Meatball@jajahan abang burn danau kota | Suri Raudhah

Sunday, October 20, 2013

Meatball@jajahan abang burn danau kota

Assalamualaikum wbt

Memandangkan dah lama teringin nak makan meatball Abang Burn makanya dengan gigih aku mencari lokasi jajahan burger bakar abang burn di Danau Kota. Dekat  dengan rumah rupanya, baru tahu. Selama ni lalu lalang kat situ tak nampak pulak jajahan abang burn kat area sini
 
 
 
Kebetulan aku dan kakak sama sama cuti then aku ajak kakak teman pergi KWSP area situ, Tiba-tiba kakak bagi idea lepas pergi KWSP jom cari kedai abang burn. Ye lah dah banyak kali cakap kat dia teringin nak makan meatball abang burn kan. Tapi time tu baru pukul 2 lebih, kedai abang burn buka pukul 5.00 petang - 12.30 malam. Dengan bantuan google and GPS akhirnya jumpa jugak lokasi yang dicari. rupanya tepi jalan jer. Kitorang balik rumah dulu, then tepat jam 6 petang terus pergi ke tempat yang nak dituju. Pelik jugak time tu. Tak ramai orang ke kat sini?Selalu orang cakap ramai sampai kena beratur. Lor, memang la baru pukul 6 petang. Orang pon baru balik keje. Malam baru la ramai orang kot . 
 

Memandangkan esoknya hari raya korban, sebelum keluar rumah aku ber-fb dengan abang burn dulu. Ye la, kot nanti kedai tutup sempena hari raya mana kita nak tahu kan. Tapi malam baru abang burn reply. Dah terlambat, tapi takpe la sebab dapat jugak hasilnya walau main redah jer. Lama beno nak tunggu Abang burn reply. Nasib kedai bukak. Alhamdulillah dapat la merasa..:)
 

Choice in your hands. Beef or Chicken.?  Harga mampu beli dan servis kat sini pantas.
 
 
Disebabkan aku dah lama teringin nak merasa meatball abang burn ni, So aku order 3 set meatball take away. Ada 10 biji meatball dihidangkan dengan special mushroom brown sauce together with burn wedges with cheesy sauce. Brown source tu banjir ok. Sesiapa yng suka blackpepper ofcoz akan suka punya. (I tak suka sangat blackpepper). But I like the wedges.
 
 
 
Bila dah puas makan meatball sampai habis 10 ketul with cheesy wedges, aku boleh buat kesimpulan disini yang aku lebih suka makan burger ayam abang burn kot. Memang pernah makan burger bakar abang burn sebelum ni, seingat aku tahun lepas. Memang jenuh nak habiskan tapi rasanya puas hati. So sesiapa yang belum pernah rasa, boleh la cuba rasa atleast sekali seumur hidup. Takde la asyik beli Mc'd and KFC je kan. Sokonglah makanan Malaysia..ececehh :)

 
My cousin ternampak aku ber-fb dengan abang burn then dia post comment "Orang sibuk nak raya ko pulak mengidam nak makan burger ke?hehee.Then time tu jugak aku terpikir nanti kalau dapat daging qurban fresh rasanya macam nak gentel bulat bulat buat meatball. Sebab selalunya, minggu lepas raya mesti menu daging selagi daging tu tak habis. So apa salahnya tahun ni buat meatball pulak. Takde la sama jer tiap tahun daging rendang, daging masak kicap dan kari daging ye dak?
 
Tiba-tiba terasa persekitaran aku ni mewah dengan daging bila raya qurban ni. Mungkin ada diluar sana jarang sekali nak merasa seperti ni. So, harapnya sempena raya korban kali ni, agihan daging daging qurban sampai kepada mereka yang lebih memerlukan.
"Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia berkorban, akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami(masjid) ini."- (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Berbalik pasal burger bakar abang burn tadi, So sesiapa yang mengidam atau nak cuba rasa menu abang burn boleh la datang ke jajahan abang burn yang berhampiran dengan lokasi anda.


Burger Bakar Abang Burn
 
 
Ini cerita tentang meatball abang burn dan pengorbanan.:)
Thank you for reading.
 

8 comments:

  1. saya tak pernah lagi merasa. disebabkan ramai, tu yang sampai ke hari ni tak beli. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kena rasa tau. waktu mlm petang x rmai sngt kot:)

      Delete
  2. x pernah lagi cuba....tp dah famous kan burger bakar & meat ball abang burn ni? tak sabar pulak nak cuba sendiri nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. msti cuba atleast sekali seumur hidup.. :)

      Delete
  3. xpernah rs lg burger or meatballs abg burn..tgk cambest...pergh 10 bj meatball?mmg knyg sgt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik tom kena rasa dulu baru tahu..
      10 biji meatball mmg trlebih kenyang la..hehe..

      Delete
  4. Dalam banyak2 tempat Abang Burn, yang kat Red Chair Danau Kota ni yang paling saya suka. Tempat selesa, service ok. Burger Bakar Abang Burn sini staff best dan kualiti maintain! Tuggu pon tak lama!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeupp..service kat c2 superb..x pyh tunggu lama dh dpt meatball 3 set. ;)

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved