Umrah : Panggilan halus menusuk ke kalbu.. | Suri Raudhah

Tuesday, May 14, 2013

Umrah : Panggilan halus menusuk ke kalbu..

Assalamualaikum

Sebenarnya tak pernah terpikir untuk buat umrah seusia ni. Memikirkan diri yang jahil ni, ilmu senipis bawang, perangai pon dok huhahuha. Dah bersedia ke nak pergi sana? Bermula dengan ajakan kakak hati terus terusik tapi belum decide lagi, kemudian suggest kat sepupu Oja Raudhah dan dia memang tersangat teruja.

Pada mulanya kakak nak pergi dengan kawan dia, tapi tak jadi disebabkan kedutaan arab saudi yang strict berkenaan mahram. So kakak ajak ayah, ayah memang nak pergi sangat ke Mekah sebab kecewa tak dapat buat haji selepas terlalu lama menunggu jawapan dari Tabung Haji. Kami tenangkan ayah mungkin Allah nak ayah belajar dari umrah dulu baru la buat Haji. Kalau buat Haji, dugaan dia lagi hebat, kena bersedia dari segi mental dan fizikal dan bekalan ilmu.


Kakak, ayah dan oja raudhah dah buat keputusan nak pergi umrah, tapi aku masih belum decide lagi. Macam-macam benda aku pikir. Duit memang la cukup nak pergi sana, tapi bila balik malaysia nanti masih cukup lagi ke.? Puas fikir, kemudian malam aku beristikharah..Masih  tak dapat jawapan yang pasti lagi. Aku bagitau kakak dan oja raudhah yang aku dah solat istikharah tapi belum dapat jawapan lagi. Pastu satu jawapan yang betul betul membuat nekad nak pergi dorang cakap "jawapan apa yang kau nak lagi, semua orang nak tolong kau pergi sana..Ayah nak sponsor, dikja beria-ria nak pinjamkan kau duit kalau tak cukup, ko boleh guna duit ida kalau tak cukup belanja kat sana nanti..Sebenarnya tu la jawapan dari istikharah tu samaada ko sedar atau tak..Aku tersentap.!

Ya Allah masih ada ruang aku menjadi tetamu mu Ya Allah. Hamba yang jahil ini..Yang selalu lalai selalu leka ini. Ya Allah aku yakin ada suatu panggilan halus yang menjentik hatiku nekad ke sana. Itu aku sangat yakin.Tersangat yakin! Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa mengubah hati hamba-Mu.

Dari penghujung tahun 2012 kami dah rancang, kemudian bermula jan 2013 kami mula mencari agensi umrah yang terbaik. Lama kelamaan ada pertambahan ahli keluarga yang nak join buat umrah dan akhirnya jadi 12 orang. Kami decide buat umrah dengan Syarikat al Fajr Travel & Tour selama 13 hari dari 1/5/2013 - 13/5/2013. Alhamdulillah, senang nak berurusan dengan agensi tu.:)


So persedian pertama mestilah kena ada pasport, buat suntikan meningitis(suntik kat klinik swasta, klinik kerajaan hanya sediakan stok untuk haji sahaja tapi ikut nasib jugak kena rajin tanya la). Dah lama tak kena inject, sekali kena tersentap jugak la. Nasib la doktor sporting. Alhamdulillah aku rasa semua dipermudahkan.


Sampai setakat ni dulu..next entri aku cerita bab persediaan dan pengalaman umrah, Madinah dan Mekah ok..:)
Thank you for reading

1 comment:

  1. Salam bakal-bakal tetamu Allah.

    Kini anda bolih menabung sebulan sebanyak RM250 dan dapat pergi harga ikut package swasta dalam masa 5 tahun.

    Kini tak perlu lagi tunggu giliran lama-lama untuk mengerjakan Haji.

    Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

    Saaidon 017-330 3304

    ReplyDelete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved