak boleh buang sewenang-wenangnya disebabkan sisa-sisa itu akan terapung di ISS. Seperti yang korang tahu, tiada graviti diangkasa lepas thats way segalanya terapung.

Ada alien ke kat angkasa.?
Actually, saintis dan astronout yang pergi membuat kajian di bulan mendapati tiada hidupan di bulan. Beliau merasakan alien tak wujud sama sekali..Wallahualam

Kejadian aneh..?
Beliau mendengar suara azan yang merdu semasa berada di ISS. Dan banyak lagi keagungan Allah yang dapat dirasakan. Dari ISS beliau dapat melihat Pulau Pinang menggunakan peralatan khas. Sorry, KLCC tak dapat dikesan..:)

Adakah program angkasawan ini satu pembaziran.?
Rusia telah memberi satu tempat khas kepada Malaysia untuk program angkasawan ini kerana Malaysia telah membeli kapal terbang Sukhoi bernilai billion dollar dari Rusia. Kira orang cakap, sebagai balasan kerana telah membeli dari Rusia la..So terpulang pendapat masing-masing.. i no comment..! 


Banyak lagi soalan.......bla bla bla..(malas nak taip..:)

Menurut Dr Sheikh lagi, bila kita berada diangkasa segalanya berubah. Maksud kat sini, perubahan dari segi perasaan, deria rasa dan sebagainya. Kalau kat bumi kita suka makan rendang, kat angkasa kita jadi tak suka. Mungkin betul la orang cakap "Bumi dijadikan untuk manusia,manusia dan bumi tak boleh dipisahkan.

Semasa beliau menaiki Soyuz berlepas ke ISS dan pulang ke bumi kekuatan mental dan fizikal, minda perlu kuat. Kepantasan Soyuz tersangat laju. Beliau merasakan dada seperti di pam-pam, dan seolah-olah dipijak oleh seekor gajah semasa menaiki Soyuz berlepas ke angkasa dan pulang ke Bumi. Semasa menaiki Soyuz beliau perlu mengecilkan/ melipat badan kerana saiz Soyuz yang kecil. Nak jadi angkasawan, seseorang yang rendah atau ketinggian sederhana adalah lagi bagus. Di Angkasa ketinggian kita bertambah 10cm. Sapa yang nak tinggi, boleh la tinggal di angkasa tu..Aku dah hari-hari pergi Angkasa so i tak heran la..hahaa..angkasapuri je pon..:)


Kapal angkasa Soyuz

Penat dah bercerita..So aku buat kesimpulan yang dr. Sheikh ni seorang yang very passionate, i'm very impress with him,full of determination and cool too..Since he was small he like stars, aerospace, moon, starwars, startrek,and anything about space..He's so inspired ok...:) Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata nya.."If you want to succeed you have overcome your fearness. You must..! kalau takut lipas..cuba pegang lipas tu..takut cicak,pegang tangkap cicak tu..thats the way to overcome your fearness..Hmmm..lipas..??owhhh..no way..!!(aku takut lipas..?memang x la..geli je kot..hahaa..)


Memang best la ceramah petang tu..Mata aku tak lepas pandang tengok beliau.:) Sempat la bergambar bersama-sama. Tapi biarlah gambar tu jadi simpanan peribadi aku...Ala sebab gambar beramai-ramai memang la ko tak publish..Cuba kalau gambar berdua besar-besar ko letak kan tan kan..!haha..no la..gurau.malu ahhh tangkap gambar berdua..i kan pemalu orangnyer..ececeeeehh..uwekkk...:!


Ok la..sudah-sudah la tu cerita pasal Dr Sheikh Muszaphar. Korang pon mesti dah naik juling baca entri ni kan .Tunggu next entry ok..:)

                                                     journey to space..♥ Malaysia..

Selingan!!!..like father like daughter:)



Nota Intan: Al-Quran itu lengkap dan merangkami semua perkara. Kaji lah Al-Quran nescaya kamu akan menemui jawapan.."sekiranya ulama dunia dan para saintis bergabung saya amat yakin lebih banyak penemuan akan ditemui..merujuk kepada Al-Quran"- Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

6 comments:

  1. nice entri...... ape la agaknye perasaan makan rendang kt ats tu ye?huhu....

    ko kalo xmate menjuling xsah la kann?? pantang ensemmmm :P

    ReplyDelete
  2. cmne la ank die bole idup dlm air tu....waaaaa.....best3!!

    ReplyDelete
  3. ye la.. tgh rayer time tu.. x brselera katanya..bila kat angkasa sume jadi terbalik,deria rasa berubah..benih pokok pon jadi x normal. daun kat bawah akar kat atas..semua jd confuse..

    ank 10 bulan tu dh pandai berenang.:)

    ReplyDelete
  4. benih pokok?cmne tu? ade pokok ker kt ats :P

    ReplyDelete
  5. mgkn dorang bwk anak benih kat atas tu..tgk caner hasil kajian ke atas ank benih tu..mgkin pokok pon jadi confuse.tu la akar jadi tunggang terbalik..perubahan atmosphere kot..

    ReplyDelete
  6. owhh...kajian la tu...igt mmg de pokok kt atas

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved