Madinah : Pertama kali masuk ke Raudhah | Suri Raudhah

Saturday, May 25, 2013

Madinah : Pertama kali masuk ke Raudhah

Assalamualaikum
 
Raudhah al Mutahharah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dimana dulunya menjadi tempat Rasullullah saw dan para sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasullullah saw. Ia juga adalah sebuah taman syurga.
 
karpet hijau kawasan raudhah. .kalau la dapat peluang lagi..-_-
"Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku "

tempat bersejarah dalam Raudhah dimana setiap tiang ada ceritanya tersendiri. (sumber google)



terukir 30 juzuk al quran di ceiling kawasan raudhah (gambar dari SINI)

Pertama kali masuk ke Raudhah bersama Ustazah Wirda dan jemaah lain (ziarah dalam) lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Sebelum masuk kami diberi sedikit penerangan oleh Ustazah Wirda berkenaan Raudhah. Raudhah dibuka untuk kaum wanita hanya di waktu tertentu sahaja iaitu selepas solat subuh, selepas solat zuhur dan selepas solat isyak manakala kaum lelaki tiada had waktu. Mereka bebas berada dan solat di Raudhah pada bila-bila masa laluan ke Raudhah di buka.
 
Ya Allah, betapa berdebarnya hati bila mula menghala ke laluan Raudhah. Nak masuk Raudhah ni umpama nak pergi jihad fisabilillah. Kami perlu melalui beberapa hentian sebelum boleh masuk ke dalam Raudhah. Polis wanita memanggil jemaah mengikut negara bermula dari negara Arab, Turki, India/ Pakistan kemudian akhir sekali barulah Malaysia/ Indonesia. Kami tersenyum apabila polis wanita memegang sepanduk yang tertulis perkataan "Bahasa Malayu". So maknanya jemaah Malaysia, Indonesia,dan seangkatan dengannya adalah dalam golongan Bahasa Malayu ni la. Kenapa la tak tulis Asia Tenggara je? Apapon Bahasa Malayu pon comel jugak..:)
 
Kami dari kumpulan Bahasa Malayu ni dibawa oleh polis wanita ke Raudhah. Menurut ustazah Alhamdulillah kunjungan kami ini antara yang paling cepat dapat masuk ke Raudhah. Apapon kami perlu menunggu betul-betul di hadapan Raudhah sebelum dilepaskan masuk kerana terlampau lampau ramainya umat manusia daripada pelbagai negara masih bersolat di dalam Raudhah. Makanya ustazah menyarankan kami banyak berselawat, solat sunat, berzikir dan sebagainya semasa waktu menunggu. Waktu menunggu ni, memang memerlukan kesabaran yang tinggi, kalau ada yang tak sabar dah lama mereka keluar tapi sayang la terlepas peluang keemasan ni.
 
Karpet masjid berwarna merah manakala karpet berwarna hijau adalah kawasan Raudhah. Sebaik dapat masuk ke Raudhah iaitu setelah dapat pijak karpet yang berwarna hijau kena segera solat sunat 2 rakaat. Tapi apabila nak masuk ke Raudhah berilah salam dahulu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar terlebih dahulu. Mulanya aku menggelabah jugak nak cari tempat yang sesuai solat ni walaupon dah pijak karpet hijau. Caner nak solat dengan tenang kalau kat depan kita tu, ada orang tengah berdiri untuk menunggu turn solat, tolak menolak menolak, pijak memijak, kepala kena langkah masa tengah sujud tu perkara biasa kat dalam Raudhah. Keluasan raudhah adalah 26m jika diukur dari timur rumah Rasulullah dan Saidatina Aisyah r.ha ke mimbar di sebelah baratnya. Tapi sekarang tinggal 22m kerana telah disekat dengan pagar makam. So bayangkan lah keadaan di dalam Raudhah yang nak menampung beribu-ribu umat manusia dengan keluasan yang terhad tu. Tapi sepanjang aku baca pengalaman orang masuk Raudhah, belum ada lagi kes yang masuk icu atau mati terpijak. Mintak dijauhkanlah.


karpet raudhah warna hijau (sumber dari SINI)

Masa pertama kali masuk Raudhah, ustazah Wirda banyak bantu aku, dia carikan aku tempat untuk solat dan cuba halang jemaah dari meluru ke kawasan kami bersolat. Aku sempat solat sunat 2 rakaat. Tapi sebaik aku angkat tangan untuk berdoa, polis wanita dah bersuara dah "ibu lepas solat keluar, keluar". Barulah aku tahu, kalau ada hajat atau doa seeloknya kita baca dalam sujud. Kalau angkat tangan memang confirm kena halau dengan polis sebab bagi mereka bacaan dalam solat itu juga adalah satu doa dan mereka tidak benarkan kita solat lama dalam Raudhah sebab ramai lagi yang masih menunggu untuk solat. Ada juga jemaah yang bagi aku agak pentingkan diri, tak hirau orang lain kerana solat dan sujud terlalu lama, walaupon dihalau oleh polis pon masih tak mahu keluar. Aku taknak sebut jemaah dari negara mana cukuplah aku cakap jemaah dari kumpulan "bahasa malayu" adalah kumpulan yang paling penyabar dan aku yakin polis kat Raudhah pon 'respect' dengan kumpalan "bahasa malayu" sebab kumpulan ni lah paling senang nak kawal.

Dalam hati aku. " Kalau la bangsa Arab ni mengikut sifat Rasullullah SAW "...............
Patut ke kita menolak, memijak, menyakiti orang lain semata mata kita fikir kita nak solat? Sedar tak mereka di situ ada jasad seorang Nabi yang mulia.
Perlu ke kita menjadi tamak dan pentingkan diri semata nak beribadah?
Pahala ke yang akan kita terima?

Dan aku tak pasti berdosa ke kalau aku fikir camni.!

Secara jujurnya, aku rasa bersalah bila terpaksa berjalan di depan orang yang tengah solat. Tetapi keadaan sangat sangat memaksa. Sepanjang aku di Raudhah aku seboleh-bolehnya elak dari menolak/ memijak jemaah lain dan aku harap aku takde menyakiti sesiapa. Yer, aku yakin aku tak sakitkan sesiapa sebab mereka lebih besar dan kuat dari aku. Setakat kena tolak manja dengan aku yang kecik molek ni apa la rasa sangat kan!huhu. Alhamdulillah aku takde la rasa sangat kesusahan masuk Raudhah, tolak menolak tu aku anggap perkara biasa. Takde la perasaan takut kena pijak ke, kena hempap ke semua aku serah pada Nya.  Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui hambaNya.

Sabda Rasulullah SAW :
 
"Jikalau seseorang itu tahu akan kesalahan melintas di hadapan orang yang sedang solat, nescaya dia berdiri menunggu (sehingga orang itu selesai solat) selama 40 (tahun, bulan atau hari lebih baik baginya daripada melintas di hadapan orang yang sedang solat"
 
Lepas solat, aku terus keluar, sambil berjalan keluar tu sempat lagi baca doa dan selawat dalam hati. Yer la selagi kaki masih berpijak di karpet hijau jangan lepaskan peluang. Aku tak pasti, apa yang aku buat sepanjang di Raudhah di terima atau tak/ betul atau salah, semua aku serah padaNya. Kami berkumpul di laluan keluar Raudhah bersama ustazah Wirda dan yang pasti masing-masing ada ceritanya sendiri pasal Raudhah :)
 

Laluan keluar raudhah.Yang oren tu uncang kasut.


Next entry, aku cerita cabaran masuk Raudhah. Entri ni panjang berjela kan. Sangat teruja bila cerita pasal raudhah sebenarnya ni. Terima kasih daun keladi coz sudi baca :)

1 comment:

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved