Doa untuk Palestin | Suri Raudhah

Monday, November 19, 2012

Doa untuk Palestin

Salam buat sahabat dan saudaraku..


Doakan saudara-saudara kita di Gaza agar dikurniakan kesabaran dan kecekalan.
Cuma dalam 1 minit, mari kita berdoa untuk mereka. Mereka adalah saudara kita. Mereka memerlukan kita.

Sekurang-kurangnya, suatu hari jika kita berada dalam situasi mereka (nauzubillah), mereka membuat perkara yang sama untuk kita. Pada masa itu, kita akan mula menghargai makna PERSAUDARAAN.

Pada ketika ini, Gaza dibasahi dengan darah dan airmata, dihujani dengan peluru dari Zionis laknatullah,tanah air mereka terus dirampas, ramai pejuang terkorban. Sayu apabila melihat gambar kanak-kanak tidak berdosa terkorban dengan keadaan darah membasahi tubuh mereka. Bukan sahaja disekat bantuan ekonomi,malah bantuan kemanusiaan turut disekat. Tetapi pendirian mereka untuk terus mempertahankan martabat dan maruah ISLAM di bumi Palestin tidak pernah pudar, Bahkan semakin kuat tekanan, semakin getir penderitaan, semakin kental semangat perjuangan mereka.

Wahai, pejuang-pejuang Islam. Bergembiralah, Sesungguhnya syurga adalah tempatmu.

Inilah masanya kita tunjukkan sokongan atas perjuangan mereka. Bantulah mereka, sesungguhnya mereka memerlukan bantuan,sokongan,suara masyarakat dunia pada saat ini. Bantulah mereka atas nama kemanusian. Kita mungkin tak mampu untuk berjuang ke jalan syahid bersama mereka, Tapi percayalah dengan doa dan sedikit bantuan, In Shaa Allah kita dapat mengurangkan sedikit kesakitan dan keperitan mereka. Kita wajib bantu saudara kita disaat mereka diberi ujian pada ketika ini. Allah bukan sahaja menguji mereka, tapi saya percaya Allah juga sedang menguji kita. Disaat Gaza dibasahi dengan darah, diiringi dengan tangisan, setiap hari ada jasad yang terkorban, bangunan dan tempat kediaman  musnah, kekurangan makanan dan ubat-ubatan, dimanakah KITA?

"Ya Allah. Kau selamatkanlah saudara kami di Gaza. Jauhilah mereka daripada kekejaman puak Zionis. Kami yakin mereka(zionis) juga milik-Mu. kami mohon jauhkan mereka dari mencederakan saudara kami di Gaza. Hanya kepada-Mu kami bermohon. makbulkan doa-doa kami. Ya Allah"

 

Sumbangan Kemanusian Islamic Relief Malaysia
Sasaran - RM1 juta. Boleh ke kita dapatkan 20,000 orang insan yang pemurah untuk menderma hanya RM50/ - Like, Share & Derma.

BIMB (Bank Islam) 12029010065643
MBB (Maybank) 562142708704
CIMB (Cimb) 12590000804058



Aman Palestin
Untuk menderma melalui SMS kepada rakyat Palestin,
Taip PALESTIN  nilai derma(rm10/5/3/1)dan hantar ke 39111(Aman Palestin)
contoh PALESTIN 10 (hantar ke 39111)


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
Bank Muamalat : 12070005133717
RHB Islamic Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 22-080-619592-2
Tabung Wanita&Kanak-Kanak Palestin|Bank Islam (M) Berhad : 1202-9010-0598-95


Kalau ada keraguan berkenaan no akaun dan nak tahu info lanjut boleh layari web di bawah:
1.Like FB Islamic Relief Malaysia
2. Aman Palestin


nota: Isu Palestin isu awak,isu saya, isu kita semua. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dalam kita memohon kepadaNya doa kita akan dimakbulkan.
 

2 comments:

  1. salam..thanks for info derma utk palestin..moga kita sama peroleh redha-NYA.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. thanks sudi singgah n baca..:)
      #Pray4Gaza#

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved