Kursus@Klana Resort, Seremban | Suri Raudhah

Saturday, July 14, 2012

Kursus@Klana Resort, Seremban

Assalamualaikum.. ツ

Alkisahnya
**********************************************
Kursus tiga hari yang best.Penat berkursus, balik kena la mencuci baju-baju yang tak basuh tu..Ada masa, apa lagi update blog la..Rasanya aku nak cerita kat sini, sebab kursus tu best jugak..Tak la stress sangat..
Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan kepada semua kakitangan RTM untuk menggunakan sistem HRMIS bagi claim OT dan TnT secara online. Tak silap aku, JPA dah start guna HRMIS untuk pembayaran gaji, OT dan TnT. Of course la, JPA kan pioneer..Nak tak nak kena jalankan juga HRMIS bagi mencapai KPI jabatan.
Serius cakap, biliknya tersangat la selesa dan cantik. Satu bilik dua orang. Ada 2 buah/bijik[?] katil yang agak luas. Huwaa tersangat selesa kalau nak buat kuak lentang pon..hehe..Bilik pon ala romantik jer lampunya. Tapi aku prefer lampu putih dari lampu oren malap tu.. Sakit mata wehh.. Pihak urus setia dah bagi pasangan bilik. Pilih secara random kot. Pasangan aku indian girl..( She's very soft spoken &quite beautiful ok!). Aku ok jer...As long tak tidur sorang..Aku bukan la penakut sangat, tapi kalau tempat baru ofcoz la ada rasa something lagi-lagi kalau duduk sorang kan. Tapi aku nak minta pendapat korang yang arif lagi bijaksana......

Aurat kita dengan orang yang bukan islam macammana..?? Kalau tersentuh batal tak wudhuk..

Setahu aku aurat kita dengan bukan muslim sama dengan aurat dengan lelaki bukan muhrim. Aku pon tak berapa pasti perkara ni. Any explanation..? Share la kat aku, so that next time aku akan lebih alert tentang perkara ni.

Kelas/Seminar
**********************************************
Bagi pendapat aku, OT dan Tnt menggunakan HRMIS tersangat la bagus. Rasanya orang kewangan mesti suka dengan sistem ni. Tersangat la membantu. Tak perlu la pening-pening mengira. Sistem yang tolong kira jam, kadar dan sebagainya. Bahagian Kewangan just checking dan tunggu je sistem generate payment. Mungkin akan ada masalah pada awal perlaksanaannya. Tapi alah bisa tegal biasa kan. Nak tak nak kena buat juga. Kalau tak, tak dapat la claim.  
Selain kelas, ada juga aktiviti riadah. Mungkin tujuannya untuk mengeratkan sillaturrahim di kalangan peserta kot. Sebenarnya tak kenal semua pon, ada yang datang dari negeri, kerja RTM tapi bahagian lain-lain. Selain tu, saja nak seronok-seronok sambil menghilangkan stress kursus kot.. Ok la ada aktiviti macamni. Hari kedua ada X-PLORACE..Penat tapi berbaloi sebab juara..hehee..

Aktiviti Riadah- Explorace
**********************************************
Peserta X-PLORACE
THAILAND

 SPAIN
INDONESIA
JEPUN
 X-PLORACE TIME.....CHECKPOINT.!!!
  
  
 


Dah penat-penat berlari ke checkpoint.. Dan finally keputusannya...
Zooom..hahaaa..[saja suka2 jer ni..] Yeahh..!Juara X-Plorace..:)
Masa untuk pulang..Dah sampai dah pon..Semoga lebih semangat untuk bekerja..Akhir sekali, majulah HRMIS untuk dapat claim cepat. hahaa. Hopefully dengan perlaksanaan ini, sistem HRMIS bertambah baik dan lajuuuu..Nak dekat hujung tahun ni, jangan asyik down jer..:)


Notaintan: Sorry loading lambat sebab banyak gambat entri kali ni.. Jangan putus asa tuk scroll down tau..tq:)

2 comments:

  1. seronok jgk pergi kursus sekali sekala ek..

    jomlah join GA cik tom ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeup seronok..
      insyaallah..memang nak join pon..
      weekend sy buat entri GA erk..:)

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved