Drama Adam Hawa | Suri Raudhah

Tuesday, October 16, 2012

Drama Adam Hawa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah beberapa hari tak update blog. Lately sibuk dengan kerja, kalau tak sibuk dengan kerja, asyik melayan drama Adam Hawa. Tengok online jer. Best drama ni dengan barisan pelakon yang hebat bawa watak. Nampak natural.

Bila cerita pasal drama Adam Hawa ni kan, aku ada join forum/blog peminat drama popular tu. Ramai yang mempertikaikan pemilihan Nadiya Nisa sebagai Ain Hawani watak utama dalam drama yang diadaptasi dari novel ini. Pendapat aku, Nadiya Nisa membawakan watak dengan bagus,nampak natural. Actually aku memang minat lakonan Nadiya Nisa since dia mula berlakon lagi. Bagi aku dia ada gaya tersendiri.



Ada peminat tegar AA(Aaron Aziz) siap mengkritik dan menghentam Nadiya Nisa lagi tu. Nadiya Nisa tak sesuai pegang watak Ain Hawani sebab dia tak cantik so tak setanding berlakon dengan Aaron Aziz la. Macam-macam. Banyak-banyak la bersabar Nadiya Nisa yer. Pendapat aku ikhlas sebagai seorang perempuan, Nadiya Nisa ni manis orangnya, comel lesung pipit dia dan dia ada gaya lakonan tersendiri. Memang sesuai la watak Ain Hawani seorang gadis kampung yang becita-cita tinggi. Sesuai jer dia berlakon dengan Aaron Aziz. Sweet aku tengok.

Nak tanya peminat tegar AA. Kalau Nadiya Nisa tak sesuai pegang watak Ain Hawani tu so sape yang sesuai. Takkan Neelofa, Ayu Raudhah? ke Siti Saleha oo Izara Aisyah..

Bila aku fikir balik, rasanya aku tak nampak calon yang paling sesuai selain Nadiya Nisa. Tak perlu la nak mengutuk dia sampai macam tu sekali. Jangan la jeles atas nama korang ni peminat tegar Aaron Aziz tu. Aku pernah terbaca hampir setahun tau penulis novel Aisya Sofea nak cari pelakon yang sesuai untuk watak Ain Hawani. So yang bertuah adalah Nadiya Nisa dan itu adalah pemilihan yang tepat aku rasa.
 
Tak sabar nak tengok kesudahan cerita Adam Hawa ni. Memang pernah baca novel tu tapi dah bertahun lama dah sampai lupa jalan cerita dia. Next entri aku, aku buat ulasan lagi cerita ni yer. Actually, tersangat teruja dengan cerita Adam Hawa ni. Banyak lagi aku nak cerita especially part kat Mekah dan Madinah tu.


Ok la. thanks sudi luangkan masa membaca. So apa pendapat korang tentang cerita ni.?:)

6 comments:

  1. saya suka nadiya ni pegang watak ni sebab dia pandai menghayati sesebuah lakonan.

    pelik dengan sesetengah orang yang meletakkan level kecantikan padahal semua orang cantik dan handsome yang tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon suka nadiya ni berlakon. mmg sesuai watak ain hawani dengan dia. seorang kwn penah cakap kat sy, semua yg Allah cipta semua cantik..:)

      Delete
  2. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah sini.nanti sy singgah blog pakjoe pulak..

      Delete
  3. Replies
    1. makjoe gi noreh getah x balik2 lagi...huuuuuu

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved