سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..
Selepas 5 hari di madinah kami bertolak ke Mekah..
Dari Madinah dah bersiap-sedia dengan pakaian ihram.. Bas dan van coaster meninggalkan kota bercahaya Madinah menuju ke tempat miqat Bir Ali.
Bir Ali tak berapa jauh dari Madinah.Tak sampai sejam perjalanan pon. Masa nak turun dari van dah rasa berdebar-debar.. ye la first time nak niat ihram..bila dah niat ihram kita dah terikat dengan perkara yang dilarang semasa ihram.
Kami ambil wuduk kemudian terus menuju ke masjid..jemaah tak la terlalu ramai sebab masih ada ruang kosong untuk kami solat tahiyattul masjid dan niat ihram..
Niat ihram..
“Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.”Ya Allah..bayangkan nak niat pon rasa berdebar..Kami yang perempuan ni berkumpul dan niat ihram bersama.. Selepas semua rombongan selesai niat ihram bermula perjalanan menuju ke tanah haram..
Memandangkan dalam van tu hanya ada keluarga kami termasuk driver iaitu seramai 12 orang, kami sepakat bertalbiah sepanjang perjalanan. Yang perempuan tak boleh la nak baca kuat-kuat sebab jaga aurat suara katanya..:)
Berbeza benar highway Malaysia dengan Arab..Sepanjang jalan padang pasir..gurun , tanah gersang..Supaya tak buang masa dengan tidur kami berkongsi cerita pasal sejarah mekah,kisah nabi ibrahim, siti sarah dan siti hajar.. Dengan highway padang pasir , bukit,gunung everything serba hitam and coklat mula la terbayang kehidupan zaman nabi nabi..pengorbanan dan penghijrahan.:, (
Bila dah takde modal nak bercerita sambung balik bertalbiah..Mata curi-curi tidur sebab sape yang tidur confirm kena candid camera tapi mana tahan 6 -7jam dalam van dengan highway yang sunyi ofcourse terlelap jugak.. Aku salute dengan dorang yang lain sebab mampu bertahan tak putus bertalbiah..Bayangkan lah dalam keadaan teramat mengantuk dengan mata terpejam tetap teruskan bertalbiah walaupon volumenya makin lama makin ciputttt.;)
Dalam van sempat bersembang pasal driver pak arab tu..Lantak la kalau dia dengar bukannya dia faham pon..hahaa..bawa van macam nak terbalik van pastu cakap dalam telefon punyalah lama..sepupu cakap dia sembang dengan girlfren la tu..Memang rock la dia bawak van. Sampai kaki naik atas dashboard. Haa! cer bayangkan rock tak rock.Nampak jer kasar tapi sebenarnya dia baik jugak orangnya..Kadang tu dia membebel sebab dia tak suka menunggu lama.. Kami ni kan tak faham bahasa arab so layan jer dia membebel..Kitorang apalagi pecah gelak la..
Berhenti di R&R untuk untuk berehat..Tempat dia tak la mewah macam kita sebab tu kan padang pasir.. kat situ memang ramai jemaah berkumpul.. Ada nampak jemaah yang hisap rokok.. Aikk..pokcik merokok tak termasuk perkara dilarang dalam ihram ke?????..
Ni sempadan tanah haram dan tanah halal..Bila kakak sepupu bagitau jer kita dah masuk kawasan tanah haram jantung berdegup makin kencang..hati berdebar..dupdapdupdap..
Baca doa memasuki Kota Mekah..
"Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Engkau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,
Ya Allah sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka.
Ya Allah amankan daku dari azab Engkau di hari Engkau membangkitkan hamba Engkau. Aku memohon dengan Engkau kerana Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kerana Engkau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.
Tercari cari masjidilharam..Dari jauh dah nampak menara jam itu tandanya dah dekat dengan Masjidil Haram..Jantung bergetar lagi..
Pukul 10 pm sampai hotel..check in hotel dan menunggu rombongan bas yang belum sampai lagi untuk buat umrah bersama..
Perjalanan yang panjang penuh dengan debaran.. Akhirnya sampai juga Mekah al Mukarramah..
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment
What's your thoughts...