Doa Elak Kena Santau Makanan | Suri Raudhah

Friday, July 6, 2012

Doa Elak Kena Santau Makanan

Assalamualaikum.. ツ

Entri kali saya nak share bacaan untuk mengelakkan dari terkena santau melalui makanan. Insyaallah boleh menjadi pendinding diri dengan mengamal doa di bawah ini. Doanya mudah untuk hafal, so amalkan la setiap kali hendak makan.

Ramai yg kena santau makanan melalui Kedai-kedai makan yg meletak santau pelaris...
baca 7x "bismillah allazi la yadhurru"
ketika hendak makan,,
boleh pecah bekas makanan yang ada santau tu.

by :Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
-------------------------------------------------------------

p/s : SEELOKNYA BACA YG ARAB :

 
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad




 
Langkah berjaga-jaga:-
 
1. Pilih la restoran atau kedai makan yang korang yakin tidak mengamalkan perkara terlarang itu. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum terkena.
 
2. Sentiasa peka terhadap makanan yang ada. Sekiranya terjumpa rambut, kuku atau benda-benda asing lagi meragukan, lebih baik korang tinggalkan makanan tu terus. Terpulang la kat korang samaada nak tinggalkan terus atau berjumpa dengan tuan kedai minta gantirugi atau sebagainya.
 
3. Jangan senang-senang makan makanan orang yang tak dikenali bagi. Saya yakin mesti kita akan rasa tak sedap hati kan kalau ada orang berniat tak elok pada kita kan.
 
4. Amalkan la doa di atas, sekurang-kurangnya jangan la lupa baca Bismillah.
 
 
 
 
Notaintan:minta dijauhkan la dari perkara pelik-pelik ni. Masih ingat lagi seorang kawan nasihatkan saya kalau si Polan tu bagi makan atau apa-apa jangan amik tau mungkin dia ada niat tak baik. Tak berniat nak buruk sangka tapi lebih baik berhati-hati dari terkena. 

4 comments:

  1. thanks intan...blh kita praktiskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..kita amalkan sama2 dehh..:)

      Delete
  2. thanks intan.. semoga Allah kurniakan awk pahala yg besar ..ameen..

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved