Assalamualaikum.. ツ
Ada..sesungguhnya ada
Ada rasa cinta kepada dia
Ada rasa rindu pada dia
Namun sahabat, Aku tidak tahu siapa.
Selalu ku doa untuknya
Agar dia baik-baik sahaja
Dipelihara iman. Terhindar dari kemaksiatan
Dipermudahkan segala urusan
Walau dimana berada
Pinta ku pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Agar Dia melindungi dia
Kerana Dia Maha tahu segala
Sedang aku tiada daya..tiada kuasa
Sering juga ku pinta
Dalam istikharah cinta
Agar dijelmakan dia
Dalam lena atau jaga
Namun ku redha..ku mengerti
Dia lebih mengerti perihal diri ini
Belum masanya kami mengenali
Cukuplah doa ku sering mengiringi
Aku menanti untuk yang halal hadir
Menjemput diri seperti yang ditakdir
Kerna namanya telah tertulis sejak azali
Dalam kitab suci perjalanan insani..
Dalam doa kudusku setiap malam
Aku memang mencintai dia
Mencintai dia dalam diam...
Wassalam
No comments:
Post a Comment
What's your thoughts...