Apa Hukumnya Senyum.?? | Suri Raudhah

Thursday, June 7, 2012

Apa Hukumnya Senyum.??

Assalamualaikum.. ツ


Senyum ada hukum ke.?Bukan ke kalau senyum kita dapat pahala. Senyum kan sedekah.? Ok baik lah, entri kali ini aku nak share berkenaan hukum senyum. Jom kita share sikit bilamana jatuhnya hukum Haram,Harus,Makruh,Wajib apabila seseorang itu senyum.


Haram : Akan jatuh hukumnya haram bilamana seseorang senyum kepada seseorang yang lain dengan berniat buruk. Contohnya : seorang lelaki memberikan senyuman kepada seorang wanita dengan berniat tak baik, dimana apabila wanita itu memberi respon ia akan menjerumus kedua-duanya ke arah perkara negatif atau kemaksiatan. (senyum jahat..)

Harus : Kita diharuskan senyum pada bila-bila masa tanpa sebarang niat yang tidak baik. (senyum ikhlas)

Makruh : Makruh senyum waktu solat.! (maknanya tak kusyuk la tu kan)

Wajib :  Adalah menjadi hukum wajib bagi seorang anak membalas senyuman ibu jika ibunya memberi senyuman kepadanya DAN adalah wajib bagi seorang isteri membalas senyuman suaminya.
(berdosa sekiranya tidak mengendahkan senyuman ibu atau suami dan membuatkan mereka terasa hati, maka senyumlah....:)


Senyum..
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum..
Kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum..membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...




Notaintan:Senyum ikhlas:)


3 comments:

  1. kt pernah senyum dlm solat...adededehhhhhhh... mse form 4 ke 5 eth..mber2 kcau time kt skola

    ReplyDelete
  2. ehhh zmn dulu main kacau2 time solat erkk..ermm mcm pnah alami gak..hehee..

    ReplyDelete
  3. mmg ponnn....sengaja pulak tu....zaman jahiliahhhh...huaa..huu

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved