Cabaran masuk raudhah | Suri Raudhah

Monday, May 27, 2013

Cabaran masuk raudhah

Assalamulaikum
 
Entri sebelum ni, aku dah cerita pengalaman masuk Raudhah dan kali ni nak bercerita pasal cabaran masuk ke dalam raudhah. Alhamdulillah, boleh dikatakan sejak hari kedua kami tiba di Madinah sehingga hari ke 5 aku sempat merasa solat di raudhah. Boleh di katakan setiap waktu raudhah di buka kami mencuba nasib untuk masuk ke raudhah. Seperti yang aku cerita sebelum ni raudhah di buka untuk wanita hanya selepas solat subuh, selepas zuhur, dan selepas asar. Disebabkan itu jugalah kawasan raudhah memang sesak dengan jemaah dari seluruh pelusuk negara berebut rebut untuk solat. Agak sukar bagi kami ni nak solat di barisan paling hadapan, tapi terpulang pada rezeki masing-masing la. Beruntunglah kalau sesiapa dapat solat di barisan paling depan, aku yakin mereka boleh solat dengan selesa.
 
Ada tulis 4 bahasa tak silap



suasana sebelum masuk raudhah. Yang ni tempat menunggu (pic dari SINI)

Tolak menolak tu perkara biasa, tak perlu la nak amik hati sangat yer. Adakala tu time tengah solat terpaksa tunggu  nak rukuk atau sujud sebab ada jemaah negara lain yang berdiri betul betul depan kita. Memang kena banyak bersabar. Tapi sepanjang masuk raudhah tak pernah aku rasa terlalu susah untuk solat cuma perasaan kita je la samaada boleh kusyuk atau tak. Solat kita sempurna dan doa kita diterima atau sebaliknya.
 
Antara kenangan yang aku masih ingat, masa dah selesai solat 2 rakaat aku dan kakak menunggu sepupu yang belum keluar dari raudhah di laluan luar. Semasa menunggu, ada seorang jemaah wanita yang agak berumur, aku tak pasti dari negara mana, mukanya ada macam calitan dakwat ke apa yang berwarna hitam. (actually tu budaya negara mereka mungkin letak cat/dakwat di muka) datang minta air kat kami kebetulan dia ternampak aku baru lepas minum air zam zam yang aku selalu letak dalam botol yang disimpan dalam beg. Aku blur time tu, tapi aku bagi jugak air tu kat dia. Lepas dia minum beberapa teguk dia bagi balik botol air dan air masih ada lagi then lepas dia beredar baru aku terfikir kenapa tak bagi terus je botol air tu semua kat dia? Mungkin time tu fikir nak jaga hati dia, apa dia fikir kalau aku buat camtu, nanti dia mesti ingat aku geli nak minum bekas air dia. Sayang jugak, air tu air yang aku dah bawak masuk raudhah tau, solat bersama tapi aku ikhlas bagi air tu kat dia. Atlast, air tu aku tak minum, sepupu cakap air tu buat penawar la kebetulan tengah alami alergik so aku sapu air zam zam yang dah aku bawak masuk raudhah tu kat tempat alergik tu la. Patut ke aku buat camtu?
 
dibawah kubah hijau itu terletaknya makam Rasulullah saw


selepas keluar dari raudhah.

Aku pelik kalau ada yang cakap, mereka tak ada peluang lansung masuk raudhah, Dari pengalaman aku, setiap orang yang berkeinginan mesti ada peluang, peluang tu ada cuma kita sanggup tunggu atau tak. Sebelum masuk ke raudhah buat la solat taubat dan solat hajat agar Allah permudahkan. Inshaallah mesti ada jalan.
 
Bagi aku masuk ke raudhah selepas solat subuh dan Isyak paling mencabar. Masih ingat lagi time tu selepas solat isyak  aku, kakak dan oja raudhah je yang follow. Sebaik pintu ke laluan raudhah dibuka semua jemaah dari seluruh negara menyerbu masuk untuk ke laluan raudhah. Time tu, rasanya dah tak payah berjalan memang aku dah bergerak dengan sendirinya sebab asakan dari jemaah yang luarbiasa hebatnya. Actually kami taknak berebut sebab fikir kami dah masuk raudhah beberapa kali, so steady jalan je la. Kalau ada rezeki adalah. Memang kami dah tergelak time tu, sebab rasa macam naik kereta sorong jer. Ya Allah ramainya umat manusia berlumba lumba serbu ke arah satu tu. Perkara tu tak menyakitkan pon, sebenarnya bagi aku kena tolak, kena pijak, kena halang, kena sorong tu perkara yang aku akan kenang. Kenangan yang manis bila fikir balik dan aku memang merindui kenangan yang buat aku tersenyum tu. Tapi bila dah sampai satu check point tu kami kena juga tunggu giliran. Time menunggu tu la kami rasa, mungkin bukan rezeki kami nak solat kat raudhah pada malam tu sebab masing masing mengantuk dan keletihan so kami decide untuk keluar dan balik ke hotel.

Ada satu hari semasa duduk menunggu, kami diberi taklimat oleh polis wanita berkenaan raudhah. Ya Allah mata aku tak bergerak pandang ke arah dia. Kagum dengan kepetahan dia memberi tazkirah dalam bahasa Inggeris diselang selikan dengan hadis dari ayat al quran. Sedapnya.! Rindu lagi nak dengar suara itu. rindu..rindu.T___T. Beliau memberitahu sekiranya ada kawan kita mintak sampaikan salam kepada Nabi Muhammad SAW jangan buat demikian. Kenapa? Sebab kita bukan malaikat yang menjadi perantara. Umat Nabi Muhammad SAW bebas memberi salam kepada nabi saw dengan sendiri dimana sahaja mereka berada tanpa perlu ada perantara. Polis tu ada bacakan hadis pasal ni tapi aku lupa lansung ayatnya. Tapi memang ada dalam hadis. Aku pon confuse pasal ni, sebab dalam buku panduan umrah ada doa untuk menyampaikan salam orang lain kepada Nabi Muhammad SAW. Tapi rasa hati aku lebih berpegang pada kata kata polis tu.
 
Teringat aku hari hari terakhir solat di Raudhah, entah kenapa tiba-tiba aku terfikir aku ni pentingkan diri ke.? Patut ke kami ni setiap waktu masuk ke raudhah, adakah kami menyekat peluang orang lain yang belum pernah masuk ke raudhah? Dan paling aku tak tahan sekali aku terfikir selama aku solat kat raudhah ni aku hanya nak memenuhi doa seperti yang aku catat dalam buku doa/hajat yang aku nak baca bila dapat masuk raudhah tu je ke? Bukan ke tujuan utama masuk di raudhah supaya dekat dengan rasulullah, perasaan rindu dengan rasulullah. Ya Allah time solat tu, mengalir air mata mencurah curah. Air mata penyelesaan, sebab rasa tersangat pentingkan diri, nak Allah makbulkan doa sebab raudhah tempat mustajab doa tapi sebenarnya apa yang lebih utama aku patut doakan, aku patut luahkan? Itulah kali pertama aku rasa dapat solat yang paling tenang sepanjang di raudhah. Lama aku sujud di hamparan raudhah. Terasa puas dapat luah di situ, itulah kali pertama air mataku jatuh di raudhah. Ya Allah semoga Kau terima amalan kami. 
 
kita sedara:)

4 comments:

  1. Memang kami dah tergelak time tu, sebab rasa macam naik kereta sorong jer

    ReplyDelete
  2. HAHAHAH....mmg mcm naek kete sorong...mmg kaki xmelangkah da boleh gerak sendiri

    ReplyDelete
  3. insyaallah next umrah or haji bayangkn rasulullah senyum depan kita masa kita mula pijak karpet hijau okeh :) yg paling penting mohon rasulullah beri syafaat pd kita di sana kelak..raudhah kenangan yg paling sayu, shahdu, osemmmmmmmm!! sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaa allah..masih terkenang2 raudhah.Ya Allah tolong jemput kami lagi.

      Delete

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved