Episod Adam&Hawa semasa di Madinah dan Mekah...
Episod 24 adalah antara episod yang aku suka tengok. Detik pertemuan antara Adam Mukhriz dan Ain Hawani di pintu masuk Masjidilharam selepas lapan tahun berpisah. Bermula di Kota Madinah yang sesuai dengan tarikannya sebagai bandar Nabi s.a.w.
Terdetik dalam hati "alangkah indahnya dapat menziarahi makam Nabi saw,berdoa di Raudhah yang dikatakan tempat mustajab doa, mengunjungi masjid-masjid di Madinah. Masjid Nabawi, Masjid Quba, Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai dua kiblat, di mana dulunya umat islam berkiblatkan Masjidil Aqsa sebelum Allah s.w.t menurunkan perintah supaya umat islam berkiblatkan Kaabah di Masjidilharam.
Alangkah bertuahnya menjadi tetamu Allah..(beruntungnya Aaron Aziz dan Nadiya Nissa dapat berlakon kat Mekah/Madinah kan.?:)
Dapat melihat Kaabah di depan mata sendiri, berdoa dengan rasa rendah diri atas nikmat dan kekuasaannya, mengucup hajratulaswad,merasa dinginnya air zam-zam di Mekah itu sendiri.
Memang tersentuh part ain di dalam masjid sambil berdoa dan kemudian dendangan lagu Cahaya Hati dan Asmaul Husna oleh Opick dimainkan diselang selikan dengan keindahan Masjidilharam. Alunan dia seolah-olah memanggil..
Sorotan Adam&Hawa episod 24
preview jer..full episod kena download sendiri la yer..:)
asmaul husna.
cahaya hati
Lagu opick memang best. Terbuai dengan alunan Asmaul Husna dendangan Opick.
Episod ni ramai peminat Adam&Hawa mempertikaikan kelakuan ain yang kasar dan selalu meninggikan suara dengan suami dia lagi-lagi mereka berada di Tanah suci. Bagi aku, ain tu masih marah dengan apa yang dah berlaku. Lagipon tiba-tiba jer dia jumpa Am kat situ tanpa disangka. Ofcourse terkejut. Banyak komen peminat di forum tak dapat kawal emosi sampai tempiasnya kena kat pelakon tu sendiri. Sedangkan Nadiya Nissa tu hanya melakonkan watak. Mungkin dari novel yang dipersembahkan dalam bentuk drama nampak lebih real kot babak tu.
nota1: Lagu Opick banyak yang best. Kalau perasaan cerita drama melayu selalu pasang lagu Opick. Biasanya bila drama kisah pasal keinsafan or islamik.
nota2: Suka dengar instrumen Doaku oleh Hadad Alwi. Jumpa istrumen ni masa blogwalking satu blog yang comel:).
ciktom xpernah tgk citer ni...
ReplyDeletesmua lg2 opick mmg best n rs menyusup masuk dlm hati..
a'ah..lagu opick memang best. Selalu drama melayu klau cerita pasal insaf or islamik ni mesti main lagu opick kan..:)
Delete