Cucur Nugget | Suri Raudhah

Sunday, September 30, 2012

Cucur Nugget

As-Salam

Mencuba resepi cucur nugget. Actually aku cilok resepi ni dari novel Semanis Tart Ceri. Simple jer, Alaa cekodok yo sapo sapo pon buleh buwek..Tak susah mano pon.


Resepi paling terbaik abad ini
 
Cucur/Cekodok/Jempu-jemput nugget.{Samo ea 3 serangkai ni}
 
Bahan-Bahan
 
(Sukatan ini bagi menghasilkan empat ketul cucur yang comels. Darabkan bahannya bagi mendapatkan bilangan cucur yang lebih banyak)
 
3 ketul nugget ayam jenama Ramly (biasa/tempura) lalu dipotong dadu.
Bawang besar (saiz sederhana) dipotong dadu
Daun sup dan daun kucai
Kalau tak nak letak daun sup/kucai boleh letak batang saderi(ikut resepi asal Semanis Tart Ceri)
Satu dahan daun saderi (dahan dan daunnya)diracik-racik
Sedikit garam
Tepung
Air untuk mengadun

 
Cara membuat
 
1. Dengan senyuman yang manis, masukkan nugget, bawang, daun saderi atau daun sup/kucai dan tepung ke dalam satu besen.

2. Taburkan garam secuukup rasa dan gaul rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit (air suam) dan bancuh sehingga adunan sesuai digoreng

4. Boleh la menggoreng dengan penuh ketatasusilaan.

5. Hidangkan dan makan dengan sos cili

Sediakan juga tisu bagi mengelap air liur yang meleleh. Sekian resepi dari Suri Raudhah ilham dari novel Semanis Tart Ceri. Selamat mencuba.Mudah yo resepi orang bujang ni..:)

Ini hasilnya..



nota:
1. Kalau letak nugget 4/5 biji lagi sedap kot. Baru ada rasa nugget tu.
2. Disebabkan aku rasa pelik cucur letak dengan batang saderi, So aku try letak daun sup/kucai. But then aku terfikir apa rasa ehh kalau next time tukar letak batang saderi pulak. Kena cuba alter resepi ni.
3. Hasilnya Ok la.. sedap jugak:)

Sekian, Wassalam.

1 comment:

  1. Sis , kalau ltak kangkung boleh ke ?

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved