Sensitiviti warna | Suri Raudhah

Tuesday, April 23, 2013

Sensitiviti warna

Assalamualaikum:)

Sekarang ni kan musim mengundi, Bila suka warna hijau cakap orang PAS, baju biru ni mesti orang BN ni, baju biru cair PKR pulak. Pelik aku dengan mentaliti manusia jenis ni maybe mereka just bergurau tapi kalau silap haribulan ni boleh jadi gaduh lagi-lagi tengah bahang pilihanraya ni kan. Ada pulak yang bertumbuk kang, pastu keluar kat RTM & TV3 pengikut parti ni bertumbuk /bergaduh. Ha kan dah jadi isu besar pulak.

Nak dijadikan cerita last friday aku pakai t-shirt warna hijau /biru turqoise kat ofis sebab ada aktiviti 5s. Kira satu floor semua kena pakai t-shirt tu. Masa turun lif, ada la kak Joyah dok menegur. Pakai t-shirt ke hari ni.?Biru lagi..ni mesti PKR.Dah pulak.. Pastu blablablaaa..aku tak campur hal dorang..Biarlah asalkan jangan gaduh dalam lif dah la.

Kalau nak diikutkan ni 1st time aku nak pergi mengundi..Tapi apakan daya takde rezeki nak mengundi tahun ni sebab time tu aku takde kat sini, pergi membawa diri mencari damai di hati..muahaaa. So, dari jauh aku titipkan doa semoga pemimpin yang betul2 layak berjaya mendapat tempat di hati Malaysian. :)

bena eh nak tunjuk bendera tu jer..
By the way, aku suka lagu ni..Rasa teruja nak pergi mengundi ni.

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Jalan tanggungjawab negara demokrasi
Jangan kata tiada masa
Atau politik bukan untuk kita


Jom kita keluar mengundi
Tentukan siapa pemimpin kita
Pangkahlah calon berjiwa waja
Supaya negara bebas berdikari

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi

Jom kita keluar mengundi
Kalau tidak kita yang rugi
Mandat diberi kepada yang berwibawa
Memacu negara kearah jaya

Oh.. Jom kita keluar mengundi
Generasi muda ayuhlah pergi
Masa depan ditangan kita
Peluang ini jangan disia

Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
Jom kita mengundi
 
Sebagai rakyat Malaysia, jalankan lah tanggungjawab masing-masing keluar mengundi pada 5 Mei ni.. Ni la masanya nak merasa mengundi. Berdebar caner kan! Choices in your hand. Anda yang menentukan pemimpin anda. Pilih la pemimpin yang layak selayaknya. Pilihlah pemimpin yang sentiasa bersama rakyat even bukan masa berkempen pilihanraya jer. Pemimpin yang boleh makan semeja dengan rakyat, pemimpin yang turun padang tak kira time sukan ke, kenduri ke, gotong royong ke dan pemimpin yang ada masa untuk mendengar masalah rakyat. But sometimes, kita tak ada pilihan, bukan senang nak jumpa pemimpin macam tu kot..huhu Ada orang tanya saya, awak mengundi parti mana? Mana boleh bagitau..undi rahsia..heee. Tapi sayang, parti tu dah rugi banyak undi, sebab KAMI mungkin tak dapat mengundi masa tu..T___T.
 
Kami sayang Malaysia dan kami pilih mengundi..:)

Entri kempen mengundi tak berbayor!! Thank you for reading.

3 comments:

  1. jom jom mengundi :)

    ReplyDelete
  2. woot woot...tak boleh mengundi lagi..=P

    Perlu ke Free Education di Malaysia?

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/free-education-do-we-really-need-it.html

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved