Assalamualaikum.. ツ
Saya nak kongsi tips semasa temuduga kerajaan. Berjaya atau tidak bergantung kepada usaha dan rezeki korang. Tetapi, diharapkan tips temuduga kerajaan ini membantu serba sedikit. Mungkin bagi pelajar lepasan SPM, graduan yang telah tamat pengajian atau sesiapa yang berminat boleh la buat persediaan jika ingin memasuki dunia govdotmai ni.
sumber:google |
Pada pandangan saya,kelulusan akademik bukan faktor utama untuk berjaya dalam temuduga kerajaan. Itu belum cukup. Banyak kemahiran diambil kira. Ramai yang kecewa sebab tak dapat lulus temuduga kerja kerajaan. Biasalah yang mohonnya ramai, tetapi slotnya sikit. Kena pula pengambilan kakitangan kerajaan sangat ketat. Mengambil kira banyak faktor. Jadi korang perlu jadi individu :
“best among the best”
sumber:googling..
|
Okey…straight to the point. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang beberapa kali menghadiri temuduga kerajaan dan Alhamdulillah sekarang saya termasuk dalam 1.4 juta orang kakitangan penjawat awam.
1. Penampilan diri perlu dijaga. Kena la nampak SKEMA sikit hari tu. Penampilan yang kemas, profesional dan menarik dapat mempengaruhi penilaian penemuduga. Boleh klik disini << Etika Pemakaian Temuduga Kerajaan>>
2. Datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut. Kenalpasti dahulu tempat dan lokasi temuduga.. Persiapkan diri dari segi :
•Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. (Elakkan buat kerja last minute). Turutan sususan dari gred yang rendah hingga kelulusan tertinggi Contoh:sijil PMR, SPM, DIPLOMA,dan DEGREE pada muka surat akhir.
•Tahu lokasi temuduga
•Tidur awal dan cukup
3. Tahu tugas dan peranan bagi jawatan yang dipohon dan kerja yang anda lakukan sebelumnya. Dalam pada masa yang sama selidik struktur dan organisasi dalam kerajaan. Korang kena la buat kajian mengenai jabatan atau kementerian dulu. Sekurang-kurangnya korang dah bersedia sekiranya disoal soalan seperti ini.
" Selain dari mengawal sistem, apakah tugas lain bagi seorang pegawai teknologi malumat.?
" Apakah peranan JPA.?
Saya pernah ditanya soalan seperti :
"Apakah waran dan apa itu waran peruntukan?
(Jadi sentiasalah bersedia untuk menjawab dengan penuh yakin yer.)
4. Ambil tahu isu semasa dan terkini. Dengan cara membaca Berita Semasa, medium internet dll. Perlu tahu Kementerian, nama Agung,Menteri Kabinet. Saya pernah ditanya "Siapakah menteri kesihatan dan menteri kerja raya. Alhamdulillah dapat jawab. Jenuh menghafal sebenarnya.:)
Antara soalan yang saya masih ingat.:
Soalan 'critical thinking' - Skandal PKFZ
Makna 1 Malaysia.?
5. Korang kena usaha jugak jawab walaupun tidak tahu jawapan. Kebiasaannya, penemuduga ingin menguji tahap keyakinan kita. Sebaiknya korang perlu tahu sedikit, yang lain pandai-pandailah tokok tambah."Goreng sampai rangup" untuk mencantikkan jawapan tu. Ingat.!Jangan buat muka 'BLUR' dan diam tanpa jawapan. Ambil masa beberapa saat untuk fikirkan apa yang nak dijawab. Bacalah apa-apa doa yang boleh mengurangkan nervous korang tu. Insyaallah itu yang aku buat.
Saya masih ingat lagi kena soalan seperti ini..:
Sekiranya dihantar ke Sarawak anda setuju terima tawaran?
(kalau korang jawab apa.??)
Tak perlu malu kalau jawapannya salah. Yang penting adalah kita USAHA juga untuk menjawab. Jangan jawab "maaf saya tak tahu".Alamatnya memang tipis la harapan nak berjaya. Cuba yakinkan penemuduga kebolehan kita menghadapi situasi.
6.Panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi. Masa ni la kita kena "show off" tapi jangan terover pulak. Pamer dan suarakan semua kebolehan yang kita dapat sumbangkan kepada kerajaan.
7. Kemahiran komunikasi juga penting. Saya nak menekankan disini, sekiranya dipanggil untuk temuduga penolong pegawai atau pegawai( Gred 27 ke atas) korang perlu bersedia sekiranya panel penemuduga menggunakan bahasa Inggeris dalam sessi temuduga. Sekiranya tak mahir, buat latihan menjawab soalan-soalan lazim dalam bahasa Inggeris. Biasanya berlaku semasa temuduga di SPA Putrajaya atau Kuala Lumpur. Tempat lain saya tak pasti tapi sentiasalah bersedia. Contoh soalan yang pernah ditanya masa saya ditemuduga:
"Tell me about yourself and your experience..?
(haaa.jawab jangan tak jawab..!)
8. Nak berjaya contohnya dalam temuduga kerajaan mesti rajin bertanya. Nak bertanya pun mesti daripada individu yang ada pengalaman dalam temuduga SPA dan yang telah berjaya temuduga kerajaan.
9. Betul ker, orang cakap kalau ada 'kabel' senang dapat? Hmm..Memang tak dinafikan budaya ini ada berlaku dalam gov. Saya rasa dalam sektor swasta pon biasa budaya ni kan. Walaubagaimanapun, diri dan persiapan pemohon itu sendiri juga sangat penting. Kalau “kabel korang” 11 KiloVolt sekalipun, tapi korang 'BLUR' dan pasif semasa ditemuduga, tak jadi juga. Tapi kalau 'kabel' korang tu orang kuat istana saya tak pasti la kan.Tak malu ke korang nanti bila orang cakap "Alaaa dia dapat sebab pakai kabel.huhu.. Ni pendapat saya, kalau korang memang pakai kabel tetapi memang korang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas tersebut memang takde salahnya kan memohon. Kalau berjaya, memang dah rezeki korang kan.
10. Tidak kira apa fahaman politik korang sekalipun, tapi korang mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga. Itupun kalau nak berjaya. MESTI!!
11. Apa yang perlu dibuat semasa berada dalam bilik temuduga :
•Ketuk pintu, bagi ucapan salam dan berikan senyuman kepada panel.
•Hulurkan fail holder dengan penuh sopan.
•Duduk apabila disuruh duduk oleh panel ditemuduga.
•Jangan menyilang kaki dan juga mengalihkan kerusi.
•Biasa temuduga SPA disediakan 2 buah kerusi bagi calon. Sekiranya korang membawa beg letakkan beg korang di kerusi sebelah atau dibawah sahaja. Ingat..!Jangan pegang beg. Sebenarnya ini mempamerkan keyakinan korang.
12. Buktikan yang korang memang minat tahap serius atau tahap gaban jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya pernah disoal "Kenapa nak kerja kerajaan"?. Tunjukkan minat dan kesungguhan kita yang kita memang berkehendak jawatan tersebut.Yakinkan panel temuduga.
13. Apabila pada sessi akhir panel temuduga bertanyakan soalan "Ada apa-apa soalan yang awak nak tanya.?. Masa ini lah korang tunjukkan harapan korang terhadap jawatan tersebut. Contohnya: "saya telah berusaha bersungguh-sungguh dan berminat dengan kerja ini dan saya berharap saya diberi peluang untuk tunjukkan kebolehan saya dan saya berpeluang sumbangkan sesuatu kepada kerajaan dengan kelayakan dan pengalaman yang saya ada. Actually, itu yang saya pernah buat..:)
14. Akhirnya sekali minta restu ibubapa dan minta mereka doakan kejayaan korang. Sentiasalah berdoa dan buat solat hajat(muslim). Doa, Usaha. Tawakal itu penting. Sekiranya nasib kurang baik. Jangan berputus asa. Mungkin bukan rezeki korang pada masa itu. Mungkin pada masa akan datang ada rezeki yang lebih baik buat korang. Ingat. Allah SWT telah tentukan rezeki setiap hambanya. Ada usaha adalah rezeki dimana-mana. Insyaallah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Sekiranya korang berjaya masuk gov.my habuan yang korang akan terima .........
1.Elaun Perumahan
2.Cost Of Living Allowance (Cola)
3.Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
4.Kenaikkan Gaji Setiap Tahun
5.Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan
6.Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan
7.Cuti Bersalin 3 bulan
8.Pinjaman Perumahan
9.Caruman KWSP ataupun Pencen
10.Bersara pada umur 58 tahun
11.Peluang Kenaikan Pangkat
12.Peluang Melanjutkan Pelajaran
13.Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa
14.Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga)
15.Lebih mempunyai masa bersama keluarga
Nak lebih tips rahsia lulus kerajaan?
Nota:Masa termuduga ni la,kita akan kenal dengan kenalan baru. Kalau ada peluang, korek dan berkongsi la panduan atau tips yang korang/dorang tahu. Semoga berjaya.!:)
#Terimakasihsudibaca#
assalamualaikum.nk tye.interview nye slalu nye dlm bm ke bi
ReplyDeletewaalaikumussalam. intv biasanya ikut jwtn yg kt pohon..klu gred 18 ke bawah dalam BM. Penolong pegawai n pegawai campur BM n BI. Satu advantage kalau fluent in English:)
DeleteSaya nak pergi temuduga nie, doakan ye :)
ReplyDeletejawab dengan tenang n good luck ok :)
Deleteassalamualaikum kak..maklumat yg amat2 berguna untuk sy..esok sy akan hadiri temuduga untuk jawatan penolong pegawai penyelidik Q27…1st time dpt interview spa8..doakan sy.. :)) semoga sy dapat menjawab dgn tenang dan beroleh rezeki utk jawatan ini.amin…hehheehe
ReplyDeletewaalaikumussalam..wish u good luck 4 intvw..klau memang dah rezeki yg tertulis..insyaallah .. :)
DeleteBoleh bagi tips x untuk jawatan Pembantu tadbir (perkeranian & operasi) N17
ReplyDeletePtpo biasanya intvwer akn tanya apa tugas ptpo biasa buat..soalan ni familiar..Ada jgk kena soal psl cuti, service/prjawatan, pekeliling..
DeleteBiasa soaln bukan yg critical thinking la..kena juga tahu sikit2 isu semasa, menteri, nama ketua setiausaha ngra..
Kalau lelaki peluang nk berjaya intvw bg jwtn ni agk tinggi compare perempuan..kalau boleh jwb soalan2, confident..inshaallah. .peluang cerah..;)
Usaha..doa..tawakal..good luck..;)
Salam...saya ada interview pmbntu tadbir po mgu depan...resume sy ada letak diploma...tapi dalam fail folder sy perlu letak sijil spm je kn...camne akak...sy nk tau ngat coz 18hb ni interview...sbb guna dip susah sngat...tu yang try spm cmne
ReplyDeleterasanya tak salah kat folder letak sijil2 diploma..kat resume pon awk dah mention qualification diploma kan?Actually kalau awk nak tahu kbnyakkan yg intrvw pembantu tdbir ramai yg ada diploma/degree. Skrg pon jwtn pmbntu tadbir dah open utk yg ada degree.. Rasanya satu advantage jugak kalau ada diploma/degree.. Bila awk jumpa calon lain confirm ramai yg ada diploma or degree..So letak je sijil diploma skali..Tapi bila panel tnya kelayakan ni biasa utk spm tp awk ada diploma so awk kena bijak yakinkan intervwer tu...Prepare jwpn siap2..Ok..Good luck:)
DeleteKak.. Sy interview ari rabu ni.. ada tips2 terakhir x?? saya ada satu masalah nie.. saya akan daftar belajar secara pjj bulan depan.. so sy takut klau lah ada rzeki saya utk jwatan ini dan sy akan ditempatkan di negeri yg jauh dari universiti.. better saya terus terang dngan interviewer atau tidak mengatakan yg saya akan sambung blajar??
ReplyDeleteAwk interview kat kl kan? So akk rasa klau ada rezeki biasanya posting kat kl jgk..just incase dpt kat negeri lain masa taklimat lapor diri tu awk boleh cuba buat rayuan dgn jpa atau kmenterian tmpt awk ditempatkn bg sbb yg kukuh..biasany intrviewr akn tnya psl study..so x salah berterus terang jer..Klau dh trtulis rezeki awk insyaallah dipermudahkan..So good luck..do the best..;)
DeleteSy interview di perlis.. baiklah, sy akan inform yg sy akan sambung bljar dlam msa terdekat ni.. tenx kak 4 the info.. :)
DeleteKak mst pki bju kurung eh.peplum boleh x.hehe
ReplyDeleteRasany jgn pkai peplum la dik..biar pakaian yg nmpk formal n profesional..so far x penah tgk lg calon ms intrview pkai peplum..;)
DeleteKak, Alhamdulillah, sy dah interview pada minggu lepas.. just nak share pengalaman saya dengan kawan2 lain.. interviewer akan tnya soalan yang akan dapat menilai sifat jujur dalam diri kita.. kalau tak pandai berbohong, lebih baik cakap terus terang atau kita akan yang terperangkap dengan soalan yang diberikan.. Semasa interview, sy juga telah di 'provoke' oleh panel dan sy rasa mungkin mereka mahu lihat bagaimana cara kita mengatasi perkara tersebut.. saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada rakan2 yang lain..
ReplyDeleteSalam Ramadan.. :)
Yeup..jujur tu kunci keberkatan..hehee..thanks atas perkongsian pengalaman..so lepas ni kena bnyk2 berdoa lg2 di bulan yg mulia ni..;)
Deleteterima kasih di atas tips yg berguna ini..doa-doakan saya dpt menjalani interview dgn tenang...dan berjaya...jumaat dpn...sbg penolong pegawai vokasional j29...
ReplyDeleteAll the best..;)
Deleteterima kasih dengan tips yg diberi...esok (16 july) sy ada temuduga untuk jawatan penolong pegawai latihan vokasional...rasa berdebar sngt sbb x tau apa yg nk di prepare...skrang dah tau n rasa bnyk plak nk kene study...ape2 pun doakan sy berjaya...ada tips2 terakhir tak??...:-)
ReplyDeleteAkk x de experience intrview p.peg lthn vokasional tp akk rasa intrview apapon yg penting kt kena yakinkn panel kt bersungguh2 nk kerja tu..jwb dgn confident..elakkn dr tergagap2 masa nk jwb..study tugas2 pplv, penampln diri ms intvw jg penting.. tnjukk rasa hormat pada panel..n lastly bl dh berusaha, doa n tawakal..inshaallah..setiap org yg berusaha pasti ada rezeki masing2..good luck.;)
Delete2 minggu lagi saya akan intv pembantu setiausaha n17.. ada apa2 experience akk boleh share?
ReplyDeleteakk x pernah intv setiausaha..tapi mcm intv jwtn lain jgk..kena tau apa bidang tugas PA..n prepare jwapan bg soalan2 favourite cth kenapa nak kerja kerajaan..?pengalaman kerja..isu semasa..menteri kabinet..mungkin akan diberi soalan dlm bentuk situasi yg related antara PA n bos..So kena pandai goreng la yer.. And one more thing penampilan n etika berpakaian kena jaga ok!
DeleteDo the best.:)
setuju dengan pandangan en Azri.. jangan kita menunjukkan kebodohan kita di hadapan panel penemuduga... lebih baik jujur dan berterus terang daripada menipu dan syok sendiri.. :)
ReplyDeleteSekrang ni tak banyak penjawatan yang dibuka.. Kalau ada pun sebenarnya dah ada calon untuk diisi..fresh graduate agak terhad untuk dapat isi kekosongan kerja kerajaan ni
ReplyDeleteSaya interview utk juruteknik komputer apakah soalan2 yang djangka ditanyakan..satu lagi utk perkenalkan diri perlu ke cerita umur tempat tinggal adik beradik semua tu
ReplyDeletesalam...akk minggu depan saya ada interview jawatan sebagai pembantu perawatan kesihatan nk tanya apa soalan yg panel salalu tanya?ada tips utk hilangkn gemuruh @ takut bila berdepan ngn panel?
ReplyDeleteAssalam, kak saya akan iv pen.pegawai pendaftaran and this is first iv dr spa. Ada apa2 tips extra tak ? hihi moga rezeki itu milikku :D
ReplyDeleteWaalaikumussalam. .tips extra?hmm.. sntiasa bersedia n yakin bl disoal.. study tugas2..usaha,doa,tawakal..smg berjaya.. ;)
Deletesalam. saya first time utk interview ni. nak tamya segala salinan sijil tu perlu pegesahan atau tidak? terima kasih
ReplyDeletelebih baik jika dibuat pengesahan
Deleteyeup..perlu pengesahan..
Deletesalam kak.. saya akan interview utk jwatan pembantu tadbir kewangan w17, tp jwtan tu hnya utk spm tp sy ad degree, pendapat akak prlukah sy bwak sjil dgree sy tu atau just bwak sijil spm or dgree je.. trima kasih..
ReplyDeleteberdasarkan pengalaman dulu, akak bawak sijil spm dgn diploma..Alhamdulillah berjaya..:) Lagipon ramai je pmbantu tadbir yg ada degree skrg ni..
Deleteada tips untuk temuduga ujian kecergasan tak
ReplyDeletesalam kak..saya nak tanya tips..saya dapt iv penolong pegawai dan saya ada diploma & dgree..patut ke saya bgtau yang saya ada degree ataupun saya x perlu bgtau saya ada degree?
ReplyDeleteSalam kak ... Saya nak temuduga untk JTMK tapibsijil saya hilang start dari upsr until pmr so cmne still nak kena buat balik ke? tapi temuduga saya mnggu ni still kena ke
ReplyDeleteAssalamualaikum akak. 25hb ni saya ada interview utk jawatan ptpo di suk negeri. Patut ke saya attach sekali sijil pmr saya?
ReplyDeleteSalam nk tny la.. klo cntoh sy tgh mengelar panel temu duga dgn gelaran 'akk' adkah prmhnan sy akn trus d tolak? Myb x sdar sbb da trbiasa.. n panel pn layan kn je😂😂😂
ReplyDeleteTq atas info yg diberi..
ReplyDeletebetul, pakaian melambangkan professionalism kita
ReplyDeletenak baca tips daripada Ketua Unit Sumber Manusia untuk
lulus temuduga? >> https://tinyurl.com/y9owgyqb
Assalamualaikum kak..saya nak tanya..saya apply jwtn p.setiausaha pej n17 guna sijil spm..tapi saya diploma holder cumanya belum secara rasmi sebab saya belum konvo..jadi xda transkrip tapi kalau dia tanya pasal diri,patut tak saya cerita pasal saya study diploma tapi belum konvo? Kiranya saya hanya perlu bawa dokumen berkaitan spm shj lah??
ReplyDelete