Madinah: Solat di Masjid Nabawi | Suri Raudhah

Friday, May 24, 2013

Madinah: Solat di Masjid Nabawi


Assalamualaikum
 
Pertama kali menjejak kaki ke Masjid Nabawi semasa solat Maghrib. Disebabkan sedikit terlambat kami terpaksa solat di halaman luar Masjid. Di halaman luar juga dipenuhi ratusan/ribuan manusia dari pelbagai negara sedang mendirikan solat. Itu jugalah pertama kali aku buat solat jenazah.  Teringat nasihat seorang kawan "belajar buat solat jenazah, kat sana nanti boleh dikatakan setiap selepas solat fardu mesti ada solat jenazah". Maknanya setiap waktu ada umat Muhammad saw yang meninggal di Madinah. Rupanya tak susah solat jenazah ni, niat dengan disertai 4 takbir kemudian salam. Pelajaran baru..


masjid Nabawi di waktu siang

Baginda SAW bersabda :

" Pahala sembahyang di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid selain Masjidilharam "
 
 
Selepas selesai solat Maghrib dan solat jenazah kami (aku, kakak, oja raudhah) mengambil keputusan untuk masuk ke dalam masjid, Sebenarnya kami 9 orang pada mulanya, tapi mungkin yang lain nak balik ke hotel dulu sementara tunggu solat Isyak. Kami bertiga berjalan di halaman masjid yang pada mulanya agak asing bagi kami. Terpegun dengan keindahan masjid Nabawi di waktu malam, dipenuhi lampu-lampu, pemandangan langit yang cantik, ribuan manusia dari pelbagai negara dengan pelbagai gaya dan ragam. Ya Allah, besarnya masjid ni!. Macam tak percaya kita dah ada kat sini.
Semasa kami berjalan untuk masuk ke pintu utama, ada seorang asing (orang arab agaknya) bersuara ke arah kami 'raudhah raudhah raudhah' sambil menunjukkan arah ke dalam masjid. Sebelum masuk ke dalam kami perlu melepasi pengawal/ polis wanita di hadapan pintu masjid. Polis kat sini tak sama dengan kat Malaysia. Mereka memakai jubah dan niqab hitam hanya nampak mata jer tapi tetap nampak comel :). Beg kami diperiksa sebelum masuk ke dalam masjid sebab kamera tidak dibenarkan bawak dalam masjid, tapi yang peliknya di bahagian lelaki tak kisah pulak bawak kamera masuk. Actually, kami selalu jer bawak henfon dan kamera dalam beg. Rugi la takde gambar kenangan dalam masjid Nabawi, bukan selalu dapat peluang camni. Atleast bila balik Malaysia boleh la tengok gambar balik untuk melepaskan rindu.

Aku sendiri pon tak pasti kenapa perempuan tak dibenarkan bawa kamera ke dalam masjid, sedangkan lelaki boleh jer bawak, sepupu aku (lelaki) siap sangkut kamera kat leher bawak ke hulu hilir lagi dalam masjid. Kalau nak ikutkan ramai je yang tangkap gambar dalam masjid guna henfon sedangkan polis wanita ada je kat situ, tak pulak polis rampas henfon tu, So ok la kalau aku bawak kamera, sama je fungsinya dengan henfon aslong perkara tu bukan perkara yang diharamkan kan? Jujur aku cakap, ikut hati nak jer aku bergambar dengan polis wanita tu sebab dorang tersangat comel even nampak mata jer. ^_^. Dari sudut pandangan mata aku yang halus, rasanya ramai dikalangan polis wanita tu muda muda belaka, tetapi dorang sangat tegas. Ye la berhadapan dengan beribu-ribu manusia yang bermacam ragam tu belum lagi musim haji. Memang menguji kesabaran. Rata rata mereka berkebolehan bercakap beberapa bahasa. Betapa rindunya aku nak dengar suara mereka berbahasa Melayu. "Ibu ibu solat ibu", "Ibu lepas solat keluar ibu (selalu dengar kat raudhah)" dan ayat comel selalu buat aku tersenyum "Ibu dhuduk ibu, dhuduk dhuduk". Lontaran suara dengan slang arab yang tegas dan lantang tapi comel:) Actually, orang Madinah dah pandai dah cakap bahasa Melayu, mungkin bagi mereka bahasa Melayu ni senang nak belajar. Mereka boleh menguasai bahasa Arab bahasa yang paling susah  tak mustahil mereka boleh pandai cakap Melayu lagi lagi peniaga di sekitar Masjid Nabawi. Lagipon jemaah Indon, Malaysia ramai di Madinah.

Semasa dalam masjid, kami tercari cari jugak Raudhah dan makam nabi memang tak jumpa la, ingat senang-senang ke nak masuk dalam tu. Ye la masa tu mana la kami tau, makam nabi tu dekat raudhah, sedangkan raudhah tu pon kami tak tahu keadaannya macam mana, yang aku tahu raudhah tu tempat mustajab doa/ taman syurga. Selama ni just google pasal mekah dan pengalaman haji/umrah jer tak tahu detail pasal raudhah. Lepas balik Malaysia baru aku google pasal nabi muhammad saw, sirah madinah/mekah, kisah raudhah dan mekah.


makam nabi Muhammad SAW ( tengah), Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar ALl Khattab. Pagar dipasang bagi tujuan keselamatan dan juga menghalang manusia dari melakukan perkara bidaah di makam. Terletak dalam Raudhah. 
tema hitam strategi masuk raudhah :)
cantik payung payung kanopi tu kan?

Betapa terharunya, diberi peluang untuk berada dan solat di dalam Masjid Nabawi. Percayalah, aku sendiri tak pernah sangka dapat peluang sebegini di usia ini. Syukur. Tolonglah Ya Allah , jemputlah kami lagi ke sana,janganlah jadikan kunjungan kami ini, kunjungan yang terakhir. Sesungguhnya sebaik pulang ke tanah air, perasaan rindu tu datang tanpa diundang. Di hening malam mengalir air mata mengenang saat itu. Baru aku tau, kenapa orang banyak kali pergi buat Umrah especially artis/ orang ber'wang, rupanya disebabkan perasaan itu,perasaan rindu, rindu sangat sangat. Allah lahirkan perasaan rindu itu pada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Aku yakin perasaan rindu yang bukan dibuat buat untuk menunjuk, tapi lahir dari hati atas izinNya.
 

Next entri nak cerita pasal masyarakat Madinah yang peramah, ziarah madinah, Raudhah, shopping di Madinah. Thank you for reading!

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved