Kisah Hijrah Artis Malaysia[Part 1] | Suri Raudhah

Monday, August 27, 2012

Kisah Hijrah Artis Malaysia[Part 1]

Assalamualaikum..


Saya terdetik untuk berkongsi kisah penghijrahan artis-artis ini sekadar untuk menyampaikan kisah yang baik untuk semua dan juga untuk diri saya sendiri. Mudah-mudahan penghijrahan mereka juga penghijrahan yang mampu diikuti.
 
"Macamlah kau bagus sangat nak tegur, kau tu bukannya baik sangat!.

"Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau islam, dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia insaf & bertaubat sekarang."- dipetik dari kata-kata hamba Allah.


:: hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah::
“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”

*********************************************************************


Berkat kesabaran si Ibu dan kerana doa seorang Ibu yang tidak putus akhirnya Wardina Safiyyah telah dikurniakan rahmat dan hidayah dari Allah SWT. Menurut cerita beliau, beliau merasakan sesuatu sebaik sahaja melihat Kaabah dan melakukan perubahan sedikit demi sedikit, bermula dengan memperbaiki solat (tidak tinggal 5 waktu) akhirnya menzahirkannya melalui hijab
Dengarkan kisah penghijrahan Wardina dalam video Ini Kisahku.. [klik disini untuk membaca selanjutnya]
" Hidayah itu perlu dicari" - WARDINA SAFIYYAH -


Perubahan Catriona Ross, ianya berlaku ketika menemani teman-temannya membeli tudung di butik klcc.

"Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung…mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai. Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama…saya akan memakainya. Sekembalinya dia di rumah, berulang kali peristiwa itu menerjah ke ruang ingatannya. Selang selepas itu, dia pun mencari tudung di rumahnya. Hampa, dia langsung tidak menjumpai tudung langsung didalam rumah itu, yang hanya ada hanyalah selendang. Lantas dia menelefon kawannya, untuk membawanya mencari tudung.
“Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham. -CATRIONA ROSE- 


"Beberapa bulan lepas, Diana bukannya bermimpi tetapi Diana berfikir seorang diri sewaktu Diana bersendirian. Ketika itu, di hati Diana terdetik memikirkan soal kematian. Selepas terbit rasa itu, Diana rasa insaf dan takut. Memang Diana ada niat untuk berubah sebaik saja memikirkannya. Namun, rasa itu hilang begitu saja tetapi rasa keinsafan itu sering saja datang di hati Diana.
 
Penghijrahan sahabat Diana banyak mendorong Diana untuk berubah. Dia banyak memberitahu tentang agama sehingga terdetik lagi keinsafan dan menyentuh hati Diana. Diana juga dikelilingi insan-insan yang baik. Diana juga mempunyai keluarga angkat yang mana mereka semua tergolong dari mereka yang warak dan kuat agama. "Pertama sekali selepas Diana bertudung, Diana mahu perbetulkan tiang agama Diana iaitu solat lima waktu. Insya-Allah, Diana akan kuatkan hati supaya Diana tidak leka lagi."Sampai sekarang ini, Diana sentiasa berdoa dan berharap hidayah yang diberikan kepada Diana ini berterusan. Diana berharap hidayah ini tidak ditarik balik. - DIANA AMIR-



“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima ."Saya ingin berubah tanpa disuruh atau terikut dengan cara orang lain. Semua yang berlaku terhadap saya adalah dengan kehendak-Nya.

"Saya tidak pernah merancang untuk menunaikan umrah tetapi tiba-tiba sahaja terasa ingin pergi. Irma yang pertama kali menjejak kaki ke tanah suci Mekah itu berkata, sepanjang perjalanan dia merasa risau jika ibadatnya tidak diterima oleh Allah kerana sebelum ini sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam kerana kesibukan di lokasi. Selain itu, Irma juga bimbang jika rezeki yang diperoleh sebagai pelakon dan digunakan untuk membiayai perjalanannya ke sana tidak berkat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.


"Alhamdulillah, semua yang saya bimbangkan itu tidak berlaku kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk terhadap hamba-Nya. Janganlah memikirkan perkara yang bukan-bukan kerana itu semua urusan-Nya. setelah menunaikan umrah dan melakukan perubahan, dirinya terasa lebih tenang dan berkeyakinan untuk mengharungi kehidupan hari ini. - IRMA HASMIE-

Yatt bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mengabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.” Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.” Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. - YATT HAMZAH-

"Selepas menonton sebuah rakaman video yang diberikan keluarga mentua bersama keluarga, hati saya terus tergerak untuk menutup aurat. Betul kata orang, apabila kita berniat  untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan membentangkan laluannya. Kebetulan amanah itu saya laksanakan ketika umat Islam sedang berpuasa, membuatkan saya begitu menikmati keberkatan bulan suci ini.
Pada hari pertama, saya berasa seperti di awang-awangan kerana tidak percaya dengan perubahan diri. Saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan kerana percaya lama kelamaan saya akan dapat menerima perubahan itu. Saya tetap Nurul Syuhada yang sama, cuma perlu lebih berhati-hati terutama dari segi tingkah laku dan tutur kata untuk tidak mencemar imej yang dibawa."- NURUL SYUHADA NURUL AIN-


i care, i share..Sekian wassalam..

2 comments:

  1. lg sorg tgk faram oim... lg tutup sume ...siap bersarung tangan tutuup penuh jari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeupp..insyaallah boleh masukkan kat hijrah part 2 pulak..:)

      smlm dlm train ada girl ni pakai niqab..ya allah,kita dpt rasa betapa selesanya dia..org pandang dia mungkin pelik or ada pandangan sinis.tp dia buat slumber..takde apa nak dimalukan dgn pandangan org sekeliling sbb dia rasa selasa &selamat apabila diri di'tutupi'. sambil baca novel kita curi2 pandang dia..:)

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved