Hukum Pelaburan ASB/ASN | Suri Raudhah

Wednesday, July 4, 2012

Hukum Pelaburan ASB/ASN

Assalamualaikum.. ツ

Terjumpa artikel berkenaan tajuk di atas. Sebelum ni masih dalam keraguan apa hukumnya ASB.Boleh ke kita melabur dalam ASB..?Saya mengakui saya pon ada akaun ASB, tapi dah setahun akaun tak aktif apabila terdengar ura-ura ASB dari sumber meragukan. Saya dah keluarkan semua pelaburan dalam ASB dan transfer ke akaun Tabung Haji.Tapi malangnya belum sempat tutup akaun terus sebab kena pergi ASB sendiri kalau nak tutup akaun. So, akaun tu masih tergantung macam tu je, sampai sekarang saya tak tahu status dividen dll.

Ini adalah artikel yang saya jumpa berkenaan status pelaburan ASB mengikut syariah. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. I care I share..


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
[sumber:islamituindah.my]


Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah –Ustaz Azhar Idrus
    Wassalam..

7 comments:

  1. dalam surah al-baqarah.....ade sentuh psl riba...ayat 275 : org2 yg memakan riba tdk dpt brdiri melainkn spt berdirinya org yg kemasukn setan krna gila. yg demikian itu krn mereka brkata bhwa jual beli sama dgn riba, pdhal Allah tlh mnghalalkn jual beli dn mngharamkan riba. brgsiapa mndpt peringatan dr tuhannya lalu dia berhenti, maka apa yg telah diperolehnya dahulu menjadi miliknya dn urusannya terserah kpd Allah. bargsiap mngulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal didalamnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sbb sentiasa mngingatkan sy..:)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. ciktom mmg dr kecik famili dah remind xboleh buka akaun asb smpi ke besar sbbnya ada unsur riba...so ciktom guna tabung haji je utk saving...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni sy x alert benda ni..lagi2 bila rmai yg dh ada acc asb. so kte pon nak lak jugak kan.dividen pon boleh tahan..tapi bila dah keluar fatwa dari mufti selangor so lebih baik sy stop acc asb terus..x pe la, x dpt dividen pon asalkan rezeki dtg dari sumber yg tidak meragukan. Sekarang saving kat tbung haji jer.. mane tahu,rezki lbh dpt naik haji masa tgh sihat ni..:)

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved