Amalan dan adab sepanjang berada di Masjid Nabawi | Suri Raudhah

Thursday, May 23, 2013

Amalan dan adab sepanjang berada di Masjid Nabawi


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Masyaallah..masih terasa aroma Masjid Nabawi yang tenang..rindu..-_-
Bila hendak memasuki masjid nabawi perlu jaga adab kita dan oleh itu saya ingin kongsi satu artikel actually dah lama tersimpan sehingga lupa saya copy dari sumber mana. Minta halal yer saya share kat blog ni.. (senyum sambil buat peace:)

Okehh..
Bila berada di Masjid Nabawi, elakkan daripada melakukan perkara kasar, bidaah dan khurafat. Ada jemaah yang mencium pintu, tiang, batu, ukiran besi dan sebagainya. Ada orang yang melakukan perbuatan tersebut kerana beranggapan sebagai cara menunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w.

Jangan bercakap perkara yang sia-sia yang tiada kaitan dengan amalan. Elakkan daripada bercakap mengenai hal duniawi, bercakap dengan suara yang keras dan kuat, atau baring di dalam masjid. Tidak boleh berdoa memohon kepada Rasulullah s.a.w. atau kepadanya ketika berdoa. Masuklah ke dalam masjid secara lemah lembut dan tidak gopoh-gapah. Rebutlah peluang semasa di masjid ini dengan perbanyakkan solat, membaca Al-Quran, selawat, berzikir, berdoa dan sebagainya.


Antara adab dan cara menziarahi Masjid Nabawi di Madinah 

1. Selalulah berselawat sepanjang masa perjalanan dan semasa berada di sana. Selalulah mengingati akan kemuliaan bumi Madinah.

2. Apabila tiba di Madinah, uruskan dahulu keselamatan barang yang dibawa dan kesempurnaan tempat tinggal.

3. Mandi dan bersihkan diri sebelum pergi ke masjid. Pakailah bau-bauan pada pakaian yang bersih. 

4. Masuklah ke dalam Masjid Nabawi sebaiknya melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Sekiranya tidak bertembung dengan solat waktu, dirikanlah solat sunat tahiyattul masjid dua rakaat sebaiknya dalam kawasan Raudah (tempat di antara tiang-tiang berwarna putih yang terletak di antara mimbar nabi dengan rumahnya (kini menjadi kawasan tempat letak makamnya). Kalau tidak boleh solat dalam kawasan Raudah, memadailah dilakukan di mana sahaja dalam Masjid Nabawi. 

5. Niatlah beriktikaf semasa di dalam masjid dan utamakan solat fardu jika sudah masuk waktu solat. 

6. Ziarahilah makam Rasulallah s.a.w. dan kedua sahabat baginda. Selawat dan salam kepada baginda semasa berdiri dengan penuh hormat, khusyuk, dan kosongkan fikiran daripada perkara lain. Berikan salam kepada kedua sahabat baginda. Sekiranya sebelum pulang ke tempat menginap, kita ingin berdoa, berpalinglah ke belakang (ke arah qiblat) untuk berdoa kepada Allah SWT bukan mengadap kepada Rasulullah s.a.w.

7. Manakala hendak meninggalkan Madinah kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah, ziarahi makam baginda untuk ziarah wada’ (selamat tinggal). Pergilah ke masjid Rasulallah s.a.w. solat sunat, berdoa, pergilah ke makam Rasulallah s.a.w. (kalau boleh), beri salam dan akhirnya mengadap qiblat dan berdoa. Kemudian pohonlah syafaat nabi kepada Allah SWT.

(Nota : Bagi wanita yang datang haid atau nifas, untuk melakukan ziarah wada’ adalah memadai dengan mengucapkan salam dan berdoa dari tempat yang berhampiran makam Rasulallah s.a.w. di luar Masjid Nabawi.


#Terimakasihsudibaca#

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved