13 Alasan Wanita Tentang Aurat | Suri Raudhah

Monday, June 4, 2012

13 Alasan Wanita Tentang Aurat

Assalamualaikum..


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke..?
- Yang pasti, tak tutup aurat confirm masuk neraka.

2. Tudung labuh pon macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila iblis tak mahu mengikut perintan Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan . Pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla"..

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku, kau dulu lagi jahat nak mampos.
- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau islam, dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia insaf & bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat.?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan la tengok.
- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak.?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi, Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walaupun kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
- Apakah ibadat kau diterima.?Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga.

8. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.(ayat artis)
- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah.?

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti.? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Kau sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik,suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda.?Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik.? Slow-slow la.
- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap.!Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam.




nota: sinis tapi manis. Sharing is caring.:)

7 comments:

  1. 12. Takkan nak buat perubahan secara drastik.? Slow-slow la.
    - Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap.!Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

    erkkk....nwyz, nice entri... tekena btg hdung sayer... ape pn, tiada suatu pn yg menghalalkan cara seandai itu sudah ditetapkan ALLAH ia adalah HUKUM HARAM..dn tidak boleh

    ReplyDelete
  2. baru discuss smlm kan. Slow-slow ler. x boleh drastik..huhu..mksud kat sini ada niat untuk berubah,perbaiki diri,dan berusaha ke arah itu daripada niat berubah, tapi usaha x de..lepak dulu. muda lagi.tua nnti insaf la.slow-slow ler..camtu kot ke caner tu..?

    ReplyDelete
  3. huhuuu..... xbrani nk komen, jd nye no comment :) slh komen takut jatuh akidah klo tersalah ckp...hee..peacee

    ReplyDelete
  4. ko msti salah faham mksd kt ni..sbb x de koma,x de tanda titik,tanda seru..x kisah la.sbb bila kt baca balik, kalau bukan kt tuan yg tulis kt pon akan salah faham.. ok.peaceee too..:)

    ReplyDelete
  5. menarik entry ni..mmg sinis tp manis..
    .

    ReplyDelete
  6. xbaik buruk sangka i tau.... hikhik

    ReplyDelete
  7. Cik Tom:thanx cik tom coz sudi singgah blog ni . Terharu..:)


    dikja: ok ok..!dh berbaik sangka dah..think positif..ehee..

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved