Bila hati merindu...Mekah Madinah | Suri Raudhah

Friday, July 19, 2013

Bila hati merindu...Mekah Madinah

Assalamualaikum
 
Sekarang ni, sangat teruja jika ada  cerita atau perkara berkaitan Mekah n Madinah. Lagi-lagi setiap petang ada jejak Rasul TV3 episod Ramadan di Tiga Tanah Suci (Mekah, Madinah, Masjidil Aqsa). Balik dari kerja, tengok kakak dah standby depan TV. Sambil tengok jejak rasul kenangan di Mekah dan Madinah terimbas di fikiran.
"Eh kita penah pergi sini"
"Ni tempat kita beli aiskrim tu kan?"

Ya Allah, kadang-kadang rasa sayu, mengalir air mata. Pastu buat-buat cover konon selsema. Sebab aku ni bukan jenis yang mudah nak nangis, rasa segan bila orang nampak kita menangis. Saya jenis tak mudah menangis tapi cepat tersentuh..ececehh..
 

 
Dalam keadaan suasana malap, jam 12.30 malam suasana yang tenang dan sunyi, tengok video ni seorang diri terasa air mata mengalir perlahan. Cerita ustaz ni sangat sangat menyentuh perasaan.
 
Jabal rahmah tempat mustajab doa - Ya Allah aku ada titipkan doa di situ, menadah tangan sambil mengadap kiblat berdoa untuk kawan-kawan, keluarga dan diri sendiri.
Ya Allah jika doaku tidak dimakbulkan, aku takkan meraguiMu, kerana aku percaya itu adalah dari kekhilafan diriku.
 
Rukun Yamani/ Lampu Hijau -  Tempat mulanya tawaf berdekatan Hajaratul Aswad tempat mustajab doa. Ya Allah aku hanya mampu buat tawaf 3x kali itupon masa buat Umrah..Aku tak berkesempatan buat tawaf sunat, bukan tak berkesempatan tapi sebab aku terlalu memanjakan diri. Penat bukanlah alasan Percayalah sampai sekarang masih rasa menyesal sebab melepaskan peluang mendekati Kaabah. Aku datang dari jauh, menyahut panggilan Mu,tapi kenapa aku tak berusaha memegang Kaabah itu sedangkan Kaabah itu depan mata. Kenapa aku tak berusaha ke arah itu sedangkan kakak dan sepupu dapat peluang mencium Hajaratul Aswad. Ya Allah betapa beruntungnya mereka dan betapa ruginya aku:(
 
Kat Mekah namanya Multazam kat Madinah namanya Raudhah.. Ya Allah aku kerap ke Raudhah tempat mustajab doa. Dekat dengan Rasulullah saw dan para sahabat. Terlalu berharga pengalaman di Raudhah dan aku tersangat merindui Raudhah. Ya Allah aku tak berpeluang solat di Multazam dan sehingga kini ada rasa kesal kerana aku tak tahu dimana dan merasai di mana kedudukan Multazam itu.

Air zam-zam - Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit. Yer, aku masih ingat doa itu sebab air zam-zam penguat semangat, memberi kekuatan dengan menyalur tenaga untuk aku terus berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Usai tawaf, nikmat air zam zam terasa tersangat enak yang susah aku nak ceritakan disini.

"Ya Allah, sedapnya air zam zam..tersangat sangat sedap..Aku masih ingat ayat itu aku luahkan kepada keluarga semasa mahu menuju ke kawasan Saie selepas Tawaf".. Kesedapannya memberiku kekuatan untukku meneruskan Saie menyelesaikan salah satu lagi rukun Umrah. Bagi kamu yang pernah menunaikan Umrah, saya pasti kamu tahu saat itu, kekuatan rohani dan fizikal penting untuk mendapatkan 1 umrah.

Safa dan Marwah. - Bermula di Safa dan berakhir di Marwah. - Pelbagai gelagat manusia sepanjang perjalanan dari Safa ke Marwah. Masih ingat lagi, masa umrah ku yang ketiga, sungguh badan terasa lemah tanda tanda demam mula dirasa, Aku menghitung bilangan pusingan dari Safa ke Marwah tapi kalimah mu memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah itu. "Ya Allah, jadikanlah Saie ku saie yang bermakna supaya aku dapt umrah yang sempurna. Ya Allah betapa kuatnya Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah mencari air untuk anaknya Ismail. Hati mula berbisik.

Tahalul - "Kalau kita berpisah lepas Saie nanti kita jumpa kat tempat Tahalul. Yer, walaupon dipenuhi ribuan manusia, tapi kami pasti berjumpa di tempat terakhir bagi melengkapkan 1 lagi umrah. Bercukur.

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah, ya Tuhanku! Ubun-ubun kepala ini didalam kekuasaanMu. Maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku di hari kiamat dan ampunkan dosaku wahai Tuhan yang amat luas pengampunan. Amin.

Lantas helaian buku panduan umrah bab tahalul aku selak maka terlahirlah doa ini..

"Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatlah aku dengannya darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang Islam.
Ya Allah, ya Tuhanku! Tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibubapa kami, isteri dan anak-anak kami. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Amin".


Alhamdulillah selesai 1 Umrah..Allahu Akbar!


nota :
 
"Aku tak mampu pergi ke Mekah dan Madinah dalam masa terdekat ni Ya Allah. Aku bukanlah dari kalangan orang berada yang mampu untuk berulang alik ke rumah mu. Ya Allah berikanlah sedikit ihsan pada hambamu ini supaya dapat kembali ke Tanah suci itu. Sesungguhnya aku amat merindui bumi Madinah, Masjid Nabawi yang tersergam indah di dalamnya ada jasad seorang Rasul dan 2 sahabat yang dijamin syurgaMu, Raudhah taman syurga, Mekah Tanah haram, Baitullah tempat tawaf yang mulia. Safa dan Marwah memberi kekuatan, bukit-bukit  dan padang pasir di Tanah Haram dan segala isinya . Jemputlah kami Ya Allah..Berilah aku sekali lagi peluang memperbaiki Umrah ku yang lalu.Aku ingin menyentuh Kaabah itu dan aku mengenali dan mengingati setiap posisi Kaabah itu . Aku ingin merasa pengalaman mendaki Gua Hira seperti saudaraku yang lain.   Aku tak mahu lalai lagi, akan ku cuba tidak memanjakan diri, Tidak akan lagi buang masa dengan perkara yang sia-sia sedangkan aku tahu masa di sana terlalu suntuk. -_-
Ya Allah..perkenankanlah.. Amin..
 
 
 
 
Entri panjangkan? Terima Kasih sudi baca:)

2 comments:

  1. tu lah kan. sekali pergi mesti rindu. mcm my brother. rindu sgt katanya. saya masih belum berpeluang. btw, jemput singgah blog ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah klu dh berusaha mesti akn ada peluang nnti..thanks singgah sini:)

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved