Salam Lebaran 2012 | Suri Raudhah

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran 2012

Assalamualaikum.
Buat semua..

Meminta maaf dan memberi maaf.....
Di hari hari terakhir Ramadhan , kita sibuk menyediakan persiapan raya dan ada juga mengejar kemanisan 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan sudah hampir ke penghujung. Sudah pasti Ramadhan akan terus dirindu dan mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi pada tahun-tahun akan datang. Sayang sekali, meninggalkan saat meriahnya berbuka puasa bersama keluarga, melihat gelagat adik-adik lelaki bangun untuk bersahur. (Hmmm dah besar pon perangai masih liat bersahur macam dulu.tersenyum mengingatkan saat itu:)bertarawih bersama-sama, menyediakan juadah berbuka dan kadang-kadang boleh dikatakan sampai membazir. Ayah selalu berpesan jangan membazir. Tapi apakan daya kadang-kadang ia di luar kawalan. Mana taknya  kakak membeli juadah kesukaannya, adik dengan roti john dengan air kegemaran dia, mak lepas balik dari pejabat terus masak makanan berbuka.Ayah sudah pasti membeli kuih muih. Saya..?? mestilah la dengan kuih tepung pelita dan sedikit kuih muih yang dibeli di pejabat atau di Bazar. Masing-masing di fikiran 'takut tak de lauk kat rumah nak berbuka nanti'. Takpe beli la sikit..Sikit-sikit tak ke jadi banyak bila dikumpul..hehe.."Ramadhan we gonna miss u"..


Seperti biasa, menjelang Syawal yang bakal tiba, mungkin masa terbaik untuk merakam ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga, saudara-mara, semua kenalan, kawan, sahabat, rakan. Setahun bukan lah lama tapi 365 hari boleh menjadi lama kalau kita tak berkesempatan berjumpa. Salam kemaafan untuk semua. Saya memohon maaf atas segala ketelanjuran kata, perbuatan, tingkah laku dan perkataan saya. Baik secara lisan atau secara kenyataan. Serta halal kan makan dan minum saya. Maaf zahir dan batin. Semoga Lebaran kali ni membawa 1001 makna kepada kita semuaaa. :)

 

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
-suriraudhah-.
18 Ogos 2012
 

1 comment:

  1. ko tertinggal baulu tan... SELAMAT HARI RAYER!! :)

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved